Tawaran Murah Hotel

Isnin, Mac 10, 2008

Majlis Angkat Sumpah Dan Pelantikan Exco Terengganu Ditunda

Majlis Angkat Sumpah Dan Pelantikan Exco Terengganu Ditunda
KUALA TERENGGANU, 10 Mac (Bernama) -- Majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu dan pelantikan Exco-exco kerajaan negeri yang dijadual berlangsung di Istana Maziah di sini pagi ini dibatal pada saat-saat akhir.Pembatalan majlis itu diumum oleh Datuk Bentara Luar Datuk Omar Pilus kira-kira pukul 8.55 pagi dengan memaklumkan majlis mengangkat sumpah itu telah ditangguh sehingga ke suatu masa yang ditetapkan kemudian.Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata upacara itu terpaksa ditunda pada saat-saat akhir kerana Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh masih berada di Kuala Lumpur."Pada awalnya beliau (Idris) dijadual pulang ke Kuala Terenganu malam tadi, tapi tidak dapat berbuat demikian di saat-saat akhir," katanya ketika ditemui pemberita di Istana Maziah di sini hari ini.Beliau berkata maklumat mengenai penundaan majlis itu hanya diketahui lewat malam dan tidak sempat dimaklum kepada semua yang terlibat.Lebih 150 anggota wakil rakyat serta bekas wakil rakyat, dan ketua jabatan hadir di Istana Maziah pagi ini bagi menghadiri upacara itu.Turut kelihatan beberapa bekas exco kerajaan negeri seperti Rosol, Datuk Ahmad Said, Datuk Din Adam dan Datuk Mohamed Awang Tera.Rosol berkata tarikh baru majlis mengangkat sumpah itu akan ditentukan kemudian dan dijangka diadakan dalam jangka masa terdekat.Pada pilihan raya umum Sabtu lepas, Barisan Nasional Terengganu berjaya menerajui semula kerajaan Terengganu setelah memenangi 32 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh daripada lapan kerusi Parlimen yang dipertandingkan.PAS pula memenangi lapan kerusi negeri dan satu Parlimen.-- BERNAMA

Tiada ulasan: