Tawaran Murah Hotel

Selasa, September 20, 2005

Suami Yang Cepat Keluar Mani

Suami Yang Cepat Keluar Mani

Cepat keluar mani atau disebut prematur ejakulasi (ejakulasi praecox) adalah peristiwa di mana seorang lelaki cepat mengeluarkan mani sebelum waktunya dalam setiap persetubuhan. Persetubuhan yang normal bagi lelaki berlangsung antara 1-2 minit. Atau ia dapat melakukan antara 10-20 gerakan coitus. Bahkan ada orang yang boleh bertahan dengan aktif antara 5-10 minit tanpa pertolongan apa-apa dan dilakukan dengan cara konvensional.

Prematur ejakulasi bagi seorang lelaki merupakan sesuatu keadaan yang memalukan. Tindakan yang tidak sensitif seperti sekiranya isterinya suka mengejek atau merasa jengkel pada suaminya boleh menyebabkan penceraian. Hal ini mesti diberi perhatian khusus, walaupun bagaimana alimnya seorang isteri tetapi kalau keperluannya seksnya tidak dipenuhi ia tentu akan menggoncang jiwanya. Kerana ia merupakan keperluan biologi setiap wanita.

Bagaimana perasaan seorang isteri yang sedang melayani hajat suaminya bila terjadinya suaminya telah loyo. Iaitu bila zakarnya belum dimasukkan ke dalam liang faraj, air maninya sudah terpancut keluar. Kecewalah hati isteri kerana terpaksa berhenti sekerat jalan, lebih-lebih lagi sekiranya isterinya mahukan seks seterusnya. Ejakulasi praecox merupakan kecacatan atau musibah seks yang boleh menimpa pihak lelaki. Ia menyusahkan keupayaannyannya daripada dapat melakukan persetubuhan dengan normal.

Apakah sebabnya terjadi ejakulasi praecox?

Fenomena ini dipengaruhi oleh faktor-faktor jasmani dan rohani. Faktor-faktor ini ada hubung erat antara satu sama lain dalam hubungan kelamin suami-isteri. Ia juga tidak dapat dipisahkan dari satu sama lain.

Kecacatan pada alat kelamin, gangguan hormon, tiada tenaga setelah mengalami ketegangan seksual, pelampiasan hawa nafsu, merupakan sebab-sebab seseorang boleh mengalami prematur ejakulasi. Begitu juga rasa cemas, konflik mental, rasa takut, dan kecenderungan seks yang abnormal juga boleh menyebabkan fenomena ini terjadi.

Ahli seksiologi Stekkel dalam penyelidikannya terhadap orang-orang yang cepat mengeluarkan air mani dalam persetubuhan berpendapat bahawa di sebalik masalah itu sebenarnya terbenam rasa takut. Menurut Havelock Ellis, para ilmu jiwa menganggap bahawa kecacatan seksual itu disebabkan oleh pengaruh mentalnya. Ini menyebabkan dia tidak mampu mengadakan seks.

Dapat dibuat kesimpulan yang lebih terperinici bahawa puncanya berlaku ejakulasi praecox adalah seperti berikut:

1. Terlalu bernafsu sehingga menimbulkan kegugupan waktu bersetubuh. Oleh kerana itu pasangan hendaklah sedar akan keadaan ini dan melakukan persetubuhan secara rileks, sabar, perlahan-lahan dan tidak terlalu tergesa-gesa.

2. Badan serta fikiran dalam keadaan terlalu letih dan lesu. Orang yang memerah otak untuk menyelesaikan persoalan harian ataupun orang yang tertekan kerana ditimpa bencana sebiaknya tidak usah melakukan hubungan seks dengan isteri. Usahakan waktu untuk beristirehat terlebih dahulu sehingga keletihan jasmani dan rohani lenyap sama sekali dan badan sudah kembali segar.

3. Amalan suami mengamalkan mencabut batang zakar dari liang faraj sewaktu air mani rasa akan keluar lantaran takut hamil boleh menjadi penyebab seseorang terlalu cepat keluar air mani setiap kali bersenggama.

4. Prostat yang mengembang dan mengendur. Biasanya gejala ini menimpa orang yang lanjut usia. Dalam keadaan ini bantuan doktor pakar diperlukan.

5. Kulit luar zakar yang terlalu nipis sehingga cepat sekali terangsang oleh sentuhan-sentuhan erotis.

Usaha-usaha menyembuhkan prematur ejakulasi adalah dengan cara penggendalian diri semasa bersenggama. Ini merupakan cara yang baik dan dianjurkan. Iaitu dengan mengawal gerakan dalam coitus. Dan juga mengawal pernafasan dengan supaya tidak terlalu cepat ghairah, bergerak perlahan-lahan dengan diselang-seli dengan rehat seketika untuk menahan nafsu yang meluap-luap yang menyebabkan cepatnya ejakulasi.

Hendaklah berusaha cepat untuk mengatasi prematur ejakulasi ini. Jangan menunda-nunda waktu tarikh rawatannya kerana ia akan mengakibatkan isterinya merasa bosan atau putus asa. Pihak suami harus percaya dan yakin pada diri sendiri dalam melakukan persetubuhan untuk memulihkan rasa kejantanannya.

Bila suami sudah pulih dari prematur ejakulasi maka persetubuhan yang dilakukan seterusnya selepas itu turut juga akan pulih dan kembali normal. Suami mendapat kepuasan dan begitu juga isteri. Kepuasan inilah yang menjadi idaman dan modal untuk keluarga bahagia.

Tiada ulasan: