Tawaran Murah Hotel

Selasa, September 13, 2005

Subject: Pendidikan Seks

Subject: Pendidikan Seks


DefinisiKesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental dansosial. Ia bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan proses, fungsidan sistem reproduktif (sistem peranakan).Ia merangkumi keupayaan untuk menjalinkan kehidupan seksual yangmemuaskan dan selamat serta bebas membuat pilihan yangbertanggungjawab.Kesihatan seksualKesihatan seksual adalah faktor penting dalam kesihatan reproduktif.Ia merupakan keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seksdengan bertanggungjawab dan selamat sama ada kehamilan diingini atautidak.Sekiranya kehamilan diingini, pasangan perlu bersedia untuk memikulsegala tanggungjawab yang berkaitan dengannya.Kenapa kesihatan reproduktif penting bagi kesejahteraan keluarga ?Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduksi dalammasyarakat.Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik.Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus dansekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga.--------------------------------------------------------------------------------Peranan dan tanggungjawab ahli keluargaPeranan suami isteriKebahagiaan perkahwinan dan perhubungan antara suami isteri adalahberasaskan kepada sikap jujur, romantis dan kesediaan bermaaf-maafanantara satu sama lain.Nyatakan perasaan dan kemahuan secara jujur dan terbuka khususnyadalam perhubungan seksual.Setiap pasangan harus berbincang dan merancang bilangan, masa danjarak kehamilan berdasarkan kemampuan kesihatan mereka.Menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi muda.Dapatkan bantuan professional sekiranya perlu.Peranan ibu bapaMenjalin perhubungan yang mesra dan memupuk nilai-nilai murni danharga diri anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.Bersedia mendengar dan membimbing anak-anak dalam hal-hal kesihatanreproduktif.Melindungi anak-anak daripada penderaan seks.Mendidik anak mengenali sentuhan baik dan buruk dan melaporkansebarang pencabulan.Mengesan tingkah laku dan gejala luar biasa dan mengambil tindakansewajarnya.Mengajar batasan dalam pergaulan.Peranan keluargaSetiap ahli mempunyai fungsi dan tanggungjawab dalam membinakesejahteraan keluarga.Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepada generasi muda.Memenuhi dan menyediakan keperluan asas setiap ahli keluarga termasukperlindungan dan kasih sayang.Mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkah laku seksual yangsihat.Setiap ahli keluarga perlu meningkatkan pengetahuan mengenai hal-halkesihatan reproduktif bagi membolehkan diri membuat keputusan dantindakan yang bijak.--------------------------------------------------------------------------------Kitaran reproduktifBayi dan anakSetiap anak dilahirkan dengan ketetapan genetik jantina. Walaupunsistem reproduksi cukup sifatnya tetapi masih belum matang untukberfungsi sepenuhnya.Bayi baru lahir perlu melalui pemeriksaan klinikal untuk memastikantahap kenormalannya. Pemeriksaan ini juga akan meliputi pemeriksaanpada organ seks mereka.Kelainan fizikal yang memerlukan rawatan awal :di kalangan bayi lelaki adalah seperti hypospadia, hdrocele,undescended testis dan inguinal herniadi kalangan bayi perempuan seperti imperforate vaginaPeringkat remajaPada peringkat baligh, organ reproduksi menjadi matang. Perubahanlain yang berlaku serentak termasuklah pertumbuhan mendadak mengikutjantina. Perubahan ini dikawal oleh hormon seks.Remaja perempuan - ovari akan mengeluarkan progesteron dan estrogen.Ini mengakibatkan :pertumbuhan payu dara dan bentuk badan akan berubahpenghasilan ovum dan kitaran haidbulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-arijerawat mula tumbuhsuara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yanglebih matangRemaja lelaki - testis akan mengeluarkan hormon seks testosteron.Hormon ini membuatkan lelaki :tumbuh bulu pada bahagian muka dan bahagian lain pada badan sepertimisai dan janggutsuara mulai garaumenggalak pembinaan ototmulai menghasilkan spermabahu dan dada menjadi bidangjerawat mula tumbuhmengalami mimpi yang mengghairahkan sehingga mengeluarkan air manizakar dan buah zakar mula membesar--------------------------------------------------------------------------------Persediaan untuk berumahtanggaIbu bapa perlu memberi panduan kepada anak-anak agar bijak memilihteman hidup yang sesuai.Perkahwinan mengukuhkan perhubungan kasih sayang antara lelaki danwanita. Ia bukan sekadar penyatuan secara sah tetapi juga melibatkanpenerimaan tanggungjawab untuk kebahagian bersama.Suami isteri hendaklah menyesuaikan diri dan saling bertolak ansurdalam menangani segala tanggunjawab dan cabaran yang sering timbulagar rumahtangga bahagia dan harmoni.Persediaan perkahwinan termasuklah :Memahami fungsi organ seksMemastikan diri dan pasangan sihat dan bebas daripada penyakitMengetahui perilaku seks yang selamatMengetahu mengenai perancangan keluarga--------------------------------------------------------------------------------Persediaan untuk menimang cahaya mataPasangan perlu memahami perubahan fizikal dan emosi yang akan terjadisemasa kehamilan.Bakal ibu perlu berada dalam keadaan fizikal dan mental yang optimasebelum menghadapi kehamilan.Ini termasuklah :Pemakanan sihatSenamanMenghentikan tabiat buruk seperti merokok, meminum arak dan mengambildadahmemahami proses kehamilan, kelahiran dan kepentingan penyusuan susuibuSuami perlu bersedia menghadapi tanggungjawab sebagai bapa,antaranya :Hentikan tabiat buruk seperti merokok, meminum arak dan mengambildadahPeka kepada perubahan emosi dan fizikal isteri yang hamilMengikut perkembangan kehamilan bersama isteriMenggalakkan isteri mendapatkan pemeriksaan ante-natal awal danberkalaMerancang kelahiran yang sihatMembuat persiapan untuk menyambut kehadiran bayi--------------------------------------------------------------------------------Pembentukan keluarga bahagiaKebahagian keluarga akan tercapai sekiranya keluarga itu dirancangkerana kebahagiaan keluarga bergantung kepada kesejahteraan semuaahlinya.Eleman-eleman keluarga bahagia :Kasih sayang dan persefahamanPerlindungan fizikal, mental dan emosiPengasuhan, pendidikan dan bimbinganKeadilanKestabilan ekonomi rumahtanggaPenjagaan kesihatan setiap ahli keluarga--------------------------------------------------------------------------------Keluarga terancangMenentukan bilangan anak yang diingini berdasarkan keupayaankesihatan andaMemastikan ibu mempunyai masa yang mencukupi untuk menyusukan bayiSuami perlu menyokong secara aktif kaedah perancangan keluarga yangdipersetujui bersama--------------------------------------------------------------------------------Persediaan menghadapi klimakterikSetiap orang akan menghadapi fasa klimakerik bila ia melaluiperubahan dari peringkat reproduktif kepada peringkat tidakreproduktif. Keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita.Klimakterik di kalangan wanita adalah :Menopos (putus haid)Perubahan emosi dan seksualPeningkatan penyakit seperti osteoporosis, penyakit jantung dan mudahmendapat jangkitanTanda-tanda awal menopos adalah :Perasaan panas (hot flush)kekeringan farajBerpeluh malamKeletihanKesukaran untuk tidurKlimakterik di kalangan lelaki (Kekurangan separa androgen lelakiberumur). Tahap testosteron menurun dengan peningkatan umur dan inimembawa kepada gejala-gejala berikut :Kurang daya dan minat seksKurang keyakinan diriKurang daya tumpuanKemurunganRasa mudah tersinggungSukar untuk tidurKegelisahanSakit tulang dan sendiKelenturan kulitGejala-gejala klimakterik boleh dikurangkan dengan :Amalkan pemakanan yang sihatBersenamBerhenti merokokPemeriksaan sendiri payu dara dan menjalankan pemeriksaan pap smearsecara berkala (wanita)Tidur yang mencukupiMemenuhi masa lapang dengan aktiviti yang bersesuaian seperti hobibaru, kerja amal dan menjalinkan persahabatan baruPerubatan biasa seperti pil khasiat, vitamin, ubat herba dansebagainya yang boleh membantu sedikit sebanyakBagi wanita, terapi gantian hormon (HRT) boleh mengurangkan gejala-gejala menopos tetapi penggunaannya perlu dibincang terlebih dahuludengan anggota kesihatan terlatih--------------------------------------------------------------------------------Kegemilan hidup dalam usia emasUsia tua adalah satu fasa dalam perjalanan hidup. Ia boleh dipenuhidengan pengalaman yang positif dan bermakna.Anda juga boleh terus menikmati hubungan seksual seperti biasa.--------------------------------------------------------------------------------Isu-isu berkaitanSeks selamatPerhubungan seks hanya dalam konteks perkahwinanMenggunakan kaedah perancangan keluarga sekiranya dinasihatkandemikianPasangan mesti mendapatkan rawatan awal dan lengkap jika adajangkitan kelaminElakkan hubungan seks berisiko :Memulakan aktiviti seks pada usia awalHubungan seks dengan berbilang pasanganHubungan seks rambangMemperdagangkan seks / pelacuranPasangan yang membuat hubungan dengan berbilang pasangan seksHubungan seks luar nikahJangkitan kelaminJenis-jenis jangkitan kelaminChlamydiaTrichomoniasisSifilisGonorrhoeaHIVHPVHepatitis BHerpesImplikasi kesihatanKerosakan pada sistem peranakan dan seterusnya menyebabkan kemandulanPenyakit AIDS adalah akibat daripada jangkitan HIVPenyakit lain seperti sifilis meningkatkan kemungkinan transmisiHIV / AIDSKesan kepada janinKematian dalam kandunganKelahiran tidak cukup bulanPerkembangan janin yang tidak normalJangkitan kelamin boleh menjangkiti janin dan menyebabkan penyakitapabila bayi dilahirkanPencegahanMeningkatkan pengetahuan tentang kesihatan produktifMengamalkan seks selamatPenderaan seksPerhubungan seks tanpa persetujuanHubungan seks dengan kanak-kanak atau remaja di bawah usia 16 tahun,walaupun dengan persetujuan merekaSelalunya berkaitan dengan keganasanPeristiwa yang traumatik yang memberi kesan mendalam kepada mangsadan keluargaMangsa mungkin mengalami :Masalah seksualMengamalkan tingkah laku seks yang berisikoMengalami tekanan emosiLangkah pencegahan penderaan seksKeluarga adalah bertanggungjawab melindungi ahli-ahlinya dari semuajenis penderaan seksPendidikan seks mengikut tahap umurMengetahui batas-batas perhubunganMenerapkan nilai-nilai murni dalam perilaku seksMendapatkan rawatan awal

Tiada ulasan: