Tawaran Murah Hotel

Jumaat, Februari 17, 2006

Laman web lucah lenyap muncul lagi

Edisi Timur: Laman web lucah lenyap muncul lagi


KUALA TERENGGANU: Sebuah laman web lucah dikesan muncul lagi dengan pelbagai aksi memalukan sambil memilih pelbagai lokasi.

Laman web terbabit dipercayai `sudah lama lenyap’ tetapi muncul kembali dengan pelbagai paparan terbaru membabitkan pelajar Melayu.

Penemuan laman web terbabit adalah maklumat seorang pensyarah sebuah kolej universiti di Pahang yang berusia 30-an ketika menghubungi Harian Metro, semalam.

Dia yang enggan namanya disiarkan berkata, penemuan laman web itu ketika sedang mengemaskini data yang berkaitan pengajaran di kolejnya.

Apa yang memeranjatkan pensyarah di Fakulti Kejuteraan Kimia dan Sumber Asli itu ialah semua aksi lucah itu terdiri daripada bangsa Melayu dan dipercayai pelajar kolej atau universiti.

Malah, beliau mengakui lama web terbabit mirip si Sabul Beraksi dalam Melayu Boleh tetapi banyak lokasi yang `dimainkan’ pasangan itu dan ada juga aksi berseorangan.

Selain memaparkan aksi lucah mereka turut menonjolkan keghairahan wanita bertudung dengan payu dara dan dipercayai dirakam orang di sebelah menggunakan telefon bimbit.

Gambaran yang dipaparkan seolah-olah dirancang apabila mendapati mereka menunjukkan aksi yang menjijikkan serta terdapat pelbagai pilihan untuk dilayari .

Malah, ada juga gambar sepasang kekasih yang dikenali Hafiz Haron dan pasangan yang menunjukkan aksi di sebuah hotel dengan pelbagai babak hingga akhir.
metro

Tiada ulasan: