Tawaran Murah Hotel

Isnin, Mac 10, 2008

Ceramah sempena himpunan kemenangan PAS di Kedah malam ini

Ceramah sempena himpunan kemenangan PAS di Kedah malam ini
Helmi Khalid Mon Mar 10, 08 2:25:40 pm MYT
ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah yang baru, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak akan bersama rakyat negeri ini pada jam 9.00 malam ini sempena Ceramah Perdana meraikan kemenangan PAS di Kedah, di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.
-->
Jadual asalnya, Ustaz Azizan akan bersama Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang menyampaikan ceramah, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, presiden digantikan oleh Naib Presiden, Dato' Husam Musa.
Turut menyampaikan ceramah adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali.
Orang ramai dinasihatkan datang awal dan mematuhi arahan petugas lalulintas bagi mengelak kesesakan jalan raya yang dijangkakan berlaku pada malam ini. - mr

Tiada ulasan: