Malam Cinta Allah dan Rasul

Malam Cinta Allah dan Rasul

Rabu, September 21, 2005

Memilih Masa yang Baik Untuk Melakukan Seks

Memilih Masa yang Baik Untuk Melakukan Seks

Di dalam Islam telah digariskan ketika-ketika yang sesuai untuk melakukan jima’ sekiranya ingin
mendapat anak yang cemerlang dan semoga ketika-ketika ini dijadikan panduan praktis oleh suami
isteri:

1.Menurut Imam Syafie r.a, waktu yang paling baik untuk jima’ ialah pada malam Jumaat,
malam Isnin dan malam Khamis. Kerana mengikut sunnah Nabi saw. Faedahnya, jima’
pada malam Khamis menyebabkan anak itu menjadi mukmin yang baik.
2.Rasulullah saw. berpesan bahawa jika jima’ pada malam Isnin, anak yang bakal lahir
akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap
segala pemberian Allah swt.
3.Rasulullah saw. berpesan bahawa jika jima’ pada malam Selasa, anak itu akan mendapat
nikmat syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan mengazabnya bersama orang
musyrikin, mulutnya berbau harum dan akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya
dari mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
4.Pesanan Rasulullah, jika berjima’ pada malam Khamis, anak yang bakal lahir itu adalah
yang bijaksana di kalangan orang yang bijaksana, atau seorang alim di kalangan orang
alim.
5.Berjima’ semasa matahari di tengah langit, anak yang bakal lahir tidak akan dihampiri
syaitan sehingga dia beruban, dan menjadi seorang faqih dan mendapat rezeki
keselamatan agama dan dunia.
6.Dari pesanan Rasullullah saw. jika jima’ pada malam Jumaat, anak yang bakal lahir dari
jima’ itu akan menjadi pemidato yang berwibawa dan petah. Jika berjima’ pada hari
Jumaat lepas Asar, anak akan menjadi terkenal, masyhur alim. Jika berjima’ pada malam
Jumaat selepas Isyak, anak nanti akan menjadi seorang yang abdal (terkemuka).

Eloklah kita fikir-fikir sejenak, kemudian memperhatikan manusia-manusia yang terdaya
diperhatikan. Sekiranya dia lahir dari kalangan ibu bapa yang mengetahui mengenai
pentingnya memilih ketika yang sesuai untuk pembentukan janin yang cemerlang, tentulah ibu
bapanya telah merancang agar melakukannya di hari-hari dan masa-masa yang tertentu.
Kemudian perhatikan pula manusia-manusia yang pincang hidupnya. Dalam suasana manakah
agaknya janinnya terbentuk?

Tiada ulasan: