Tawaran Murah Hotel

Jumaat, September 30, 2005

Mengaku bogel dalam selimut

Mahkamah Syariah: Mengaku bogel dalam selimut

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Seorang wanita mengaku berbogel dan hanya ditutupi selimut ketika diserbu sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) apabila dituduh berkhalwat dengan pasangannya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Nor Zarina Saffie, 21, ditangkap bersama pasangannya, Azli Othman, 27, di sebuah pangsapuri di Sunway, Petaling Jaya, kira-kira jam 4.40 pagi pada 28 November tahun lalu.

Pasangan berkenaan dituduh berkhalwat mengikut Seksyen 29 (a) bagi lelaki dan (b) bagi perempuan Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) 1995.

Timbalan Pendakwa Syarie, Maimun Mohd, berkata berdasarkan fakta kes, sekumpulan pegawai penguat kuasa Jais menyerbu pangsapuri itu selepas menerima maklumat awam mengenai ada pasangan bukan suami isteri melakukan perbuatan tidak bermoral.

Selepas melakukan tinjauan, mereka mengetuk pintu rumah terbabit dan memberi salam sambil mengarahkan pemiliknya membuka pintu.

Beberapa minit kemudian, pintu dibuka oleh seorang lelaki dan penguat kuasa Jais memaklumkan mahu membuat pemeriksaan berikutan menerima aduan terdapat pasangan berkhalwat di situ.

Selepas mendapati bilik pertama dan kedua kosong, pintu bilik ketiga yang berkunci dari dalam pula diketuk.

Lelaki itu kemudian membuka pintu dan penguat kuasa Jais mendapati tertuduh wanita berbaring dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang dalam selimut.

Hasil soal siasat terhadap mendapati pasangan terbabit bukan pasangan suami isteri dan dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk membuat laporan polis.

Terdahulu, pasangan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana membuat persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan pasangannya tetapi dipinda oleh Pendakwa Syarie kepada Seksyen 29 Enakmen sama.

Mengikut seksyen berkenaan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau enam sebatan, atau mana-mana dari dua seksaan itu manakala bagi seksyen 29 EJSS 1995 pula, tertuduh boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Ketika rayuan, tertuduh lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu memohon mengurangkan denda selain mendakwa sudah bertunang dengan pasangannya manakala tertuduh wanita, pelajar sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, tidak membuat sebarang rayuan.

Pendakwa Syarie kemudiannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh berikutan kesalahan dilakukan adalah berat dan haram di sisi Islam selain mereka ditangkap dalam keadaan mengaibkan.

Hakim Syarie Shaarani Ismail kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau sebulan penjara terhadap tertuduh lelaki manakala tertuduh wanita didenda RM2,000 atau 15 hari penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Harian Metro

Tiada ulasan: