Tawaran Murah Hotel

Selasa, Mac 11, 2008

Keputusan Pilihan Raya Tdk Akan Beri Impak Kpd Aliran Masuk FDI

Keputusan Pilihan Raya Tdk Akan Beri Impak Kpd Aliran Masuk FDI
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pelaburan asing langsung (FDI) ke Malaysia akan terus mengalir masuk walaupun parti pemerintah Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya Sabtu lepas dengan majoriti mudah.Ini ialah kerana kerajaan BN mempunyai rekod baik dalam menyediakan kestabilan kepada negara dan mempunyai dasar yang mesra pelaburan.Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata penurunan yang ketara di pasaran saham hari ini adalah lebih disebabkan kepada situasi panik ekoran gerak hati pelabur yang terkejut dengan keputusan yang di luar jangkaan itu."Keputusan pihan raya itu adalah di luar jangkaan. Para pelabur sudah terbiasa dengan BN memenangi majoriti dua pertiga," katanya pada forum ISIS mengenai "Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 : Kesudahan dan Implikasi kepada Malaysia" di sini hari ini.Beliau berkata para pelabur sedang melihat kepada pasaran untuk melabur di negara yang memiliki kestabilan ekonomi dan politik dan juga selamat."Apa yang menggelikan hati tentang komuniti perniagaan ialah bagaimana demokratiknya mereka, sekiranya mereka mahu melihat kestabilan, mereka sanggup tidak mengendahkan jenis kerajaan, walaupun sekiranya kerajaan itu tidak terlalu demokratik atau agak tidak demokratik," katanya.Musa, yang juga Pengerusi United Malayan Land Bhd, melahirkan keyakinan, pelabur asing akan terus melabur di Malaysia sebaik sahaja mereka menyedari kerajaan tidak memiliki majoriti dua pertiga, tetapi bagaimanapun mempunyai majoriti selesa, ia akan memberikan kestabilan."Apabila mereka terbiasa kepada idea bahawa Malaysia boleh menguruskan situasi demokrasi semasa yang normal, mereka akan mengambil keputusan (untuk melabur)," katanya.Musa juga percaya pihak pembangkang juga akan mengalu-alukan FDI ke dalam negara, yang hasil daripadanya ia akan menjana persaingan positif antara kerajaan persekutuan dan pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk menarik pelaburan.Dalam proses itu, mereka akan berusaha menyediakan persekitaran yang jauh lebih baik untuk pelabur. Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Dr Mahani Zainal Abidin, berkata kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang akan dipimpin pembangkang mahu pertumbuhan ekonomi yang tinggi. "Saya tidak fikir ia akan berlaku sebaliknya kerana kedua-dua pihak perlu menunjukkan rekod prestasi kepada orang ramai. Jadi, di segi itu kedua-duanya mempunyai objektif sama.Pada masa ini, terlalu awal untuk melihat impaknya," kata Dr Mahani.Timbalan Pengerusi Institut Analisis Strategik & Kajian Dasar (INSAP), Rita Sim berkata ekonomi dalam negara secara umumnya amat kukuh dan tidak menyaksikan banyak impak terhadap harga komoditi.-- BERNAMA

Tiada ulasan: