Tawaran Murah Hotel

Selasa, Mac 11, 2008

Kenyataan media bakal MB S'gor YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim

Kenyataan media bakal MB S'gor YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim


Oleh Webmaster
Isnin, 10 Mac 2008
KEPUTUSAN Pilihanraya Umum Ke-12 telah menyaksikan calon-calon dari Parti Keadilan Rakyat(KeADILan), Parti Tindakan Demokratik Rakyat Malaysia(DAP) dan Parti Islam Se Malaysia(PAS) telah berjaya memenangi 36 dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah di pertandingkan.
KeADILan telah memenangi 15 kerusi, DAP pula sebanyak 13 dan PAS sebanyak 8 kerusi.
Kepimpinan tertinggi parti-parti di atas telah bersetuju untuk bersatu dalam satu pakatan (coalition) bagi penubuhan kerajaan baru bagi negeri Selangor. Pihak kepimpinan juga bersetuju untuk memilih Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetuai pakatan tersebut.
Sebagai langkah pertama, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim akan mengadap dan memohon perkenan DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj Ibni Al Marhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, Sultan Selangor bagi tujuan penubuhan kerajaan baru Negeri Selangor.
Selanjutnya, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim akan bertemu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi urusan mengambil alih tugas pengurusan dan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor dengan tertib dan teratur.
Sekian
Selangor Bersih, Maju, Berkebajikan
Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim 9 Mac 2008 (Kenyataan Media Penubuhan Kerajaan Baru Negeri Selangor Darul Ehsan)

Tiada ulasan: