Tawaran Murah Hotel

Jumaat, September 16, 2005

Mahkamah Syariah: Berpeluk ketika dicekup

Mahkamah Syariah: Berpeluk ketika dicekup

Oleh Norfaisal Jahuri

MELAKA: Akibat bergaduh dengan rakan serumah, seorang siswi sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) ketika tidur berpelukan bersama pasangannya, kelmarin.

Wanita berusia 19 tahun itu mendakwa dia terpaksa menumpang rumah teman lelakinya di Taman Kerjasama dekat Bukit Baru, di sini, sejak empat hari lalu berikutan tidak tahan tinggal dengan rakan serumahnya.

Siswi itu hanya berpakaian baju-T dan berseluar pendek, manakala teman lelaki seusianya hanya berseluar pendek ketika pegawai Jaim melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11.50 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata pegawainya melakukan pemeriksaan di rumah teres setingkat itu dan ketika tiba mereka terus mengetuk pintu rumah itu tetapi tiada siapa yang keluar.

Katanya, selepas mendapati rumah itu tidak berkunci pegawai terbabit masuk untuk melakukan pemeriksaan.

“Pemeriksaan di dua bilik di rumah terbabit mendapati terdapat sejumlah lima lelaki yang kesemua sedang tidur.

“Pada bilik terakhir yang tidak berkunci itu mereka menemui pasangan berkenaan yang sedang berpelukan.

“Selepas mengenal pasti identiti masing-masing pegawai terbabit terus menahan mereka berikutan pasangan berkenaan tidak mempunyai hubungan mahram,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Rahimin berkata, ketika disoal siasat wanita itu sudah empat hari tinggal bersama teman lelakinya itu.

“Dia memberi alasan bertengkar dengan rakan serumahnya, menyebabkan dia berpindah dan tinggal bersama teman lelakinya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam, di Kampung Sungai Udang, seorang ibu kepada empat anak berusia 38 tahun ditahan bersama seorang pemuda berusia 25 tahun di rumah wanita berkenaan.

Menurutnya, tangkapan dilakukan oleh pegawai syarak kampung terbabit selepas menerima aduan.

“Wanita itu mendakwa menghadapi krisis rumah tangga dan sedang mengemas rumah bersama lelaki berkenaan yang juga teman lelaki kepada anak perempuannya yang berusia 16 tahun,” katanya

Harian Metro

Tiada ulasan: