Tawaran Murah Hotel

Jumaat, Februari 17, 2006

Perkahwinan boleh selesaikan masalah onani

Perkahwinan boleh selesaikan masalah onani

Soalan,
Salam,

Adakah berdosa jika buat onani...iaitu guna jari pada kemaluan untuk tujuan naik nafsu?
Nur..

Jawapan
Wa'alaikumus-salam wr.wb.
Sebagai makhluk ciptaan Tuhan kita wajib percaya bahawa setiap apa yang diciptakanNya ada hikmah di sebaliknya, termasuk nafsu syahwah yang dibekalkan di dalam diri manusia lelaki dan perempuan. Antara hikmahnya ialah untuk mempastikan kelangsungan wujudnya zuriat manusia sebagai khalifah di muka bumi. Lantaran itu Islam sangat menitik beratkan umatnya supaya berkahwin. Dengan perkahwinan, syahwah dapat disalurkan dengan baik, suci dan terhormat sesuai dengan taraf manusia sebagai khalifah di samping menjamin kemurnian zuriat yang bakal lahir.
Berdasarkan konsep di atas, maka perbuatan onani dengan menggunakan jari adalah satu perbuatan yang sia-sia. Apa akan berlaku jika syahwah telah memuncak? Jika perempuan itu tidak mempunyai suami yang sah, bukankah ini akan mendorong kepada zina?
Inilah yang perlu difahami. Oleh kerana Islam telah mensyari'atkan perkahwinan untuk melepaskan syahwah dengan cara yang halal, maka segala pintu yang boleh mendorong terjadinya perbuatan haram adalah ditutup. Sabab itu wanita wajib menutup aurat, lelaki dan perempuan mesti memelihara pandangan mata, haram duduk berdua-duaan, haram mendedahkan rahsia hubungan suami isteri, haram menonton atau membaca adegan lucah dan sebagainya yang boleh merangsang syahwah yang mungkin boleh membawa kepada zina.
Maka jalan terbaik bagi sesiapa yang mampu ialah menyahut seruan Nabi agar berkahwin, dan jika tidak mampu hendaklah ia berpuasa.
AllahuA'lam.



posted by Wanita JIM Mekar Ceria

Tiada ulasan: