Tawaran Murah Hotel

Selasa, Mac 11, 2008

Kisah gempar sidang akhbar Mukhriz

Kisah gempar sidang akhbar MukhrizMarch 11, 2008 : 08.09 AM--->
“Hotel Sunway PJ ke atau Hotel Sunway Butterworth?”.Ini adalah antara perbualan telefon yang jelas kedengaran antara seorang ahli UMNO di lobi Menara Dato Onn PWTC pada waktu tengahari Isnin.
Selain itu beberapa orang lain kelihatan sibuk menefon rakan-rakan mereka di Utara untuk mendapat maklumat jelas tentang khabar yang berlegar di situ mengatakan Datuk Mukhriz Mahathir nak adakan satu sidang akhbar khas meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.
Begitulah suasananya kalangan mereka yang melepak di situ untuk mengikuti secara dekat Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang berlangsung di tingkat 39 bangunan itu.
Ini juga membuatkan kalangan para wartawan di situ juga sibuk check dengan rakan-rakan wartawan di Utara untuk mengesahkan benar atau tidak khabar yang asalnya disebarkan menerusi SMS itu.
Akhirnya berita mengenai sidang akhbar itu didapati sah.
Apa yang meriuhkan suasana dan menarik perhatian ketika itu ialah cakap-cakap mengatakan lebih 500 penyokong Mukhriz di Perlis,Kedah dan Pulau Pinang akan berkumpul bersamanya di situ.
Sidang akhbar itu dijadual diadakan pada jam 3 petang di Hotel Sunway, Butterworth.
Namun begitu lokasi sidang akhbar itu telah ditukar ke sebuah hotel lain tidak jauh dari situ kerana dikatakan timbul sedikit ketegangan.
Ikut ceritanya ada sekumpulan ahli UMNO lain yang bergegas ke situ untuk membantah tindak tanduknya setelah mendapat SMS yang disebarkan.
Sebilangan anggota polis berpakaian biasa juga kelihatan berada di situ untuk mengawasi keadaan.
Mukhriz telah mengadakan sidang akhbar selama 20 minit di hotel yang satu lagi itu dengan disertai oleh kira-kira 100 orang penyokongnya.
Dalam sidang akhbar berkenaan anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu bagaimanapun tidak ada menyebut secara spesifik meminta Abdullah letak jawatan seperti yang disebar menerusi SMS.
Apapun ia memang berkaitan prestasi BN yang mengejutkan ramai pihak dalam pilihanraya umum kali ini.
Ditanya tentang soal SMS yang dihantar mengenai sidang akhbar itu,Mukhriz berkata beliau tidak tahu siapa dalang disebalik hal itu.
Dalam sidang akhbar itu memberi pandangan bahawa semua pihak harus bertanggongjawab atas kekalahan di empat negeri iaitu Kedah,Pulau Pinang ,Perak dan Selangor.
Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata langkah segera harus diambil bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN dan UMNO.
‘‘Semua pihak perlu mengambil tanggungjawab di atas kekalahan itu, bukan sesuatu yang baru apabila ketidakpuasan rakyat disuarakan di dalam forum-forum namun kita tidak mendengar suara berkenaan, sekarang mesej yang jelas telah diberikan oleh rakyat,” katanya.
Beliau menyuarakan keyakinan Perdana Menteri akan mendengar suara rakyat itu dan melakukan perkara yang difikirkan wajar sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Sidang akhbar itu berakhir tanpa sebarang kejadian tidak diingini.- 10/3/2008
agenda daily

Tiada ulasan: