Tawaran Murah Hotel

Selasa, Januari 06, 2009

Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad
Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia. Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
Hari Sabtu 17 Jan 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Hari Ahad 18 Jan 2009 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
http://pondokhabib.wordpress.com

Jumaat, Januari 02, 2009

Jemputan ke Majlis Menyambut Perayaan Ma'al Hijrah 1430

Jemputan ke Majlis Menyambut Perayaan Ma'al Hijrah 1430

Tempat: Dewan Muaslla(Surau), Sekolah Islam Adni, Taman Sri Ukay
Tarikh : 3 Januari 2009 (Esok Sabtu)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki (Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan)

Semua dijemput hadir.