Tawaran Murah Hotel

Isnin, Mac 10, 2008

Pelabur bimbang, IKKL junam 100 mata

Pelabur bimbang, IKKL junam 100 mata
10/03/2008 1:40pm
KUALA LUMPUR 10 Mac. - Pasaran saham tempatan menjunam hampir 100 mata tengah hari ini ekoran kegusaran dan kekeliruan di kalangan pelabur berhubung arah tuju dasar pembangunan ekonomi dan kewangan berikutan kemenangan tipis Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-12 pada Sabtu lalu.
Pada penutup tengahari ini, penanda aras utama pasaran saham tempatan Indeks Komposit Kuala Lumpur menjunam sebanyak 99.22 mata atau 7.65 peratus untuk ditutup pada 1,197 mata, paras terendah dalam tempoh lima bulan.
Peniaga berkata, keadaan di pasaran tempatan ketika ini adalah amat tidak stabil apabila pelabur-pelabur menjual pegangan masing-masing sejak awal pagi ekoran berita tersebut.
Sektor yang mengalami tekanan jualan teruk pada hari ini adalah pembinaan, barangan binaan, infrastruktur, hartanah dan kaunter perjudian serta minuman keras.

utusan

Tiada ulasan: