Tawaran Murah Hotel

Khamis, April 07, 2011

Bahaya Pemikiran Ekstremis Agama

Bahaya Pemikiran Ekstremis Agama

Bahaya Pemikiran Ekstremis Agama
Editor: al-Faqir Ila ALLAH Ta’ala – Date: 6.4.11
Dengan tumbangnya rejim Mubarak di Mesir, maka semua gerakan Islam, ahli agama dan orang agama di Mesir sudah tidak perlu bimbang lagi dengan sebarang kemungkinan tindakan penganiayaan ke atas mereka. Ini merupakan suatu perkembangan yang baik, namun apa yang tidak menyeronokkan ialah kebangkitan setengah golongan agama yang agak ekstrem. Dikhuatiri mereka akan menyuburkan perpecahan dalam kalangan masyarakat dengan beberapa tindakan mereka.
Antara yang terbaru ialah memusnahkan beberapa makam para wali dan ulama – yang memang banyak bertebaran di seluruh negara Mesir – kerana didakwa sebagai tempat-tempat BIDAAH dan SYIRIK. Malah mereka turut mengancam untuk meruntuhkan makam kepala Sayidina al-Husain RA. Padahal ramai alim-ulama Mesir dan al-Azhar semenjak dahulu tidak pun menghukumkannya demikian.
Isu inilah yang disentuh oleh al-‘Allamah Syeikh ‘Ali Jum’ah dalam khutbah yang lepas. Antaranya ada sebuah hadis yang disampaikan oleh beliau yang baru telinga saya dengar dan membuatkan saya merenung panjang, iaitu:
عن حُذَيْفَة بْن الْيَمَانِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّمَا أَتَخَوَّفُ عَلَيْكُمْ رَجُلا قَرَأَ الْقُرْآنَ حَتَّى إِذَا رُئِيَ عَلَيْهِ بَهْجَتُهُ ، وَكَانَ رِدْءًا لِلإِسْلامِ اعْتَزَلَ إِلَى مَا شَاءَ اللَّهُ، وَخَرَجَ عَلَى جَارِهِ بِسَيْفِهِ، وَرَمَاهُ بِالشِّرْكِ.
أخرجه البزار (رقم 2793) وقال: إِسْنَادُهُ حَسَنٌ، وقال الهيثمى أيضاً (1/188): إسناده حسن. وابن حبان في صحيحه (رقم 81)، وأبو يعلى، والضياء المقدسي. الردء: العون والناصر. وفي شرح مشكل الآثار للطحاوي (865): …قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَيُّهُمَا أَوْلَى بِالشِّرْكِ الْمَرْمِيُّ أَوِ الرَّامِي؟ قَالَ: لَا بَلِ الرَّامِي. وأخرجه الطبراني عن معاذ (20/88 ، رقم 169) بنحوه بلفظ: أخوف ما أخاف على أمتى ثلاث رجل… وذكر هذا أولهم.
Terjemahan: Dari Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku takut ke atas kamu sekalian seorang lelaki yang membaca al-Quran sehingga apabila telah terlihat pada dirinya seri al-Quran itu, dan ia sebagai pembantu bagi agama Islam, dia pun mengasingkan diri sehingga masa yang dikehendaki Allah, lalu dia keluar kepada jirannya dengan pedang, serta melontarnya dengan tuduhan syirik”. (Riwayat al-Bazzar, Ibn Hibban, Abu Ya’la, dan al-Dhiya’. Kata al-Haythami: Isnadnya hasan)
Dalam riwayat al-Tahawi dan al-Tabarani: Aku bertanya: Ya Rasulullah, yang manakah lebih layak dengan tuduhan syirik itu, yang dilontar atau yang melontar? Jawab baginda: “Tidak, bahkan yang melontar”.
Sifat-sifat yang digambarkan oleh Nabi SAW dalam hadis ini iaitu seorang yang mahir dengan al-Quran sehingga terlihat kesan al-Quran itu pada dirinya serta mempunyai semangat yang tinggi untuk mempertahankan Islam, menunjukkan mereka ini adalah orang-orang yang semangat beramal dan berpegang dengan agama.
Namun sayangnya mereka ini punya kelemahan dari sudut kefahaman ilmu dan juga sifat warak (barangkali boleh disebut sebagai; kurang fiqh dan tasawuf). Lantaran itu, mereka mudah menuduh orang lain sebagai sesat dan melontarnya dengan tuduhan syirik. Sedangkan tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali. Sebab itu Rasulullah SAW menyatakan bahawa tuduhan syirik itu kembali kepada dirinya. Ini menunjukkan satu kejahilan terhadap dirinya kerana ia menyangka bahawa perkara yang dipercayainya itu sebagai suatu isu besar dan masalah pokok dalam agama, sedangkan pada hakikat sebenarnya ia hanyalah isu cabang.
Pasti kita tertanya-tanya masalah apa yang begitu serius sehingga orang tersebut berani menuduh saudaranya dengan tuduhan syirik, padahal ianya tidak sampai ke tahap itu. Orang yang dituduh tersebut pasti tidak menganggap ianya sebagai syirik dan maka itu ia mengamalkannya. Pada hemat saya, tidak ada masalah khilaf yang dapat menimbulkan gejala dahsyat seperti ini kecuali masalah TAWASSUL dan ISTIGHATHAH yang telah melalui tempoh perselisihan yang amat panjang dan hampir tidak berkesudahan. Bahkan telah mengorbankan nyawa yang tidak sedikit.
Masya’ Allah, ini merupakan satu mukjizat Nabi SAW dalam hadis di atas. Apa yang diberitakan oleh baginda SAW ini begitu persis dengan apa yang berlaku pada umatnya hinggalah ke hari ini. Kerana ada setengah golongan yang begitu mudah melontar orang lain dengan tuduhan syirik, padahal perkara tersebut hanyalah dalam masalah-masalah ranting sahaja.
Lihat contohnya bagaimana Imam Dr. Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله seorang tokoh ulama besar yang masyhur telah dituduh sebagai pendokong syirik oleh orang yang tidak sedikitpun gentar akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kelak terhadap perbuatannya kerana sifat angkuhnya. Dia menggelar Imam al-Maliki رحمه الله dalam judul bukunya: Mujaddid Millah ‘Amru ibn Luhayy wa Da’iyah al-Syirk fi Haza al-Zaman (Pembaharu Agama ‘Amru bin Luhayy si-Penyembah Berhala dan Pendakwah Syirik Di zaman Ini). La hawla wala quwwata illa biLlah…
Golongan seperti yang dinyatakan ini mestilah dihindari dan ditolak cara pemikiran mereka. Semangat agama yang kuat sahaja tidak cukup jika tidak dibekali dengan roh ilmu serta zikir.
http://sawanih.blogspot.com/2011/04/bahaya-pemikiran-ekstrem-agama.html

Jom Pakat Penuhi Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Ahad 10 April 2011

Jom Pakat Penuhi Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Ahad 10 April 2011


MMU BERSELAWAT 2011

MMU BERSELAWAT


Selasa, April 05, 2011

TERKINI! JADUAL PENGAJIAN DI PUSAT PENGAJIAN BA’ALAWI KL


TERKINI! JADUAL PENGAJIAN DI PUSAT PENGAJIAN BA’ALAWI KL BULAN APRIL 2011.

Tausiyyah Guru Mulia al-Habib Umar: Jalinlah Ikatan Suci Dengan Kaum Sholihin

Tausiyyah Guru Mulia al-Habib Umar: Jalinlah Ikatan Suci Dengan Kaum Sholihin



Jalinlah Ikatan Suci Dengan Kaum Sholihin

Janganlah kalian mensia-siakan persahabatan dengan orang mulia, iaitu orang-orang yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah Ta’ala dan RasulNya. Mereka adalah orang-orang yang cahayanya berkilauan. Sinarnya bergemerlapan. Demi Allah …. memisahkan diri dari mereka merupakan suatu kerugian yang sangat besar.

Tidakkah kalain fikir, kerugian tersebut disebutkan oleh pemimpin dari segala pemimpin, iaitu Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda (maksudnya): Celakalah bagi orang yang tidak melihatku pada hari qiamat.

Sesungguhnya orang yang tidak melihat kaum sholihin tidak akan bisa melihat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Orang yang tidak memandang mereka, tidak akan bisa memandang Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Dan orang yang tidak menjalin hubungan dengan mereka tidak akan bisa berhubungan dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم

Ketahuilah, bahwa kaum sholihin adalah bahagian dari Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka adalah pewaris Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka adalah khalifah Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka adalah pemegang sirr Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka adalah pemegang sirr setelah kewafatan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.
Mereka adalah pewaris rahasia an-Nabawiyyah sepeninggalan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka adalah semulia-mulia perwaris Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Di antara mereka adalah al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه yang telah disifatkan oleh al-Imam al-Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi رضي الله عنه dalam bait qashidah beliau: “Kerananya (Imam al-Haddad) sejuklah hati Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Bagi Baginda  صلى الله عليه وآله وسلمia adalah sebaik-baik keturunannya. Panutan bagi pengikut. Ka’abah (qiblat) bagi orang yang meniti jalan kebenaran dan merupakan kebanggaan bagi penduduk negerinya. Nasihat-nasihatnya menebarkan ilmu pengetahuan. Kasih-sayangnya meliputi semua umat. Darinya, mereka mengambil manfa’at dengan sebaik-baik manfa’at.”

Dalam kesempatan lain, al-Imam al-Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi رضي الله عنه menyifatkan al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه dalam untaian syairnya yang begitu indah. Al-Habib ‘Ali mengatakan: “Dialah cucu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم yang bersambung nasabnya dengan orang-orang mulia yang kemuliaan mereka dikenal oleh para pejuangan dan pemberani. Dialah penyalur asrar dan ilmu kepada keluarga, keturunan, penduduk negerinya, bahkan kepada umat generasi sesudahnya. Maka semua yang bersuluk dengannya akan bersinar dengan cahaya bilau yang terang benderang.”
Cahaya ini tak akan padam dan tak akan sirna. Mengapa? Sebab, Allah Ta’ala lah yang menyalakannya! Itulah sebabnya cahayanya terus bersinar dan kian memancar. Siapakah yang mampu memadam cahaya yang telah dinyalakan oleh Allah Ta’ala? Demi Allah! Cahaya itu tidak akan padam dan takkan pernah sirna selamamana Allah Ta’ala yang menjaganya.

Namun sungguh menyedihkan, di antara kita (yakni para ‘Alawiyyin dan keturunan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم) terdapat orang-orang yang terhalang dari cahaya itu. Mereka adalah orang-orang yang enggan masuk ke dalam golongan itu. Bahkan sangat disayangkan, justru mereka masuk ke dalam kelompok lain. al-Imam al-Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi رضي الله عنه berkata: “Siapa tidak menempuh jalan leluhurnya pasti akan bingung dan tersesat. Wahai anak-cucu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tempuhilah jalan mereka, setapak demi setapak dan jauhi segala bid’ah.”

Siapakah yang lebih mengenal Allah Ta’ala dibandingkan para kaum ‘arifin? Siapakah yang lebih mengetahui hakikat Rabbul ‘Alamin dibandingkan dengan imam-imam kita? Siapakah yang lebih mengenal Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dibanding mereka? Selain mereka, kepada siapa kita akan bercermin? Kepada siapa kita akan berteladan?

Wahai hamba-hamba Allah, pelajarilah riwayat hidup kaum sholihin. Jalinlah persaudaraan dan kasih-sayang dia antara kalain. Jangan kalian bercerai berai. Bersiap-siaplah menolong jalan mereka. Demi Allah! Jalan mereka tersebar, bendera mereka berkibar. Bukan di negara kalian sahaja, namun diseluruh penjuru dunia. Di belahan dunia, timur mahupun barat. Bagi masyarakat ‘Arab mahupun ‘Ajam (non-‘Arab). Baik di Jaziarah ‘Arab, Amerika, Eropah, Rusia, Asia, China ataupun Indonesia ini.

Di sana bendera kelaurga al-Imam al-Habib ‘Alwi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir رضي الله عنه telah berkibar. Di segala penjuru, bendera keluarga al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali Ba’Alawi رضي الله عنه telah berkibar. Di setiap wilayah, kita pasti akan melihat bendera ahli thariqah ini (yakni thariqah ‘Alawiyyah). Mereka memiliki para tentera dan penolong yang berkedudukan tinggi disisiNya. Namun saat ini, di antara para tentera dan penolong itu ada yang tidur, bahkan mereka nyenyak dalam tidurnya. Ada di antara mereka yang hanya duduk berpangku tangan (berpeluk tubuh) dan terus duduk sahaja.

Cukuplah wahai saudaraku! Sudah banyak kita melihat orang-orang yang terlambat dan tertinggal. Bangkitlah wahai saudataku! Sampai kapan kalian akan tidur? Sampai kapan kalian akan terus berpeluk tubuh? Amatilah! Apakah perjalanan hidup mereka telah diterapkan dirumah-rumah kalian? Apakah mereka sudah menjadi teladan dalam keluarga kalian? Apakah mereka telah menjadi panutan bagi anak dan isteri kalian?

Bagaimana kalian ini? Kalian mengaku cinta dan memiliki ikatan dengan mereka, namun di rumah kalian setiap harinya yang terdengar hanyalah berita mengenai orang-orang kafir. Hanya menyimak khabar dari orang-orang fasiq dan gossip para bintang filem?????!!!! Setahun penuh tidak pernah ada berita mengenai salaf!!! Apakah ini yang disebut cinta????? Apakah ini yang dikatakan memiliki ikatan kekeluargaan????
Jubah Sayyidatuna Fathimah az-Zahra عليها السلام
Sungguh ironis sekali!!!! Saat ini sinetron, orang-orang fasiq dan orang-orang kafir lah yang mendidik anak-anak kita. Pemandangan itu yang menjadi hiasan dalam keluarga kita. Betapa banyak anak perempuan kita yang meniru wanita-wanita fasiq di TV, baik dari cara berpakaian, cara bergaul dan sebagainya. Sehingga mereka itdak mengenal lagi siapa Fathimah az-Zahra عليها السلام. Siapakh beliau? Bagaimana biografi beliau? Seperti apa pakaian beliau? Bagaimana kezuhudannya? Bagaimana ibadahnya? Saat ini mereka tidak lagi mengenal puteri-puteri Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka tidak tahu siapa itu Zainab, Ummu Kultsum, Ruqayyah. Mereka juga tidak tahu isteri-isteri Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Mereka tidak lagi mengenal siapa itu Khadijah binti Khuwailid عليها السلام, ‘Aisyah ash-Shiddiqah عليها السلام dan lain-lain. Bagaimana ini boleh terjadi? Wahai para kepala keluarga! Bagaimana kalian mendidik anak-anak kalian? Dengan figur siapa kalian memberikan contoh kepada puteri-puterimu?

Apakah kalian berniat menggantikan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dengan mereka? Teladan apakah yang telah kalian berikan kepada keluarga dan anak-anak kalian? Kalian meniru orang-orang durhaka, padahal kalian adalah mu’min. sesungguhnya kalian telah memiliki kebesaran, kebanggan dan kemuliaan. Namun mengapa kebesaran, kebanggaan serta kemuliaan itu kalian tukar dengan orang-orang yang jauh dari Allah dan RasulNya

Sungguh, kalian telah menggantikan teladan yang telah diredhai Allah Ta’ala dan RasulNya untuk kalian. Apakah kalian lupa akan firman Allah Ta’ala di dalam al-Quran:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
Ertinya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik (Surah al-Ahzab: 21)

Wahai saudaraku, tanamlah dalam hatimu untuk berubah dari semua ini. Kembalilah pada jalan yang telah diteladankan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Dalam buku catatan ‘amal kita tertulis kata-kata yang tidak patut, pandangan yang tidak layak, dan niat yang tidak pantas (selayaknya). Jikalau demikian, maka siapakah yang akan menghapuskannya? Bertaubatlah kepada Allah Ta’ala, kerana Dialah yang menerima segala taubat dari hamba-hambaNya dan Dialah yang memaafkan segala kesalahan-kesalahan para hambaNya. Wallahu a’lam.

Artikel di atas dipetik dan disalin semula dari buku CAHAYA HATI: NASEHAT & MUTIARA HIKMAH AL-HABIB UMAR BIN HAFIDZ. Sila dapatkan buku ini. Di dalamnya terkandung beberapa tausiyyah yang diberikan oleh Guru Mulia al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim, yang telah diterjemahkan di dalam bentuk tulisan. Banyak nasehat dan kata-kata hikmah Guru Mulia yang dapat kita hayati.  Untuk mendapatkannya, sila ke Pustaka as-Sunnah.

Sekian dari,
al-Fagir ilaLlah abu zahrah al-qedahiy

Isnin, April 04, 2011

Merayakan peristiwa bersejarah dalam Islam -Jernihnya pemikiran Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawy Al-Maliki RAMerayakan peristiwa bersejarah dalam Islam -Jernihnya pemikiran Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawy Al-Maliki RA

Merayakan peristiwa bersejarah dalam Islam -Jernihnya pemikiran Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawy Al-Maliki RA

Merayakan peristiwa bersejarah dalam Islam -Jernihnya pemikiran Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawy Al-Maliki RA
Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat…Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami …Amin
Amma Ba’du,
Kali nie faqir ingin berkongsi dengan saudara akan penulisan Ulamak yang faqir rindui walaupun tidak berjumpa , yang melihatnya, jatuh kasih padanya, ketegasan dalam kelembutan ayat karangannya menjadi inspirasi faqir untuk mencontohi beliau supaya dapat digabungkan dengan susunan gaya penulisan Ulamak-Ulamak Nusantara terdahulu yang sangat faqir minati. Sesungguhnya Syaikh yang mulia, Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn Alawy Al-Maliki Rahimahullah ada mengarang satu kitab ringkas berkenaan Israk dan Mikraj Nabi SAW dinamai “Al-Anwar al-Bahiyyah Min Isra’ wa Mi’raj Khairul Bariyyah”, pada fasal ke-4 berkenaan memperingati Israk dan Mikraj :
Sudah merupakan tradisi di antara kaum Muslimin untuk merayakan beberapa peristiwa bersejarah, misalnya Maulid Nabi SAW, peringatan Israk dan Mikraj, malam Nisfu Sya’ban, Hijrah Nabi SAW, peringatan Nuzul Quran, dan Perang Badar.
Menurut pendapat kami, bahawa masalah ini adalah hal biasa dan tidak ada kaitannya dengan hukum syarak. Tidak dianjurkan atau disunnahkan, namun tidak bertentangan dengan dasar-dasar agama. Kerana hal yang membahayakan adalah meyakini sesuatu itu disyari’atkan padahal sebenarnya tidak disyari’atkan.
Menurut saya, perkara seperti ini adalah perkara biasa yang berlaku menurut ‘uruf . Tidak dapat dikatakan bahawa hal ini dianjurkan syarak atau dibenci syarak. Penilaian seperti ini menurut saya disepakati.
Sebahagian ulamak mengatakan bahawa perayaan-perayaan yang dirayakan secara beramai-ramai dinodai oleh waktu yang tepat dan yang disepakati. Mereka mengatakan : “sesungguhnya Kaum Muslimin biasanya berkumpul pada malam dua puluh tujuh untuk merayakan peringatan Israk Mikraj, pada malam dua belas Rabi’ul Awwal untuk merayakan peringatan Maulid Nabi SAW, padahal para ulamak tidak sepakat dalam menentukan kedua peristiwa itu dengan tepat.”
Menurut saya, ketidaksepakatan dalam menentukan waktu tidak mempengaruhi apa pun kerana kita tidak meyakini pensyari’atan perkumpulan dengan waktu tertentu, akan tetapi perkara ini masalah biasa sahaja sebagaimana yang telah kita jelaskan sebelumnya. Yang penting bagi kita sekarang adalah ‘mempergunakan’ kesempatan berkumpul untuk memperoleh arahan kepada jalan-jalan kebaikan.
Pada malam tersebut banyak orang-orang yang berkumpul, baik mereka tepat atau salah dalam menentukan waktu yang sebenarnya, maka hanya dengan perkumpulan mereka ini sahaja, yang tentunya untuk mengingati Allah dan mencintai Rasulullah SAW, sudah cukup untuk mendatangkan Rahmat dan Kurnia Allah SWT.
Saya yakin dengan sebenar-benarnya , bahawa perkumpulan manusia selama hal ini kerana Allah SWT adalah diterima disisi-Nya, sekalipun mereka salah dalam menentukan waktu. Saya berikan satu contoh untuk mendekatkan pemahaman ini :
Ada seorang lelaki yang mengundang untuk merayakan majlis perkahwinan pada hari tertentu, namun sebahagian para undangan datang bukan pada harinya , mereka menyangka bahawa pada hari itulah waktunya . Dalam hal ini, apakah menurut anda orang yang punya majlis akan menolak dan mengusir mereka dengan cara yang kasar , lalu berkata kepada mereka, “pulanglah kamu. hari ini bukan hari majlis yang aku undang kamu !”
Atau apakah menurut anda, si pemilik majlis itu akan menerima mereka dengan baik, berterima kasih atas kedatangan mereka, membuka pintu rumahnya bagi mereka, lalu mempersilakan masuk, kemudian meminta mereka datang kembali pada hari majlis yang ditentukan ?
Oleh kerana itu, apabila kita berkumpul untuk memperingati Israk Mikraj atau Maulid Nabi, atau peringatansejarah-sejarah Islam lainnya, kita tidak mementingkan penentuan waktu yang tepat, kerana jika sesuai dengan waktu yang sebenarnya, Alhamdulillah, namun jika tidak, Allah SWT tidak akan mengusir dan juga menutup pintu-Nya dari kita.
Sebab menurut saya, mempergunakan kesempatan berkumpul dengan memanjatkan doa, menghadap Allah SWT, mengharapkan anugerah, kebaikan dan keberkatan daripada-Nya adalah lebih mulia daripada faedah peringatan itu sendiri. Mempergunakan perkumpulan manusia dengan memberi tazkirah , memberi bimbingan , nasihat dan mengarahkan mereka kepada jalan kebaikan adalah lebih baik daripada merintangi, mencegah dan mengingkari perkumpulan mereka dengan hal-hal yang tidak bermanfaat.
Kerana menurut kenyataannya, hal yang demikian itu tidak bermanfaat dan tidak memberi faedah, malah orang-orang semakin banyak yang menerima dan keyakinan mereka semakin kuat ketika ada orang yang mengingkari perbuatan mereka. Seolah-olah orang yang mengingkari mereka tentang peringatan Israk Mikraj, merupakan suruhan bagi mereka untuk melakukannya.
Sesungguhnya para mufakkir (bijak pandai) dan tukang dakwah berharap dengan segenap hati untuk mendapatkan perkumpulan manusia untuk menyebarkan pendapat mereka dan merangkulnya ke dalam barisan mereka. Oleh kerana itu, sering kita melihat mereka di taman-taman, perkumpulan-perkumpulan, dan tempat-tempat umum yang banyak dikunjungi orang. Hal ini mereka lakukan untuk melakukan apa yang mereka inginkan. Kita melihat manusia berkumpul dalam pelbagai kegiatan dengan suatu tujuan, cita-cita dan keinginan, maka apakah kewajipan kita terhadap mereka ?
Sibuk mengingkari dan menolak perkumpulan orang orang yang memperingati Israk Mikraj dan yang seumpamanya adalah sia-sia bahkan kebodohan. Kerana kita akan kehilangan simpanan yang sangat berharga , kita juga akan kehilangan kesempatan baik yang hanya boleh didapatkan pada kegiatan seperti ini. tamat.
Wallahu Yahdi ila sawaissabil…
Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,
Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..
Jazakallah Khairan Kathira…(^_^)
Al-Faqir wal Haqir indallah,

Mufti Mesir Berdoa: Terpotong Kaki & Tangan Penghancur Makam Sayidina Husain & Menghancurkan Makam Adalah Keluar Daripada AgamaMufti Mesir Berdoa: Terpotong Kaki & Tangan Penghancur Makam Sayidina Husain & Menghancurkan Makam Adalah Keluar Daripada Agama

Mufti Mesir Berdoa: Terpotong Kaki & Tangan Penghancur Makam Sayidina Husain & Menghancurkan Makam Adalah Keluar Daripada Agama

Mufti Mesir Berdoa: Terpotong Kaki & Tangan Penghancur Makam Sayidina Husain & Menghancurkan Makam Adalah Keluar Daripada Agama
ٍSyaikh Ali Jum’ah
Mufti Negara Mesir Fadhilah Syaikh Doktor Ali Jum’ah mengeluarkan sebuah ultimatum kepada sekelompok orang yang telah menghancurkan sebahagian makam di beberapa propinsi dan mengisyaratkan bahwa tindakan tersebut telah keluar dari agama, akal dan kemanusiaan.
Mufti berbicara dengan keras ketika meriwayatkan perdebatan beliau dengan sekelompok orang yang menganggap bahwa makam adalah berhala. Beliau berkata, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah meninggalkan 360 berhala di ka’bah dan tidak menghancurkannya walaupun beliau mampu, dan sesungguhnya Mesjid Nabawi mencakup makam Nabi Muhammad, Abu Bakar dan Umar bin Khattab.” Beliau juga menolak tuntutan untuk
meruntuhkan makam Sayidina Husain dengan spontan beliau berkata, “Diam wahai orang-orang tercela… wahai pandir yang keji…moga Allah memotong kaki, tangan dan lehermu wahai kurang ajar. Hasbunallah wa ni’mal wakil.” Dan seluruh jama’ah sholatpun mengaminkan perkataan beliau yang membuat dinding-dinding Mesjid Al Azhar menggema.
Selama khutbahnya di Mesjid Al Azhar hari ini, Mufti juga menuturkan bahwasanya kelompok tersebut berdalilkan dengan hadits yang mereka tidak memahami makna hadits tersebut, yaitu;
لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد من دون الله
“Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani, mereka telah mengambil kubur-kubur Nabi mereka sebagai tempat sujud selain daripada Allah”
Mereka tidak memahami bahwasanya tempat sujud yang dimaksud hadits adalah kubur yang dijadikan tujuan arah sujud bagi orang-orang yang sujud (bukan ke arah kiblat). Adapun umat Islam tidak akan mengambil kubur-kubur para walinya sebagai tujuan arah sujud mereka, berdalilkan dengan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
اللهم لا تجعل قبرى وثناً يعبد
“Ya Allah janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah”
Doa tersebut juga menjadi penguat akan keterjagaan Umat Nabi Muhammad daripada menyembah kubur, tidak seperti yang telah dilakukan oleh umat-umat sebelumnya dimana mereka telah menjadikan kubur para walinya sebagai tujuan arah sujud.
Jama’ah Salafiyah Menuntut
Doktor Ali Jum’ah juga menggelar kelompok yang ingin menghancurkan kubur para wali Allah yang sholih sebagai orang-orang yang terlewat dan buta mata hatinya, sambil mengisyaratkan bahwa Pusat Penelitian Islam telah mengeluarkan bayan menegaskan bahwa meruntuhkan kubur adalah tindak kriminal dan perbuatan haram yang mengancam negara dan rakyat jatuh kepada fitnah berkepanjangan (la ya’lamu madaha illallah).
Mufti juga menegaskan bahwa walaupun kelompok tersebut menghafal alquran dan sunnah, namun mereka bukan orang-orang alim dan ilmu merekapun adalah imitasi, berdalilkan dengan hadits
إن أخوف ما أخافه عليكم رجلاً من أمتى قرأ القرآن حتى إذا رويت عليه بهجته مال على جاره بسيفه (فقطع أذنه)، وقال له أشركت، فقال له الصحابة يا رسول الله أيهما أحق بها الرامى أم المرمى، قال لهم الرسول بل الرامى”
“Sesungguhnya yang paling aku takutkan menimpa kalian adalah seseorang dari umatku yang membaca alquran hingga apabila disampaikan kepadanya keelokan dirinya, ia mengayunkan pedangnya kepada teman di sebelahnya (memotong telinganya)[1] dan berkata kepadanya: “kamu syirik”. Maka sahabat bertanya kepada Rasul: Wahai Rasulullah, mana yang lebih pantas dengan kalimat itu, yang mencela atau yang dicela? Rasulullah menjawab: Tentulah yang mencela.”
Mufti juga mengatakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لا تختلفوا فتختلف قلوبكم، إذا رأيتم خلافاً فعليكم بالسواد الأعظم ومن شذ شذا فى النار.. لا تجتمع أمتى على ضلالة.. ما راءه المسلمون حسن فهو عند الله حسن
“Janganlah kalian berpecah belah hingga berpecah belah hati kalian, apabila kalian melihat perpecahan maka hendaknya kalian bersama yang mayoritas… dan siapa yang menyendiri maka akan menyendiri di neraka… tidak akan berkumpul umatku dalam kesesatan… apa-apa yang dipandang kaum muslimin baik maka baik pulalah di sisi Allah.”
Karena Islam untuk setiap masa dan tempat, mengkhitab setiap orang, oleh karena itu Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
من سن سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها إلى يوم الدين، ومن سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها إلى يوم الدين
“Siapa yang memulai perbuatan baik maka baginya pahala dan pahala siapa-siapa yang mengamalkannya sampai hari kiamat, dan siapa yang memulai perbuatan buruk maka atasnya dosa dan dosa siapa-siapa yang mengamalkannya sampai hari kiamat.”
Maka Rasul menyuruh kita untuk mempermudah dalam dunia dan memasukkan unsur-unsur Islam ke setiap masa dan penjuru. Al-Azhar Asy-Syarif yang kita banggakan ini adalah benteng Ahlus Sunnah wal Jama’ah dimana Al-Azharlah yang mengajarkan dunia dan manusia seluruhnya di timur dan barat.
Mufti juga berkata: Sebahagian orang telah mencari-cari mazhab pertengahan ini, itulah mazhab Al-Azhar karena Allah telah meninggikan kedudukan ilmu maka Allah memulai wahyunya dengan kalimat: iqro’ bismirabbikalladzi kholaq, fas’alu ahla dzikri in kuntum laa ta’lamun. Al-Azhar adalah ilmu dan pendidikan. Dan meletakkan manhaj ilmu yang akurat dimana seorang murid berjumpa langsung gurunya untuk mengambil aqidah, syari’ah dan akhlak dan mengajarkan ilmu-ilmu yang membantunya untuk faham, Kemudian beliau menimpali: Sebahagian orang mencari ilmu agama ini hanya di atas kasur saja, di dalam rumah tanpa syaikh, sehingga hanya berhenti pada teks (zhohir) dan tidak menyentuh hakekat. Mereka hanya melihat permasalahan secara parsial, tidak menjangkau permasalahan secara global. Mereka mendahulukan yang khusus daripada yang umum dan mengutamakan kepentingan pribadi daripada kepentingan umat. Maka manhaj Al-Azhar dan para Syaikhnya dibangun atas dasar kasih sayang. Mereka mengkokohkan manhajnya di atas kelembutan dan menerima perbedaan. Maka kita Al-Azhar memandang Malikiyah, Hanafiyah, Syafi’iyah dan Malikiyah adalah sama, hidup dan makan bersama-sama. Di Al-Azhar kita diajarkan untuk tidak bersedih terhadap apa yang hilang dan tidak bersenang-senang terhadap apa yang ada. Kita juga diajarkan agar tidak berbicara sebelum belajar. Manhaj Al-Azhar jauh dari sikap berlebih-lebihan karena kita mendengar dari Rasulullah dan beliau sendiri yang melarang dari perbuatan berlebih-lebihan. Maka ikutilah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, cintailah beliau dan ahlul baitnya serta para wali sholihinnya.”
Mufti melanjutkan, bahwasanya wajib bagi kita semua untuk mengikut Syaikhul Islam Syaikhul Azhar, Imamnya para imam umat Islam sedunia, seorang alim robbani yang menjadi tempat kita bergantung; Syaikh Ahmad Thoyyib dan ulama-ulama yang ada di belakang beliau. Mesir ini terjaga karena sholat dan doa mereka. Maka doakanlah untuk imam kita ini dalam sholat-sholatmu dan doakanlah Mesir agar aman dan tentram.
http://sufimedan.blogspot.com

Jumaat, April 01, 2011

Program Bedah Buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah di USIM


Program Bedah Buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah di USIM