Tawaran Murah Hotel

Jumaat, Februari 17, 2006

Kawal ejakulasi

Kawal ejakulasi


AMALAN ‘coitus interruptus’ atau mengeluarkan air mani di luar rahim dilihat sebagai satu kaedah berkesan untuk merancang keluarga. Apakah kebaikan dan keburukannya dari sudut perubatan?

KAEDAH ‘coitus interruptus’ atau dikenali sebagai al-azal adalah kaedah merancang keluarga secara tradisional dan tanpa mengunakan sebarang peralatan. Ia dilakukan lelaki kepada pasangannya dengan mengeluarkan zakar dari faraj sebelum mengeluarkan air maninya di luar faraj ketika bersetubuh.

Amalan ini sesuai bagi lelaki yang dapat mengawal ejakulasi dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Jika air mani terlepas walau sedikit pun ke dalam faraj, besar kemungkinan kehamilan masih boleh berlaku.

Penting bagi lelaki yang merasakan dirinya tidak mempunyai kawalan daripada ejakulasi yang sempurna, dia harus memberitahu pasangan sekiranya dia terasa ada pengeluaran air mani sedikit. Jadi, dengan amaran itu pasangan wanita boleh mencuci kemaluannya untuk membunuh sperma berkenaan.

Kajian mengenai air mazi yang biasanya keluar sebelum air mani mendapati kadang-kadang ada sperma di dalamnya dan ia mencukupi untuk mendatangkan kehamilan.

Ada sesetengah wanita tidak seronok dengan kaedah itu. Ini berikutan mereka tidak dapat menikmati kepuasan dalam persetubuhan.

Dalam satu kajian yang pernah dijalankan terhadap lelaki Pakistan yang mengamalkan kaedah berkenaan mendapati sebahagian besarnya mengalami masalah kencing kotor berbanding lelaki Pakistan lain yang tidak melakukan kaedah ini.

Jadi, terpulang kepada lelaki untuk mengamalkannya jika itu yang diinginkan. Inilah satu-satunya kaedah merancang keluarga yang ada dalam kawalan lelaki.

Tiada ulasan: