Tawaran Murah Hotel

Selasa, Mac 11, 2008

Jangan Percaya Khabar Angin, Kata Ketua Polis Negara

Jangan Percaya Khabar Angin, Kata Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin berserta dengan khidmat pesanan ringkas (SMS), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan."Polis ingin memaklumkan bahawa selepas proses pilihan raya, kedudukan keselamatan di seluruh negara adalah aman dan terkawal sungguhpun ketika ini beberapa negeri masih dalam proses untuk membentuk kerajaan negeri masing-masing," katanya dalam satu kenyataan.Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai dan pemimpin politik supaya bertenang dan tidak mengambil apa jua tindakan yang boleh menjejaskan keamanan serta ketenteraman awam.Beliau meminta orang ramai supaya jangan mudah percaya atau terpengaruh dengan khabar-khabar angin serta SMS yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Musa berkata polis sentiasa memantau perkembangan ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dan melanggar undang-undang negara.-- BERNAMA

Tiada ulasan: