Tawaran Murah Hotel

Isnin, Mac 10, 2008

Kenyataan Penuh Najib Berhubung Keputusan Pilihan Raya

Kenyataan Penuh Najib Berhubung Keputusan Pilihan Raya
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Berikut kenyataan penuh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berhubung keputusan pilihan raya umum Sabtu lepas."Pilihan raya ke-12 telah berjalan dengan selamat dan telus selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.Rakyat Malaysia menyatakan suara dan pilihan mereka dan kita berasa syukur kerana Barisan Nasional (BN) terus diberi kepercayaan untuk memerintah negara.Walaupun BN agak kecewa dengan kegagalan untuk kembali berkuasa di lima negeri serta kegagalan mendapat majoriti dua pertiga (di Parlimen), kita menerima dengan hati penuh terbuka keputusan rakyat.Kita akan terus berusaha untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat. Kita minta ahli-ahli Umno untuk merapatkan barisan dalam menghadapi cabaran ini.Sebagai Timbalan Presiden, saya akan membantu YAB Presiden untuk menghadapi cabaran besar ini."-- BERNAMA

Tiada ulasan: