Tawaran Murah Hotel

Khamis, September 29, 2005

Persediaan untuk menghadapi malam pertama

Persediaan untuk menghadapi malam pertama

MALAM pertama, adalah waktu yang amat menegangkan bagi pasangan pengantin. Bagi wanita, ketegangan itu kadangkala berlipat ganda. Berikut ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama.


1) Bau badan


Ingat, sebelum memasuki malam pertama, anda dan suami seharian bergerak, melayan tetamu serta saudara mara yang hadir, berulang kali menukar pakaian, berpeluh dan penat. Untuk itu sebelum tidur, cubalah untuk mandi. Pakailah pewangi yang lembut supaya rasa ghairah tidak padam apabila mencium bau badan anda.


2) Bau mulut


Cuba anda bayangkan, apa yang akan anda lakukan, ketika ingin mencium bibir pasangan anda, anda dapati udara yang disedut ‘berbau’ petai. Tentu ghairah anda hilang bukan? Kerana itu, hindarilah kemungkinan ini dengan mempersiap diri. Penyelesaiannya, pastikan anda memberus gigi sebelum ke kamar dan kalau boleh selalu menyediakan 'peppermint' di tempat tidur.


3) Tergesa-gesa


Tergesa-gesa merupakan ‘penyakit’ paling umum. Ingin cepat sehingga langsung ke acara kemuncak. Maklumlah makanan baru, halal lagi! Tapi ingat anda harus bersabar. Sebaik-baiknya kedua-dua bertenang kerana seks dengan tenang itu lebih nikmat. Tergesa-gesa kadangkala boleh mendatangkan mudarat, rasa nikmat ‘kerjasama’ mungkin payah untuk dicapai dan juga ia mungkin boleh menyakitkan. Misalnya anda belum begitu terangsang dan suami ingin terus ‘menembak’, hasilnya boleh mengecewakan.

Setelah tiga tips kecil menghadapi saat ‘pemanasan’ di malam pertama, berikut adalah beberapa tips saat ‘bertempur’. Bacalah dengan teliti agar malam pertama anda menjadi kenangan yang tak akan dilupakan.

1) Padamkan kekasarannya

Jangan hanya berserah. Sekiranya anda rasa disakiti berterus-teranglah dengan suami tetapi gunakan nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Sekiranya ingin sama-sama menikmati kesoronokan, bimbinglah suami anda ke ‘daerah-daerah’ yang boleh menambahkan ghairah. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menuntun tangannya mengarah ke bahagian yang anda sukai.

2) Singkirkan rasa sakit

Kebanyakan wanita sering berasa sakit pada organ seksnya ketika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut, sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stres, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya memanjangkan pemanasan sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi.

3) Beri dorongan pada suami


Bukan semua suami berjaya melalui malam pertama mereka dengan berjaya. Sesetengah daripada mereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia mungkin kerana stres dan kurangnya pengalaman. Menurut seorang profesor Ginekologi di USC, Prof. Allan Lichtman M.D, selain daripada kurangnya pengalaman dan stres, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang ‘perkasa’. Maka, pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutama daerah yang sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya kita boleh cuba lagi malam berikutnya.

4) Jangan berpura-pura klimaks

Ramai wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan perkahwinan anda. Memang, ramai wanita yang agak sukar mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik mungkin pada daerah sensitifnya. Anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Mungkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga. Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan, bukannya membebankan anda.

Bagaimana? Tidak sukarkan menghadapi malam pertama? Mungkin tips ini boleh mengurangkan sedikit debaran di dada. Selamat mencuba dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan: