Tawaran Murah Hotel

Isnin, September 07, 2009

Kalam Salaf : Adab-adab Puasa

Kalam Salaf : Adab-adab PuasaQuthbul Da’wah wal Irsyad al-Imam al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه, di dalam kitabnya yang terkenal bertajuk an-Nashoih ad-Diniyyah wa al-Washoya al-Imaniyyah, menyebutkan:
آداب الصيام
للصائم آداب لايكمل صيامه إلا بها، فمن أهمها: أنللصائم آداب لايكمل صيامه إلا بها، فمن أهمها: أن يحفظ لسانه عن الكذب والغيبة، وعن الخوض فيما لايعنيه، ويحفظ عينه وأذنه عن الاستماع والنظر إلى ما لا يحل له، وإلى ما يعد فضولا في حقه. وكذلك يحفظ بطنه من تناول الحرام والشبهة، وخصوصا عند الإفطار يجتهد جدا أن لا يفطر إلا على الحلال. قال بعض السلف: إذا صمت فانظر على أى شيء تفطر، وعند من تفطر؟ إشارة على الحث على التحرى والاحتياط فيما يفطر عليه. وترك المعاصى واجب على الدوام على الصائم وعلى المفطر، غير أن الصائم أولى بالتحفظ، وهو عليه أوجب وآكد، فافهم.ومن آداب الصائم – أن لا يكثر النوم بالنهار، ولا يكثر الأكل بالليل، وليقتصد في ذلك حتى يجد مس الجوع والعطش، فتتهذب نفسه وتضعف شهوته، ويستنير قلبه، وذلك سر الصوم ومقصوده. وليجانب الصائم الرفاهية والاكثار من تناول الشهوات واللذات كما ذكرنا. ومن آدابه – أن لا يكثر التشاغل بأمور الدنيا في شهر رمضان، بل يتفرغ عنها بعبادة الله وذكره ما أمكنه، ولا يدخل في شيء من أشغال الدنيا إلا إن كان ضروريا في حقه، أو في حق من يلزمه القيام به من العيال ونحوهم، وذلك لأن شهر رمضان في الشهور بمنزلة يوم الجمعة في الأيام.فينبغي للمؤمن أن يجعل يوم جمعته وشهره هذا لآخرته خصوصا. ومن السنة – تعجيل الفطر، وأن يكون على التمر، فإن لم يجده فعلى الماء، وكان عليه السلام يفطر قبل أن يصلى المغرب ويقول: ” لا تزال أمتي بخير ما عجلوا الفطر وأخروا السحور “(متفق عليه)، فتأخير السحور من السنة أيضا. وينبغي للصائم أن يقلل من الأكل ولا يستكثر منه، وذلك حتى يظهر عليه أثر الصوم، ويحظى بسره ومقصوده الذي هوتأديب النفس، وتضعيف الشهوات، فإن للجوع وخلو المعدة أثرا عظيما في تنوير القلوب، ونشاط الجوارح في العبادة.والشبع أصل القسوة والغفلة، والكسل عن الطاعة، قال عليه الصلاة والسلام : ” ما ملأ ابن آدم وعاء شرا من بطنه ، حسب ابن آدم لقيمات يقمن صلبه ، فإن كان لا محالة فثلث لطعامه ، وثلث لشرابه ، وثلث لنفسه “(رواه الإمام أحمد، والترمذي، وابن ماجه، وابن سعد، والدارمي عن المقدم بن معدى كرب رضي الله عنه).وقال بعضهم: إذا شبعت البطن جاعت جميع الجوارح، وإذا جاعت البطن شبعت جميع الجوارح. ومن المستحب المتأكد – تفطير الصائمين ولو على تمرات أو بشربة ماء، قال عليه السلام: ” من فطر صائما كان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء ” (رواه البيهقي، وابن خزيمة عن سلمان الفارسي رضي الله عنه ) يعني من أجر الصائم.
Adab-adab Berpuasa
Setiap orang yang berpuasa mempunyai adab, tidaklah sempurna puasanya itu tanpa adab.
Di antara adabnya yang terpenting adalah, memelihara lidah daripada berdusta, mencaci, mencampuri urusan orang lain, mengekang mata dan telinga dari melihat atau mendengar sesuatu yang tidak halal, yang tiada sangkut paut dengan dirinya.
Selanjutnya hendaklah ia menahan perut dari makanan yang haram atau syubhat, terutama sekali ketika waktu berbuka puasa. Ia wajib berusaha mencari yang halal untuk berbuka puasa. Sebahagian kaum salaf berkata: Jika engkau berpuasa, perhatikanlah makanan yang engkau makan untuk berbuka dan dimana engkau berbuka. Hal ini merupakan anjuran kepada kita supaya berhati-hati dan mengambil berat terhadap makanan yang kita makan untuk berbuka.
Meninggalkan maksiat hukumnya wajib untuk selama-lamanya bagi orang yang berpuasa dan tidak berpuasa. Hanya saja terhadap orang yang berpuasa lebih wajib memelihara diri, kerana ianya sangat dituntut dan dikuatkan.
Di antara adab puasa yang lain adalah hendaklah orang yang berpuasa itu tidak terlalu banyak tidur di waktu siang dan tidak terlalu banyak makan di waktu malam. Hendaklah ia sederhana dalam kedua perkara tersebut, agar ia dapat merasakan pedihnya lapar dan dahaga, hingga dengan begitu jiwanya boleh terdidik, syahwatnya boleh berkurang dan hatinya akan bercahaya. Di situlah letak rahasia dan tujuan berpuasa yang sebenarnya. Selanjutnya hendaklah ia meninggalkan segala kemewahan dalam segala hal, memperbanyak makanan dan minuman yang memancing selera dan yang lazat-lazat, sebagaimana yang telah kami sebutkan sebelum ini.
Di antara adabnya lagi, ialah hendaklah pada bulan Ramadhan tidak terlalu banyak melibatkan diri dalam urusan dunia, tetapi hendaklah ia menumpukan dirinya untuk beribadat kepada Allah sebanyak-banyaknya dan berzikir semampunya. Tidak mengusahakan sesuatu dari urusan dunia, melainkan yang perlu untuk dirinya dan orang-orang yang ada dalam tanggungannya, seperti anak-isteri dan sebagainya. Sebab bulan Ramadhan itu bila dibandingkan dengan bulan yang lainnya adalah seperti kelebihan hari Jumaat atas hari-hari lainnya. Maka adalah wajar bagi setiap Mu’min mengkhususkan hari Jumaat dan bulan Ramadhan untuk mengumpulkan bekal akhiratnya.
Diantara yang sunat bagi orang yang berpuasa ialah menyegerakan berbuka puasa. Yang paling baik adalah dimulai dengan buah kurma. Jika tidak ada maka dengan air tawar. Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berbuka dahulu sebelum menunaikan shalat Maghrib. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:
لا تزال أمتي بخير ما عجلوا الفطر وأخروا السحور
Ertinya: Umatku tetap akan berada dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan makan sahur.” (Hadits riwayat: Bukhari dan Muslim)
Dari hadits [diatas] maka jelas bahawa mengakhirkan makan sahur untuk orang berpuasa merupakan amalan yang sunat.
Orang yang berpuasa hendaklah membiasakan diri makan sedikit, tidak terlalu banyak makan, sehingga kesan puasa itu dapat ia rasakan, ia akan memperoleh rahsia dan tujuan berpuasa; iaitu mendidik nafsu dan melemahkan keinginannya. Kerana bahawasanya dengan berlapar dan mengosongkan perut itu meninggalkan kesan yang baik untuk menerangi hati nurani serta menimbulkan semangat pada anggota tubuh untuk beribadah.Manakala perut yang kenyang merupakan punca segala kekerasan dan kelalaian hati, dan menimbulkan perasaan malas untuk beribadah. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:
ما ملأ ابن آدم وعاء شرا من بطنه ، حسب ابن آدم لقيمات يقمن صلبه ، فإن كان لا محالة فثلث لطعامه ، وثلث لشرابه ، وثلث لنفسه
Ertinya: Tidak ada suatu wadah yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Memadailah bagi anak Adam itu beberapa suap untuk menyambung hidupnya. Jika ini tidak mecukupi, maka hendaklah sepertiga untuk makannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga lagi untuk pernafasannya.” (Hadits riwayat: Imam Ahmad, at-Tirmidhi dan yang lainnya)
Sebahagian hukama berkata: Jika perut kenyang, laparlah seluruh anggota tubuh. Dan jika perut lapar, kenyanglah seluruh anggota tubuh.
Diantara yang sangat dianjurkan adalah menjamu orang-orang yang berpuasa untuk berbuka berpuasa, sekalipun dengan beberapa butir kurma, ataupun dengan sedikit air minum. Nabi صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda :
من فطر صائما كان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء
Ertinya: Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa untuk berbuka maka baginya pahala semitsal orang yang berpuasa itu, tidak dikurangi dari pahala itu sedikitpun.” (Hadits riwayat: al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
[Petikan dari kitab Mukhtasor an-Nashoih ad-Diniyyah wa al-Washoya al-Imaniyyah – Ringkasan Kitab Wasiat Nasihat Agama dan Wasiat Iman al-Abdullah al-Haddad. Ringkasan oleh Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki]
Sekian dari,Al-Fagir Abu Zahrah

Perbezaan Ta’abbud Dan Ta’dzim


Perbezaan Ta’abbud Dan Ta’dzim
remplaza_fecha('21:17');
Dimasukkan oleh IbnuNafis Label:
Penulis : Ustaz Al Amin Daud
“Tuan Guru Haji Hadi bangun bersalam dan mencium dahi Tuan Guru Nik Aziz tanda penghormatan”
Golongan wahabi seringkali mengelirukan umat Islam dengan pandangan yang menyimpang daripada kefahaman yang sebenar.
Di antara persoalan yang ditimbulkan oleh mereka seperti permasalahan mencium tangan orang alim, berdiri menghormati orang alim, memuliakan Nabi SAW dengan panggilan Sayyidina, bertawasul, berhenti di maqam Nabi SAW ketika menziarahi baginda SAW dan banyak lagi persoalan yang digembar-gemburkan sebagai bidaah dan syirik oleh mereka. Pada sangkaan mereka itu termasuk di dalam ibadah kepada selain daripada Allah SWT.
Punca kekeliruan ini berlaku kerana kejahilan mereka dalam membezakan apakah hakikat ibadah dan apakah hakikat تعظيم وتكريم وتشريف (ta’zim, takrim dan tasyrif = memuliakan).
Jika Wahabi selalu menggunakan slogan retorik mereka kembali kepada Al-Quran maka kita mengajak mereka melihat apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran.
Firman Allah Ta’ala di dalam surah Al-Baqarah ayat 34;
وإذ قلنا للملائكة اسجدوا لآدم فسجدوا إلا إبليس أبى واستكبر وكان من الكافرين
Ketikamana kami perintahkan kepada malaikat sujudlah kepada Adam maka sekalian para malaikat sujud kecuali Iblis enggan dan sombong jadilah (iblis) daripada golongan yang kufur (kepada perintah Allah)
Di dalam ayat di atas Allah SWT Ta’ala memerintahkan kepada para malaikat sujud kepada Nabi Adam ‘Alaihissalam. Apakah sujud di sini bermaksud ibadah seperti sangkaan golongan wahabi? Apakah Allah Ta’ala mengajar para Malaikat beribadah selain daripadaNya sedangkan Allah Ta’ala menyatakan di dalam ayat yang lain bahawasanya para malaikat tidak pernah menderhakai Allah.
لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون
Mengapa iblis dikeluarkan daripada syurga dan dilaknat sehingga hari kiamat disebabkan keengganan mereka sujud kepada seorang manusia yang bernama Adam? Kerana hakikatnya iblis melanggar perintah Allah SWT dengan sebab keangkuhan dan kesombongan mereka yang merasakan mereka lebih mulia berbanding Nabi Adam ‘Alahissalam.
Ulama’ kita menjelaskan di dalam kitab-kitab tafsir bahawa sujud di sini bukan bermaksud sujud ibadah kepada Adam tetapi ia suatu bentuk تكريما وتشريفا (takriman watasyrifan=memuliakan) kepada Nabi Adam ‘Alaihissalam bukan suatu bentuk ibadah.
Di dalam ayat yang lain diceritakan mengenai saudara Nabi Allah Yusuf ‘Alaihissalam sujud kepadanya. Firman Allah di dalam surah Yusuf ayat 100;
ورفع أبويه على العرش وخروا له سجدا
Dan menaikkan (Nabi Yusuf) akan kedua ibubapanya kepada singgah sana dan mereka tunduk bersujud kepadanya (Nabi Yusuf).
Apakah Nabi Yusuf mengajar saudaranya beribadah selain daripada Allah dengan sujud kepadanya? Sudah tentu tidak tetapi ia sebagai bentuk tahiyyat penghormatan sepertimana yang dijelaskan oleh ulama’ di dalam tafsir-tafsir mereka. Sujud ini sebagai takriman wa tasyrifan lahu.
Kedua ayat di atas pada hakikatnya menta’ati perintah Allah kerana ia adalah perintah Allah kepada para malaikat dan iblis. Adapun kisah Nabi Yusuf ‘Alaihissalam berdasarkan takwil mimpi Nabi Yusuf dan mimpi Nabi adalah wahyu daripada Allah SWT berdasarkan sambungan ayat di atas ;
وقال يأبت هذا تأويل رؤياي من قبل
Dan berkata (Yusuf) wahai ayahku inilah takwil mimpiku sebelum ini.
Ayat yang saya bawakan untuk menjelaskan perbezaan di antara perbuatan ibadah dan ta’zim. Namun di dalam syariat Nabi Muhammad tidak diharuskan sujud kepada manusia tetapi ia diharuskan di dalam syariat Nabi Yusuf sepertimana keterangan ayat di atas.
Namun sekadar berdiri kepada orang alim, mencium tangan mereka, memanggil Rasulullah SAW dengan panggilan Sayyidina tidaklah termasuk di dalam ta’abbud kepada selain daripada Allah tetapi sebagai bentuk takrim wan tasyrif (penghormatan dan memuliakan) mereka sesuai dengan kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah SWT.
Cuba kita perhatikan tegahan Allah supaya tidak memanggil Rasulullah seumpama panggilan kita sesama kita. Firman Allah Ta’ala di dalam surah Al-Furqan ayat 63;
لا تجعلوا دعاء الرسول بينكم كدعاء بعضكم بعضا
Jangan kamu jadikan panggilan kepada Rasulullah SAW di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (kamu yang lain).
Lihat ayat di atas! Allah Ta’ala mengajar kita bagaimana beradab dengan Rasulullah SAW.
Lagi ayat yang ditujukan kepada orang yang beriman ketika berbicara dengan Nabi SAW. Firman Allah Ta’ala di dalam surah Al-Hujurat ayat 2;
يا أيها الذين آمنوا لا ترفعوا أصواتكم فوق صوت النبي
Wahai orang yang beriman jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi SAW.
Inilah adab yang diajar oleh Allah kepada orang yang beriman sebagai memuliakan Rasulullah SAW.
Kita lihat pula bagaimana para sahabat memuliakan Nabi SAW;
روى الترمذي عن أنس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يخرج على أصحابه من
المهاجرين والأنصار وهم جلوس فيهم أبو بكر وعمر فلا يرفع أحد منهم إليه بصره إلا أبو
بكر وعمر فإنهما كانا ينظران إليه وينظر إليهما ويبتسمان إليه ويبتسم لهما
Diriwayat oleh At-Tirmizi daripada Anas sesungguhnya Nabi SAW keluar kepada para sahabatnya daripada orang muhajirin dan ansar dan mereka itu dalam keadaan duduk. Bersama mereka itu Abu Bakr dan Umar. Tidak mengangkat pandangan seorang pun daripada mereka kepada Rasulullah SAW kecuali Abu Bakar dan Umar. Sesungguhnya keduanya (Abu Bakar dan Umar) melihat kepada Rasulullah SAW dan Nabi SAW melihat kepada keduanya. Abu Bakar dan Umar senyum kepada Rasulullah SAW dan Nabi SAW senyum kepada keduanya.
يقول عمرو بن العاص رضي الله عنه وما كان أحد أحب إلي من رسول الله صلى الله
عليه وسلم ولا أجل في عيني منه وما كنت أطيق أن أملأ عيني منه إجلالا له ولو سئلت
أن أصفه ما أطيقت لأنني لم أكن أملأ عيني منه رواه مسلم في الصحيح , كتاب
الإيمان , باب كون الإسلام يهدم ما قبله
Berkata ‘Amru Bin Al-‘Aas Radiallahu ‘Anhu : Tidak ada seorangpun yang paling aku cintai daripada Rasulullah SAW dan tidak ada yang paling mulia di mataku daripadanya (Rasulullah SAW) dan aku tidak mampu menatap sepenuhnya mataku kepadanya kerana memuliakan Rasulullah. Jika diminta untuk menyifatkan baginda aku tidak mampu kerana aku tidak pernah menatap sepenuhnya mataku kepadanya. Riwayat Muslim di dalam sahihnya di dalam kitabul iman bab kaunul Islam yahdimu ma qablahu.
Dikeluarkan oleh At-Tobarani dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya daripada Usamah Bin Syarik Radiallahu ‘Anhu telah berkata;
وأخرجه الطبراني وابن حبان في صحيحه عن أسامة بن شريك رضي الله عنه قال : كنا
جلوسا عند النبي صلى الله عليه وسلم كأنما على رؤوسنا الطير ما يتكلم من متكلم
Adalah kami duduk bersama Nabi SAW seumpama atas kepala kami burung tidak ada yang bercakap seorang pun.
Lihatlah dan perhatikanlah bagaimana kelakuan para sahabat dan kenyataan mereka radiallahu ‘anhum mengenai Rasulullah SAW.
Jika selama ini kita ingin kembali kepada manhaj salafussoleh, maka inilah yang dilakukan generasi salaf terhadap Rasulullah SAW. Walaupun Rasulullah sudah tidak ada di depan mata kita tetapi Rasulullah tetap hidup di hati-hati kita. Sewajibnya kita memuliakan Rasulullah SAW dengan selayaknya bagi seorang kekasih Allah.
Firman Allah SWT;
‏النبي أولى بالمؤمنين من أنفسهم
Nabi (Muhammad) itu lebih utama bagi orang mukmin daripada diri mereka
Perhatikan hadis dibawah ini. Bagaimana kecintaan kepada Rasulullah SAW dikaitkan dengan iman ;
عن أنس – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : لا يؤمن أحدكم
حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين أخرجه البخاري ومسلم
Daripada Anas Radiallahu ‘Anhu, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Tidak beriman seseorang kamu sehingga jadilah aku (Rasulullah) paling dicintai kepadanya daripada anaknya, ibubapanya dan manusia sekaliannya. Hadis dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim.
Yang kita peliknya, golongan wahabi tidak pernah membidaahkan panggilan syeikul Islam kepada ulama’ mereka tetapi membidaahkan panggilan sayyidina kepada Rasulullah SAW. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.
Sememangnya Rasulullah itu manusia tetapi bukan manusia biasa seumpama kita tetapi manusia yang luar biasa bahkan makhluk yang paling mulia di sisi Allah SWT. Memuliakan baginda beerti kita menta’ati perintah Allah SWT bukan bermaksud menjadikan Rasul sebagai Tuhan seumpama agama kristian.
Sedar atau tidak atau buat-buat lupa seperti golongan wahabi, Allah Ta’ala menjadikan selawat ke atas baginda sebagai ibadah yang boleh mentaqarrubkan (mendekatkan) kita kepada Allah. Bahkan ia menjadi rukun di dalam solat. Sesiapa yang tidak berselawat kepada baginda SAW di dalam solatnya maka solatnya tidak sah di sisi syara’.
السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته
Perhatikan wahai manusia yang punya hati. Salam yang diucapkan kepada Nabi SAW di dalam solat menggunakan dhomir mukhotob “أنت”. Seolah-olah Nabi SAW berada di hadapan kita. Kita sedia maklum di dalam pengajian ilmu nahu. Jika orang yang tidak ada dihadapan kita digunakan dhomir ghaib هو (dia) bukan أنت (kamu).
Inilah hikmah yang tidak difahami oleh golongan wahabi yang menganggap hubungan kita dengan Nabi Muhammad SAW telah putus setelah kewafatan baginda. Ah, sungguh dangkal pemikiran mereka yang mengaku memartabatkan sunnah Rasulullah tetapi tidak memartabatkan tuan punya sunnah.
Kenapa disyariatkan dan disuruh oleh Allah SWT berselawat dan mengucapkan salam kepada seorang manusia yang bernama Muhammad jika wahabi merasakan Muhammad manusia biasa seumpama kita? Tidak syirikkah perbuatan ini?
Bahkan Allah menjadikan kesaksian kepada Nabi Muhammad SAW di dalam dua kalimah syahadah sebagai syarat sah rukun Islam yang pertama. Tanpa penyaksian kepada Muhammad maka tidak sah syahadah sepertimana yang dijelaskan oleh ulama’ kita.
Jadi apakah itu beerti kita sama seperti golongan kristian yang mendewakan Nabi Isa ‘Alaihissalam sebagai Tuhan? Ataupun ia hanya bentuk memuliakan dan menghormati seorang kekasih Allah yang diutuskan menjadi rahmat kepada sekalian alam.
وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
Tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali menjadi rahmat bagi sekalian alam
Rahmat itu hanya layak dinisbahkan kepada Allah tetapi Allah menisbahkan asbab rahmat kepada kekasihnya Muhammad sebagai ‘inayah kepada sekalian alam.
لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul daripada kalangan kamu, berat terasa olehnya (Nabi Muhammad) apa yang kamu rasakan, (baginda) sangat menginginkan (keimanan dan kesejahteraan) bagi kamu, sangat lemah lembut dan penyayang terhadap orang-orang mukmin.
Perhatikan ayat di atas. Sifat Rauf dan Rahim merupakan sifat Allah Ta’ala tetapi Allah telah menisbahkan kepada kekasihnya Nabi Muhammad SAW sebagai menunjukkan kelebihan insan yang bernama Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وعلى آله وبارك وسلم.
Sumber : AlAminDaud

Rujuk juga : http://pondokhabib.wordpress.com

Sholat Tarawih: 8 atau 20 – Bhg 1

Sholat Tarawih: 8 atau 20 – Bhg 1
Sholat Tarawih: 8 atau 20 – Bhg 1Ramadhan dah masuk hari ke-6, namun masih terdengar perselisihan tentang bilangan raka’atnya. 8 atau 20? Ramai juga teman-teman ambo yang minta ambo tulis tentang hal tersebut, tapi ambo agak kurang berminat. Bukan apaaa … panjang perbahasannya. Ada juga yang bertanya tentang amalan bersholawat dicelah-celah 2 raka’at sholat tarawih … pun ambo berat nak taip ….. banyak lagilah. InsyaAllah kalau ada kesempatan ambo tulislah. Tentang bilangan raka’at Tarawih ini, alhamdulilah teman baik ambo, al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll mengatakan bahwa beliau ada menulis tentang perkara tersebut, maka ambo mohon keizinan beliau untuk paparkan di blog yang kerdil ini agar dapat dikongsi bersama dengan pengunjung al-Fanshuri. Dan alhamdulilah beliau izinkan. Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada beliau. Bab ini adalah merupakan salah satu bab di dalam sebuah buku yang sedang beliau tulis. InsyaAllah, bukau tersebut akan berapa di pasaran tak lama lagi. Buku yang menjawab pelbagai persoalan khilafiyah.
Bagi sesiapa yang inginkan artikel tersebut dalam bentuk msword bolehlah emailkan kepada ambo. Nanti ambo emailkan. Ambo tak tahu nak tukar ke dalam bentuk pdf.
Jumlah rakaat Sholat Tarawih [1]
Soalan: Berapakah jumlah rakaat Sholat Tarawih?
Jawapan:
Hukum: Sholat Tarawih adalah sholat sunat yang dikerjakan pada malam-malam di bulan Ramadhan yang dilakukan selepas Sholat Isya’ dan sebelum Sholat Witir. Hukumnya adalah sunat muakkad[2] dan lebih utama didirikan secara berjemaah[3].
Istilah: Sholat Qiyam Ramadhan (sholat pada malam bulan Ramadhan) dinamakan Sholat Tarawih kerana sholat ini panjang dan banyak rakaatnya. Jadi, orang yang mendirikannya perlu berehat. Rehat ini dilakukan selepas mendirikan setiap 4 rakaat, kemudian mereka meneruskannya kembali (sehingga 20 rakaat). Sebab itulah ia dipanggil Sholat Tarawih[4].
Ibn Manzhur menyebutkan di dalam Lisan al-Arab: “ اَلتَّرَاوِيحُ “ adalah jama’ (plural) “ تَرْوِيحَةٌ “, yang bermaksud “sekali istirehat”, seperti juga “ تَسْلِيمَةٌ “ yang bermaksud “sekali salam”. Dan perkataan “Tarawih” yang berlaku pada bulan Ramadhan dinamakan begitu kerana orang akan beristirehat selepas mendirikan 4 rakaat[5].
Jumlah rakaat Tarawih: Para ulama’ berbeza pendapat tentangnya dan mereka terbahagi kepada 2 pendapat:
Hanya 8 rakaatLebih dari 8 rakaat sama ada 20 atau 36 rakaat.Menurut pendapat jumhur iaitu mazhab Hanafi, Syafi’e dan Hanbali: 20 rakaat (selain Sholat Witir) berdasarkan ijtihad Sayyiduna Umar bin Khattab. Menurut mazhab Maliki: 36 rakaat berdasarkan ijtihad Khalifah Umar bin Abd al-Aziz. Imam Malik dalam beberapa riwayat memfatwakan 39 rakaat[6]. Walau bagaimana pun, pendapat yang masyhur ialah mengikut pendapat jumhur.
Dalil
a) Dalil hanya 8 rakaat:
Sholat Tarawih hanya 8 rakaat (menjadi 11 rakaat termasuk 3 rakaat Witir) kerana merujuk kepada hadith dari Sayyidatuna ‘Aisyah:
مَا كَانَ رَسُوْلُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَزِيْدُ فِى رَمَضَانَ وَلاَ فِى غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشَرَةَ رََكْعَةً، يُصَلِّى اَرْبَعًا فَلاَ تَسْـأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُوْلِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّى أَرْبَعًا فَلاَ تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُوْلِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّى ثَلاَثًا، فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوْتِرَ؟ فَقَالَ: يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامُ وَلاَ يَنَامُ قَلْبِي.
“Tidaklah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menambah pada bulan Ramadhan dan tidak pula pada bulan lainnya lebih sebelas rakaat. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sembahyang empat rakaat dan jangan kamu tanya tentang bagus dan panjangnya. Kemudian Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sembahyang empat rakaat dan jangan kamu tanya tentang bagus dan panjangnya. Kemudian Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sembahyang tiga rakaat. Kemudian aku (‘Aisyah) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah Tuan tidur sebelum sembahyang Witir?” Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, “Wahai ‘Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur, sedang hatiku tidak tidur.”[7]
b) Dalil lebih dari 8 rakaat:
i) Dalil nas khusus:
1) Hadith:
أَنَّهُ صلى الله عليه وسلم خَرَجَ مِن جَوْفِ اللَّيلِ لَيَالِي مِن رَمَضَانَ وَهِيَ ثَلاَثُ مُتَفَرِّقَةٌ: لَيْلَةُ الثَّالِثِ وَالْخَامِسِ وَالسَّابِعِ وَالْعِشْرِينَ، وَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ، وَصَلَّى النَّاسُ بِصَلاَتِهِ فِيهَا، وَكَانَ يُصَلِّي بِهِمْ ثَمَانَ رَكَعَاتٍ، وَيُكَمِّلُونَ بَاقِيهَا فِي بُيُوتِهمْ
“Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم keluar untuk sholat malam di bulan Ramadhan sebanyak tiga tahap: malam ketiga, kelima dan kedua puluh tujuh untuk sholat bersama umat di masjid. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sholat bersama mereka sebanyak lapan rakaat, dan kemudian mereka menyempurnakan baki sholatnya di rumah masing-masing.”[8]
Jumlah 11 rakaat tidak boleh dijadikan hujah untuk jumlah rakaat Sholat Tarawih kerana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم hanya sholat berjemaah bersama sahabat 2 atau 3 kali sahaja di masjid dan selepas itu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan para sahabat menyambung sholat malam di rumah masing-masing.
2) Hadith dari Ibn Abbas berkata:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي فِي شَهْرِ رَمَضَانَ فِي غَيْرِ جَمَاعَةٍ عِشْرِينَ رَكْعَةً وَالْوِتْرِ
“Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersembahyang pada bulan Ramadhan dengan tidakberjamaah, sebanyak dua puluh rakaat ditambah witir.”[9]
3) Dalam Sunan al-Baihaqi dengan isnad yang shahih sebagaimana ucapan Zain ad-Din al-Iraqi dalam kitab Syarh At-Taqrib, dari As-Sa’ib bin Yazid رضي الله عنه katanya:
كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Adalah para sahabat mendirikan sholat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattabpada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”[10]
Hadith ini telah shahihkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Khulashah dan Al-Majmu’, dan ia diakui shahih juga oleh Az-Zayal’i dalam Nashb ar-Rayah, dishahihkan oleh As-Subki dalam Syarh al-Minhaj, Ibn al-Iraqi dalam Thorh at-Tathrib, Al-Aini dalam Umdah al-Qari, Imam Sayuthi dalam Al-Masabih fi Sholat at-Tarawih, Ali al-Qari dalam Syarh al-Muwaththo’ dan An-Naimawi dalam Athar as-Sunan dan para ulama’ lain[11].
4) Diriwayatkan dari As-Sa’ib bin Yazid juga, dia berkata:
كنَّا نَقُومُ فِي زَمَنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنه بِعِشْرِينَ رَكْعَةً وَالْوِتْرِ
“Kami pernah mendirikan (sholat Tarawih) pada masa Sayyiduna Umar bin Al-Khattabdengan dua puluh rakaat dan ditambah Witir.”[12]
5) Diriwayatkan oleh Yazid bin Ruman berkata:
كَانَ النَّاسُ فِي زَمَنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يَقُومُونَ فِي رَمَضَانَ بِثَلاَثٍ وَعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Adalah orang ramai pada zaman Umar bin Al-Khattab mendirikan sholat Tarawihpada bulan Ramadhan dengan dua puluh tiga rakaat.”[13]
6) Diriwayatkan dari Al-Hasan:
أَنَّ عُمَرَ جَمَعَ النَّاسَ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ فَكَانَ يُصَلِّي لَهُمْ عِشْرِينَ رَكْعَةً
“Sesungguhnya Umar mengumpul orang ramai kepada Ubai ibn Ka’ab, lalu dia (Ubai)mengimami sholat bersama mereka dengan dua puluh rakaat.”[14]
Hadith bernombor 3, 4, 5 dan 6 di atas menunjukkan bahawa para sahabat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم telah ijma’ (sepakat) mendirikan Sholat Tarawih pada masa Sayyiduna Umar sebanyak 20 rakaat. Ijma’ Sahabat mengikut kaedah Ushul Fiqh adalah hujah (iaitu menjadi dalil syari’at)[15].
ii) Dalil nas umum:
Antara dalil lain dalam membolehkan ia dibuat lebih dari 11 rakaat ialah firman Allah Ta’ala:
1)
وَافْعَلُواْ الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Dan kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”[16]
Mengerjakan amal kebajikan tidak disebutkan di dalam ayat ini secara khusus dan berapa bilangannya. Ia membawa maksud mengerjakan amal kebajikan sebanyak-banyaknya.
2) Disebutkan di dalam hadith:
صَلاَةُ اللَّيْلِ مَثْنىَ مَثْنىَ
“Sholat malam itu dilakukan dua rakaat dua rakaat.”[17]
3) Imam Muslim meriwayatkan, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:
اَلصَّلاَةُ خَيْرُ مَوْضُوعٍ فَمَن شَاءَ اِسْتَقَلَّ وَمَن شَاءَ اِسْتَكْثَرَ
“Sholat adalah (termasuk) amal yang terbaik, maka barang siapa berkehendak, dia (boleh) menyedikitkan bilangan rakaatnya dan barang siapa berkehendak, dia (boleh) memperbanyak (bilangan rakaatnya, iaitu menyedikit atau memperbanyakkan sholat sunat/ nawafil).”
iii) Kaedah Ushul
1) Kaedah Ushul Fiqh menyebutkan:
مَا أَكْثَرَ فِعْلاً كَانَ أَكْثَرَ فَضْلاً
“Ibadah yang banyak perlakuannya (pekerjaannya), akan banyak mendapat fadhilat (pahala).”
Kaedah ini berdasarkan hadith Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kepada Sayyidatuna ‘Aisyah, riwayat Imam Muslim:
أَجْرُكِ عَلَى نَصَبِكِ
“Pahalamu berdasarkan kadar usahamu.”
Sembahyang adalah ibadat badan yang paling afdhal selepas mengucap dua kalimah syahadah mengikut sebahagian ulama’[18]. Sembahyang Tarawih pula sangat istimewa kerana dilaksanakan pada bulan yang sangat istimewa. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم memberi khabar gembira bahawa satu ibadah sunat dilaksanakan pada bulan ini menyamai satu ibadah fardhu di bulan lain.
Hadith daripada Salman al-Farisi berkata:
خَطَبَنَا رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم آخِرِ يَوْمٍ مِن شَعْبَانَ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظيمٌ مُبَارَكٌ، شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرُ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، شَهْرٌ جَعَلَ اللهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً وَقِيَامُ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا، مَن تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيهِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ…
“Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah berkhutbah kepada kami pada hari terakhir bulan Syaaban dan bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan), itulah bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu selainnya (selain Ramadhan).”[19]
Oleh itu, dari segi bilangan sahaja umpamanya, tentulah 20 rakaat Sholat Tarawih lebih baik dari 8 rakaat dan pahalanya tentu sekali lebih banyak. Ini tidak termasuk pahala berapa kali qiyam, ruku’, sujud…., bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan surah dan bacaan-bacaan lain ketika sembahyang, pahala mendengar orang membaca Al-Quran di dalam sembahyang, pahala sabar ketika qiyam yang mungkin agak lama dan panjang…jika dilakukan sebanyak 20 rakaat itu. Bolehlah diqiyaskan kepada perlakuan dan pembacaan yang lain yang ada kaitan dengan Sholat Tarawih ini…Ta’ammaluu…
2) Kaedah lain menyebutkan:
اَلْمُثْبَتُ مُقَدَّمٌ عَلَى النَّافِي
“Yang menetapkan ada (sesuatu perkara), didahulukan atas yang tidak menetapkannya.”
Dalam perbahasan Sholat Tarawih ini, jika benar hadith Sayyidatuna ‘Aisyah di atas tentang Sholat Tarawih, ia tetap tidak boleh dijadikan dalil untuk menolak pendapt Sayyiduna Umar dan para sahabat lain yang mereka ijma’ (sepakat) melaksanakannya dengan 20 rakaat. Dalam perkara ini, Sayyidatuna ‘Aisyah melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersembahyang 11 rakaat, sedangkan Sayyiduna Umar dan para sahabat lain yang utama juga melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersembahyang dengan 23 rakaat. Maka, mengikut kaedah ini, orang yang banyak ilmunya didahulukan dari orang yang kurang ilmu pengetahuannya[20].
Pendapat para ulama’:
Berdasarkan dalil dan kaedah di atas, para ulama’ dalam mazhab Syafi’e (Syafi’iyyah) mengistinbatkan bilangan rakaatnya seperti berikut:
1) Disebutkan di dalam Mukhtashar Al-Muzani:
أَنَّ اْلإِمَامَ الشَّافِعِيَّ رحمه الله قَالَ: رَأَيْتُهُمْ بِالْمَدِينَةِ يَقُومُونَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ وَأَحَبَّ إِلَيَّ عِشْرُونَ لأَنَّهُ رُوِيَ عَنْ عُمَرَ وَكَذَلِكَ بِمَكَّةَ يَقُومُونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ.
“Sesungguhnya Imam Syafi’e berkata: Aku telah melihat mereka di Madinah mendirikan (Solat Tarawih) denga 39 rakaat, dan aku menyukai 20 rakaat kerana telah diriwayatkan dari Umar. Dan begitu juga di Makkah, mereka mendirikan 20 rakaat dan mengerjakan Witir dengan 3 rakaat.”
2) Imam Nawawi berkata di dalam Syarh al-Muhazzab:
صَلاَةُ التَّرَاوِيحِ مِنَ النَّوَافِلِ الْمُؤَكَّدَةِ كَمَا دَلَّتْ عَلَى ذَلِكَ اْلأَحَادِيثُ الشَّرِيفَةُ الْمُتَقَدِّمَةُ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً مِنْ غَيْرِ صَلاَةِ الْوِتْرِ، وَمَعَ الْوِتْرِ تُصْبِحُ ثَلاَثًا وَعِشْرِينَ رَكْعَةً … عَلَى ذَلِكَ مَضَتِ السُّنَّةُ وَاتَّفَقَتِ اْلأُمَّةُ، سَلَفًا وَخَلَفًا مِنْ عَهْدِ الْخَلِيفَةِ الرَّاشِدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنه وأرضاه – إِلىَ زَمَانِنَا هَذَا … لَمْ يُخَالِفْ فِي ذَلِكَ فَقِيهٌ مِنَ اْلاَئِمَّةِ اْلأَرْبعَةِ الْمُجْتَهِدِينَ إِلاَّ مَا رُوِىَ عَنْ إِمَامِ دَارِ الْهِجْرَةِ مَالِكٍ بْنِ أَنَسٍ رضي الله عنه اَلْقَوْلُ بِالزِّيَادَةِ فِيهَا، إِلىَ سِتٍّ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً…فِي الرِّوَايَةِ الثَّانِيَةِ عَنْهُ – مُحْتَجًّا بِعَمَلِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ فَقَدْ رُوِيَ عَن نَافِعٍ أَنَّهُ قَالَ: أَدْرَكْتُ النَّاسَ يَقُومُونَ رَمَضَانَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ مِنْهَا بِثَلاَثٍ
“Sholat Tarawih termasuk di dalam sholat Nawafil yang muakkad seperti mana yang ditunjukkan perkara itu oleh hadith-hadith yang mulia yang telah disebut terdahulu. Ia adalah sebanyak dua puluh rakaat selain dari sholat Witir. (Jika) bersama Witir maka ia menjadi 23 rakaat…atas jalan inilah berlalunya sunnah dan sepakat ummah, dari kalangan Salaf dan Khalaf dari zaman Khulafa’ ar-Rasyidin Umar ibn Al-Khattab, semoga Allah meredhainya dan dia meredhaiNya juga sampailah ke zaman kita ini…Tidak ada seorang pun ahli feqah dari kalangan empat imam mazhab (Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah) membantah perkara ini, melainkan apa yang diriwayatkan dari Imam Dar al-Hijrah, Imam Malik bin Anas tentang pendapat yang lebih bilangannya pada sholat Tarawih kepada 36 rakaat…Dalam riwayat kedua daripada Imam Malik, iaitu dengan hujahnya beramal dengan amalan penduduk Madinah iaitu: Sesungguhnya diriwayatkan dari Nafi’ sesungguhnya dia berkata: Aku mendapati orang ramai mendiri Ramadhan (sholat Tarawih) dengan 39 rakaat dan mereka mendirikan Witir daripadanya sebanyak 3 rakaat…”[21]
Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni[22] menambah:
…أَمَّا الرِّوَايَةُ الْمَشْهُورَةُ عَنْهُ، هِيَ الَّتِي وَافَقَ فِيهَا الْجُمْهُورُ مِنَ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ عَلَى أَنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً وَعَلَى ذَلِكَ اتَّفَقَتِ الْمَذَاهِبُ اْلأَرْبعَةُ وَتَمَّ اْلإجْمَاعُ.
“Adapun riwayat yang masyhur daripada Imam Malik, iaitulah yang diittifaqkan Jumhur ulama’ dari kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah atas sholat Tarawih itu 20 rakaat. (Oleh itu) atas sebab perkara itulah (iaitu riwayat yang kedua ini), maka jadilah (sholat Tarawih sebanyak 20 rakaat) adalah ittifaq empat mazhab dan lengkaplah (ia menjadi) ijma’.”[23]
3) Imam Nawawi juga menyebutkan di dalam Al-Majmu’:
مَذْهَبُنَا أَنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ غَيْرِ الْوِتْرِ وَذَلِكَ خَمْسُ تَرْوِيحَاتٍ وَالتَّرْوِيحَةُ أَرْبَعُ رَكَعَاتٍ بِتَسْلِيمَتَيْنِ… وَبِهِ قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَأَصْحَابُهُ وَأَحْمَدُ وَدَاوُدُ وَغَيرُهُمْ وَنَقَلَهُ الْقَاضِيُّ عِيَاضٍ عَن جُمْهُورِ الْعُلَمَاءِ. وَقَالَ مَالِكٌ: اَلتَّرَاوِيحُ تِسْعُ تَرْوِيحَاتٍ وَهِيَ سِتَّةٌ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً غَيْرُ الْوِتْرِ
“Mazhab kami ialah sesungguhnya ia 20 rakaat dengan 10 salam selain Witir. Jadi ada 5 rehat, dan setiap sekali rehat ada 4 rakaat dengan 2 salam…Dan mengikut juga pendapat inilah (iaitu 20 rakaat) oleh Abu Hanifah dan rakan-rakannya, Ahmad, Daud (azh-Zahiri) dan selain dari mereka. Al-Qadhi ‘Iyadh juga menukilkannya dari jumhur Ulama’. Imam Malik berkata: Sholat Tarawih ada 9 rehat iaitu 36 rakaat selain dari Witir.”
4) Imam Syarbini al-Khatib menyebutkan:
اَلتَّرَاوِيحُ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشَرِ تَسْلِيمَاتٍ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضَانَ لِمَا رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً.
“Dan Tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam setiap bulan Ramadhan. Demikiannlah hadith Al-Baihaqi dengan sanad yang shahih bahawasanya sahabat-sahabat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم mendirikan sembahyang pada masa Umar bin Al-Khattab dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat. Dan Imam Malik meriwayatkan di dalam Al-Muwaththo’ sebanyak 23 rakaat, tetapi Imam Al-Baihaqi mengatakan bahawa yang tiga rakaat yang akhir ialah Sembahyang Witir.”[24]
5) Imam Jalal ad-Din al-Mahalli berkata:
وَرَوَى الْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُ بِاْلإِسْنَادِ الصَّحِيحِ كَمَا قَالَ فِي شَرْحِ الْمُهَذَّبِ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Dan Imam Al-Baihaqi dan selainnya meriwayatkan dengan sanad yang shahih seperti yang dikatakan di dalam Syarah al-Muhazzab bahawasanya para sahabat mendirikan sholat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”[25]
6) Al-Allamah al-Imam Ar-Ramli berkata:
وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضَانَ، لِمَا رُوِيَ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Dan ia (Sholat Tarawih) adalah 20 rakaat dengan 10 salam pada setiap malam dari malam-malam bulan Ramadhan kerana diriwayatkan bahawasanya para sahabat mendirikan sholat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”[26]
7) Imam Zainuddin bin Abd al-Aziz al-Malibari dalam kitab Fath al-Mu’in menyimpulkan bahawa sholat Tarawih hukumnya sunat yang jumlahnya 20 rakaat:
وَصَلاَةُ التَّرَاوِيحِ سُنَّةٌ مُؤَكَّدَةٌ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ لِخَبَرٍ (( مَن قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاِحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِهِ )) وَيَجِبُ التَّسْلِيمُ مِن كُلِّ رَكْعَتَيْن فَلَوْ صَلَّى أَرْبَعًا مِنْهَا بِتَسْلِيمَةٍ لَمْ تَصِحُّ.
“Sholat Tarawih hukumnya sunat, 20 rakaat dan 10 salam pada setiap malam di bulan Ramadhan. Kerana ada hadith: Barang siapa melaksanakan (sholat Tarawih) di malam Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka dosanya yang terdahulu diampuni. Setiap dua rakaat harus salam. Jika sholat Tarawih 4 rakaat dengan satu kali salam maka hukumnya tidak sah……”[27]
Di dalam kitab Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah karangan Al-Allamah Abi Abdillah Muhammad bin Abdur Rahman ad-Dimasyqi al-Uthmani asy-Syafi’e pada Hamisy al-Mizan al-Kubra menyatakan:
فَصْلٌ: وَمِنَ السُّنَنِ صَلاَةُ التَّرَاوِيحِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ عِندَ أَبِي حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِي وَأَحْمَدَ
وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ وَفِعْلُهَا فِي الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ
“(Fasal): Dan termasuk dari sholat-sholat sunat ialah Sholat Tarawih pada bulan Ramadhan di sisi Abu Hanifah, Syafi’e dan Ahmad iaitu ia adalah sebanyak 20 rakaat dengan 10 salam. Dan mendirikannya secara berjama’ah adalah afdhal.”[28]
9) Syaikh Abd al-Qadir ar-Rahbawi menyebutkan di dalam kitabnya As-Sholah ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah:
وَعَدَدُ رَكْعِتِهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً. وَهَذَا الَّذِي بَيَّنَهُ عُمَرُ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله بِفِعْلِهِ عِندَمَا جَمَعَ النَّاسَ أَخِيرًا فِي الْمَسْجِدِ، وَصَلاَتِهِمْ خَلْفَ إِمَامٍ وَاحِدٍ، وَوَافَقَهُ الصَّحَابَةُ عَلَى ذَلِكَ وَلَمْ يَكُن لَهُمْ مُخَالِفٌ مِمَّن بَعْدَهُمْ مِنَ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ…
“Dan bilangan rakaatnya (Sholat Tarawih) 20 rakaat. Dan inilah yang diterangkan oleh Sayyiduna Umar bin Al-Khattab dengan perbuatannya ketika mengumpulkan para sahabat akhirnya dalam masjid. Dan (menyuruh) mereka bersembahyang di belakang seorang imam. Para sahabat bersetuju atas perbuatannya itu dan tidak ada seorangpun Khalifah yang datang selepas mereka (selepas sahabat) yang menyalahkan mereka (Umar dan generasi sahabat yang melakukan 20 rakaat).”[29]
10) Mufti Besar Negara Mesir, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah [30] menyebutkan di dalam kitabnya Al-Bayan Lima Yasyghal al-Azhan:
وَالْحَقُ أَنَّ اْلأُمَّةَ أَجْمَعَتْ عَلَى أَنَّ صَلاَةَ التَّرَاوِيحِ عِشْرِينَ رَكْعَةً مِنْ غَيْرِ الْوِتْرِ، وَثَلاَثَ وَعِشْرِينَ رَكْعَةً بِالْوِتْرِ، وَهُوَ مُعْتَمَدُ الْمَذَاهِبِ الْفِقْهِيَّةِ اْلأَرْبَعَةِ: اَلْحَنَفِيَّةِ وَالْمَالِكِيَّةِ فِي الْمَشْهُورِ وَالشَّافِعِيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ.
“Dan yang benarnya (dalam perkara rakaat Tarawih) ialah, sesungguhnya umat Islam telah ijma’ ke atas Sholat Tarawih itu 20 rakaat tidak termasuk Witir, dan 23 rakaat termasuk Witir yang mana itulah yang mu’tamad (dipegang) oleh mazhab-mazhab feqah yang empat: Mazhab Hanafi, pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki, mazhab Syafi’e dan mazhab Hanbali.”[32]
11) Di dalam kitab Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah disebutkan:
وَقَدْ ثَبَّتَ أَنَّ صَلاَةَ التَّرَاوِيحِ عِشْرُونَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ
“Dan sesungguhnya telah tetaplah (thabit) bahawa Sholat Tarawih adalah 20 rakaat (menurut semua imam mazhab) selain Witir[32].
12) Disebutkan di dalam kitab Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih karangan Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni:
قَالَ اْلإِمَامُ التِّرْمِذِي فِي جَامِعِهِ اَلْمُسَمَّى سُنَنِ التِّرْمِذِي: أَكْثَرَ أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى مَا رُويَ عَنْ عُمَرَ، وَعَلِيٍّ وَغَيْرِهِمَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: عِشْرِينَ رَكْعَةً وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِي وَإِبْنِ الْمُبَارَكَ وَالشَّافِعِيّ وَقَالَ الشَّافِعِي : وَهَكَذَا أَدْرَكْتُ النَّاسَ بِمَكَّةَ يُصَلُّونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً . أهـ.
“Al-Imam At-Tirmizi berkata di dalam kitab Jami’nya yang bernama Sunan at-Tirmizi: Kebanyakan Ahl al-Ilm di atas pendapat seperti yang diriwayatkan dari Sayyiduna Umar, Sayyiduna Ali dan selain keduanya dari para sahabat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم iaitu (mendirikan sholat Tarawih sebanyak) 20 rakaat. Ia adalah pendapat Sufyan ath-Thauri, Ibn Al-Mubarak, Syafi’e. Imam Syafi’e berkata: Dan beginilah aku mendapati orang ramai di Makkah mereka mendirikan (sholat Tarawih dengan ) 20 rakaat.” Intaha.
Ibn Rusyd menyebutkan di dalam Bidayah al-Mujtahid:
اِخْتَارَ مَالِكٌ – فِي أَحَدِ قَوْلَيْهِ – وَأَبُو حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِي وَأَحْمَدُ اَلْقِيَامُ
بِعِشْرِينَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ.
“Imam Malik telah memilih –dalam salah satu di antara dua pendapatnya-,juga Abu Hanifah, Syafi’e, Ahmad dengan 20 rakaat selain Witir.” [33]
Seterusnya Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni menyebutkan:
“Bahawa kedua Haramaian (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) juga menjadi panduan dan ikutan kita dalam perkara Sholat Tarawih 20 rakaat ini yang mana kedua-dua masjid suci ini mendirikan Sholat Tarawih dengan 20 rakaat sejak zaman dahulu lagi sehingga sekarang.”[34]
Pendapat mazhab lain:
1) Mazhab Hanafi
Syaikh As-Sarakhsi menyebutkan:
إِنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ عِندَنَا، وَقَالَ مَالِكٌ: اَلسُّنَّةُ فِيهَا سِتَّةٌ وَثَلاَثونَ
“Sesungguhnya ia (Tarawih) 20 rakaat selain Witir di sisi kami, dan Malik berkata: Sunnah padanya 36 rakaat.”[35]Syaikh Al-Kasani menyokong pendapat tersebut dengan mengatakan:
وَأَمَّا قَدْرُهَا فَعِشْرُونَ رَكْعَةً فِي عَشَرِ تَسْلِيمَاتٍ، فِي خَمْسِ تَروِيحَاتٍ، كُلُّ تَسْلِيمَتَيْنِ تَرْوِيحَةٌ، وَهَذَا قَوْلُ عَامَّةِ الْعُلمَاءِ
“Dan adapun kadarnya maka (ia adalah) 20 rakaat dalam 10 kali salam, 5 kali rehat, setiap 2 kali salam ada 1 rehat. Dan inilah pendapat kebanyak ulama’.”[36]Pendapat ini disokong pula oleh Al-Allamah Ibn Abidin di dalam Hasyiahnya:
(قَوْلُهُ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً) هُوَ قَوْلُ الْجُمْهُورِ، وَعَلَيْهِ عَمَلَ النَّاسُ شَرْقًا وَغَرْبًا
“(Perkataannya: Dan ia 20 rakaat) adalah pendapat jumhur, dan atas pendapat inilah orang ramai beramal di timur dan barat.”[37]
2) Mazhab Maliki
Apa yang masyhur dalam mazhab Maliki ialah pendapat yang mengikut jumhur (iaitu 20 rakaat). Al-Allamah Ad-Dardir berkata:
(وَالتَّرَاوِيحُ ): بِرَمَضَانَ (وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً) بَعْدَ صَلاَةِ الْعِشَاءِ، يُسَلِّمُ مِن كُلِّ رَكْعَتَيْنِ غَيْرَ الشَّفع وَالْوِتْرِ. (وَ) نَدِبَ (الْخَتْمُ فِيهَا): أَيْ اَلتَّرَاوِيحِ، بِأَن يَقْرَأَ كُلَّ لَيْلَةٍ جُزْءًا يُفَرِّقُهُ عَلَى الْعِشْرِينَ رَكْعَةً.
“(Dan Tarawih): pada bulan Ramadhan (iaitu 20 rakaat) selepas Sholat Isya’, salam pada setiap 2 rakaat selain…. Dan Witir. (Dan) Sunat (mengkhatamkan Al-Quran dalamnya): iaitu ketika Tarawih dengan cara membaca satu juzu’ pada setiap malam yang dibahagi-bahagi dalam 20 rakaat.”[38]Al-Allamah An-Nafrawi menyebutkan pendapat yang menguatkan pendapat jumhur ulama’ (20 rakaat) dan pengikut mazhab Maliki kembali kepada pendapat ini kerana ia adalah salah satu pendapat Imam Malik sendiri dengan katanya:
(كَانَ السَّلَفُ الصَّالِحُ) وَهُمُ الصَّحَابَةُ (يَقُومُونَ فِيهِ) فِي زَمَنِ خِلاَفَةِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ. وَبِأَمْرِهِ كَمَا تَقَدَّمَ (فِي الْمَسَاجِدَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً) وَهُوَ اِخْتِيَارُ أَبِي حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ. وَالْعَمَلُ عَلَيْهِ اْلآنَ فِي سَائِرِ اْلأَمْصَارِ. (ثُمَّ) بَعْدَ صَلاَةِ الْعِشْرِينَ ( يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ) مِن بَابِ تَغْلِيبِ اْلأَشْرَفِ لاَ أَنَّ الثَّلاَثَ وِتْرٌ، لأَنَّ الْوِتْرَ رَكْعَةٌ وَاحدَةٌ كَمَا مَرَّ، – إِلَى أَن قَالَ – وَاسْتَمَرَّ عَمَلَ النَّاسُ عَلَى الثَّلاَثَةِ وَالْعِشْرِينَ شَرْقًا وَغَرْبًا. (ثُمَّ) بَعْدَ وَقَعَةِ الْحَرَّةِ بِالْمَدِينَةِ (صَلُّوا) أَيْ اَلسَّلَفُ الصَّالِحُ غَيْرَ الَّذينَ تَقَدَّمُوا، لأَنَّ الْمُرَادَ بِهمْ هُنَا مَن كَانَ فِي زَمَنِ عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ (بَعْدَ ذَلِكَ) اَلْعَدَدُ الَّذِي كَانَ فِي زَمَنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ (سِتًّا وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً غَيْرَ الشَّفْعِ وَالْوِتْرِ) – إِلَى أَن قَالَ – : وَهَذَا اِخْتَارَهُ مَالِكٌ فِي الْمُدَوَّنَةِ وَاسْتَحْسَنَهُ. وَعَلَيْهِ عَمَلَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ. وَرَجَحَ بَعْضُ أَتْبَاعِهِ اَلأَوَّلَ الَّذِي جَمَعَ عُمَرُ بْنِ الْخَطَّابِ النَّاسَ عَلَيْهَا لاِسْتِمْرَارِ الْعَمَلِ فِي جَمِيعِ اْلأَمْصَارِ عَلَيْهِ.
“Adalah Salafus Soleh) iaitu para sahabat (mendirikan padanya) iaitu pada zaman kekhalifahan Umar bin Al-Khattab. Dan dengan arahannya seperti yang disebutkan terdahulu (untuk mendirikannya) (di masjid-masjid dengan 20 rakaat) iaitulah pendapat yang dipilih oleh Abu Hanifah, Syafi’e dan Ahmad, dan itulah yang diamalkan sekarang di seluruh tempat. (Kemudian) selepas sholat 20 rakaat (mereka mendirikan Witir dengan 3 rakaat) iaitu termasuk dalam bab melebihkan, bukanlah 3 rakaat itu dinamakan Witir, kerana Witir itu 1 rakaat sahaja seperti yang telah dijelaskan…-sehinggalah kepada perkataannya- Dan berterusanlah perbuatan orang ramai dengan 23 rakaat ini, di timur dan barat. (Kemudian) selepas berlakunya kemarau di Madinah (mereka sembahyang) iaitu ‘Salafus Soleh’ bersembahyang tidak seperti yang mereka telah dilakukan. Yang dimaksudkan ‘Salafus Soleh’ di sini ialah mereka yang berada pada masa Umar bin Abdul Aziz (selepas itu) (tidak seperti) bilangan yang telah dilakukan pada masa Umar bin Al-Khattab (iaitu dalam masa Umar bin Abdul Aziz, mereka melakukannya dengan) (36 rakaat tidak termasuk genap dan Witir) – sehinggalah kepada perkataannya-: Dan inilah yang dipilih oleh Imam Malik di dalam mudawwanah dan dia menganggap ia adalah baik (iaitu 36 rakaat itu). Dan pendapat ini menjadi pegangan penduduk Madinah. Dan sebahagian pengikut Imam Malik pendapat pertama (iaitu 20 rakaat) yang mana Umar bin Al-Khattab telah mengumpul orang ramai dengan bilangan ini agar amalan ini berterusan dilakukan di seluruh tempat.”[39]
3) Mazhab Hanbali
Al-Allamah Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:
وَالْمُخْتَارُ عِندَ أَبِي عَبْدِ اللهِ فِيهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً. وَبِهَذَا قَالَ الثَّوْرِيُّ وَأَبُو حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِيُّ. وَقَالَ مَالِكٌ: سِتَّةُ وَثَلاَثُونَ. وَزَعَمَ أَنَّهُ اْلأَمْرَ الْقَدِيمَ، وَتَعَلَّقَ بِفِعْلِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ، فَإِنَّ صَالِحًا مَوْلَى التَّوْأَمَةَ قَالَ: أَدْرَكْتُ النَّاسَ يَقُومُونَ بِإِحْدَى وَأَرْبَعِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ منْهَا بِخَمْسٍ.
“Dan (pendapat) yang dipilih di sisi Abu Abdullah (gelaran kepada Imam Ahmad bin Hanbal) padanya 20 rakaat. Dan inilah juga pendapat Sufyan Ath-Thuri, Abu Hanifah dan Syafi’e. Malik berkata: 36 (rakaat). Beliau mendakwa ia adalah perkara yang lama dan menghubungkan pendapatnya dengan perbuatan penduduk Madinah. Soleh maula kepada At-Tau’amah berkata: Aku mendapati orang ramai mendirikan (Sholat Tarawih) sebanyak 40 rakaat dan melakukan Sholat Witir 5 rakaat.”[40]
Al-Allamah Al-Bahuti menukilkan pendapat yang dipegang dalam mazhab Hanbali dengan katanya:
سُمِيَتْ بِذَلِكَ لأَنَّهُمْ يَجْلِسُونَ بَيْنَ كُلِّ أَرْبَعَ يَسْتَرِيحُونَ، وَقِيلَ مَشَقَّةٌ مِنَ الْمَرَاوَحَةِ وَهِيَ التِّكْرَارُ فِي الْفِعْلِ، وَهِيَ (عِشْرُونَ رَكْعَةً فِي رَمَضَانَ) لِمَا رَوَى مَالِكٌ، عَن يَزِيدٍ بْنِ رُومَانَ، قَالَ: كَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ فِي زَمَنِ عُمَرَ فِي رَمَضَانَ بِثَلاَثٍ وَعِشْرِينَ.
“Dinamakan begitu kerana mereka duduk di antara setiap 4 rakaat berehat. Dan dikatakan, kesusahan dari…. Iaitu pengulangan pada perbuatan iaitu (20 rakaat pda bulan Ramadhan) mengikut apa yang diriwayatkan oleh Malik dari Yazid bin Ruman berkata: “Adalah manusia mendirikan sholat Tarawih pada zaman Umar pada bulan Ramadhan dengan dua puluh tiga rakaat.”[41]
Pendapat Syaikh Ibn Taimiyyah dan Syaikh Abdullah bin Muhammad bin Abd al-Wahhab
Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni menyebutkan:
…..Syaikh Ibn Taimiyyah menyebutkan di dalam Al-Fatawa:
ثَبَتَ أَنَّ أُبَي بْنِ كَعْبٍ، كَانَ يَقُومُ بِالنَّاسِ عِشْرِينَ رَكْعَةً فِي رَمَضَانَ وَيُوَتِّرُ بِثَلاَثٍ فَرَأَى كَثِيرٌ مِنَ الْعُلَمَاءِ أَنَّ ذَلِكَ هُوَ السُّنَّةُ لأَنَّهُ قَامَ بَيْنَ الْمُهَاجِرِينَ وَاْلاَنصَارِ وَلَمْ يُنكِرُهُ مُنكِرٌ.
“Telah thabit sesungguhnya Ubay ibn Ka’ab telah mendirikan (sholat Tarawih) bersama orang ramai sebanyak 20 rakaat pada bulan Ramadhan dan dia sholat Witir dengan 3 rakaat. Maka orang ramai melihat perbuatan itu adalah sebagai sunnah kerana bahawasanya dia mendirikannya di antara sahabat dari Muhajirin dan Anshar dan tidak ada seorangpun yang menegahnya.”
Di dalam Majmu’ al-Fatawa an-Najdiyyah disebutkan bahawa Syaikh Abdullah bin Muhammad bin Abd al-Wahhab menyebutkan di dalam jawapannya tentang bilangan rakaat Tarawih:
أَنَّ عُمَرَ رضي الله عنه لَمَّا جَمَعَ النَّاسَ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ كَانَتْ صَلاَتُهُمْ عِشْرِينَ رَكْعَةً.
“Sesungguhnya Umar ketika mengumpulkan orang ramai bersama Ubay ibn Ka’ab, adalah sholat mereka (ketika itu) sebanyak 20 rakaat.”[42]

http://pondokhabib.wordpress.com

Shalat Tarawih 20 Rakaat

Shalat Tarawih 20 Rakaat
Shalat Tarawih 20 RakaatPublished by Syafii on August 9, 2009 under Ramadhan 1430 H, Artikel Islam
Shalat Tarawih bagi umat Islam Indonesia sudah tidak asing lagi. Hampir setiap muslim pernah menjalankannya. Pada awal Ramadhan, biasanya masjid atau mushala penuh dengan kaum muslimin dan muslimat yang menjalankan shalat jama’ah isya` sekaligus tarawih. Ada yang menjalankan 8 rakaat, dan ada yang 20 rakaat. Yang terakhir ini termasuk ciri orang NU (Nahdliyyin). Sedang shalat Witir yang diletakkan di akhir biasanya sarna-sarna 3 rakaat, orang NU maupun bukan. 20 rakaat itu serempak dilaksanakan dengan cara dua rakaat salam.
Begitu shalat sunnah rawatib setelah isya` (ba’diyah) usai dikerjakan, bilal mengumumkan tibanya shalat Tarawih dikerjakan, “Marilah shalat Tarawih berjama’ah!” Imam pun maju ke depan, dan sudah dapat ditebak surat yang dibaca setelah al-Fatihah ialah surat at-Takatsur.
Bacaan seperti ini sudah menjadi ciri khusus masjid-masjid atau mushala-mushala NU. Juga sudah dapat ditebak bahwa rakaat kedua setelah al-Fatihah tentu sura Al-Ikhlash. Setelah usai 2 rakaat, ada sela-sela lantunan shalawat yang diserukan “bilal” dan dijawab oleh segenap kaum muslimin.
Begitu shalat tarawih sampai rakaat kedua puluh, bacaan surat sesudah al-Fatihah tentu sudah sampai ke surat al-Lahab dan al-Ikhlash. Tinggal shalat witirnya yang biasa dilakukan 2 rakaat, dan yang kedua satu rakaat, imam biasanya memilih surat al-A’la dan al-Kafirun.
Para imam Tarawih NU umumnya memilih shalat yang tidak perlu bertele-tele. Sebab ada hadits berbunyi: “Di belakang Anda ada orang tua yang punya kepentingan..” Maka, 23 rakaat umumnya shalat Tarawih lengkap dengan Witirnya selesai dalam 45 menit.
Lain halnya shalat di Masjidil Haram, Makah. Di sana, 23 rakaat diselesaikan dalam waktu kira-kira 90-120 menit. Surat yang dibaca imam ialah ayat -ayat suci Al-Qur’an dari awal, terus berurutan menuju akhir Al-Qur’an. Setiap malam harus diselesaikan kira-kira 1 juz lebih, dengan diperkirakan pada tanggal 29 Ramadhan (dulu setiap tanggal 27 Ramadhan) sudah khatam. Pada malam ke 29 Ramadhan itulah ada tradisi khataman Al-Qur’an dalam shalat Tarawih di Masjidil Haram. Bahkan, di rakaat terakhir imam memanjatkan doa yang menurut ukuran orang Indonesia sangat panjang sebab doa itu bisa sampai 15 menit, doa yang langka dilakukan seorang kiai dengan waktu sepanjang itu, meski di luar shalat sekalipun.
Dan terpapar di kitab Shalat al-Tarawih fi Masjid al-Haram bahwa shalat Tarawih di Masjidil Haram sejak masa Rasulullah, Abu Bakar, Umar, Usman, dan seterusnya sampai sekarang selalu dilakukan 20 rakaat dan 3 rakaat Witir.
Warga Nahdliyyin yang memilih Tarawih 20 rakaat ini berdasar pada beberapa dalil. Dalam Fiqh as-Sunnah Juz II, hlm 54 disebutkan bahwa mayoritas pakar hukum Islam sepakat dengan riwayat yang menyatakan bahwa kaum muslimin mengerjakan shalat pada zaman Umar, Utsman dan Ali sebanyak 20 rakaat.
Sahabat Ibnu Abbas meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW shalat Tarawih di bulan Ramadhan sendirian sebanyak 20 Rakaat ditambah Witir. (HR Baihaqi dan Thabrani).
Ibnu Hajar menyatakan bahwa Rasulullah shalat bersama kaum muslimin sebanyak 20 rakaat di malam Ramadhan. Ketiga tiba di malam ketiga, orang-orang berkumpul, namun rasulullah tidak keluar. Kemudian paginya beliau bersabda:
خَشِيْتُ أَنْ تَفَرَّضَ عَلَيْكُمْ فَلَا تُطِيْقُونَهَا
“Aku takut kalau-kalau tarawih diwajibkan atas kalian, kalian tidak akan mampu melaksanakannya.”
Hadits ini disepakati kesahihannya dan tanpa mengesampingkan hadits lain yang diriwayatkan Aisyah yang tidak menyebutkan rakaatnya. (Dalam hamîsy Muhibah, Juz II, hlm.466-467)
KH MUnawwir Abdul FattahPesantren Krapyak Yogyakarta
http://pondokhabib.wordpress.com

Khamis, September 03, 2009

Pengajian Kitab Bersama- Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi

Pengajian Kitab Bersama- Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwia) Tarikh: 23 Ramadhan 1430/ 13 September 2009 (Ahad)Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengahriLokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, SelangorKitab: Sair as-Salikin
http://pondokhabib.wordpress.com