Tawaran Murah Hotel

Selasa, Mac 11, 2008

PM Ulangi Khairy Tidak Pengaruhi Beliau

PM Ulangi Khairy Tidak Pengaruhi Beliau
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi dengan tegas bahawa menantunya Khairy Jamaluddin tidak pernah mempengaruhinya dalam sebarang keputusan yang beliau buat atau lakukan."Khairy bukan satu pengaruh dalam apa jua saya lakukan. Beliau adalah Naib Ketua Pemuda Umno, dan beliau mempunyai idea mengenai apa jua."Mungkin secara kebetulan beliau bercakap mengenai dasar yang sama dan bukan kerana dasar itu adalah sesuatu yang telah beliau promosikan, ini adalah dasar kerajaan," kata Perdana Menteri kepada wartawan di Ibu Pejabat Umno di sini hari ini.Beliau berkata sebagai seorang anggota Umno, adalah menjadi tugas Khairy mengetahui dasar-dasar kerajaan dan bercakap mengenainya."Bila kita bercakap mengenai dasar itu tidak bererti itulah dasar yang beliau cadangkan," kata Abdullah mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mendakwa bahawa Khairy bertanggungjawab atas kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang baru berakhir.Presiden Umno itu berkata apa yang berlaku kepada Khairy adalah akibat persepsi salah yang berasaskan hakikat bahawa beliau (Khairy) adalah menantu Perdana Menteri."Beliau bukan orang yang berkata 'Babah tolong terima ini dan saya (Abdullah) terima, dan ini you (Abdullah) mesti lakukan. Beliau tidak berbuat begitu."Ini satu persepsi, saya rasa ini persepsi salah dan saya kesiankan Khairy kerana persepsi sebegitu berlaku terhadap matlamatnya, dan hubungan beliau dengan saya sebagai seorang menantu dengan bapa mertua," kata Abdullah.Perdana Menteri berkata Khairy adalah orang yang bercakap secara terbuka dan aktif melahirkan pendapatnya sebagaimana ramai orang pernah dengar di perhimpunan agung Umno."Siapa saja bebas memberikan pendapat, serta pandangan, dan Khairy, seperti orang lain juga bercakap secara terbuka dan kenyataan disiarkan dalam akhbar," kata Abdullah.-- BERNAMA

Tiada ulasan: