Tawaran Murah Hotel

Selasa, Jun 07, 2011

Taqlid pada Imam Mujtahid (Madzab) itu wajib dilaksanakan bila kita tidak mampu berijtihad

Taqlid pada Imam Mujtahid (Madzab) itu wajib dilaksanakan bila kita tidak mampu berijtihad


Petikan di bawah di ambil dari Kitab Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah karangan Dr Said Ramadhan al Buthi untuk berhujjah dengan Kitab Halil Muslimu Mulzamun Bittiba’i Mazhabin Mua’yyanin Minal Madzaahibil Arba’ah karangan Syeikh Khajandi (Muhammad Sulthan Al Ma’shumi Al Khajandi Al Makki) – ulama wahhabi terkenal yang juga guru besar Masjidil Haram yang telah menghukum bahawa mengikut mazhab itu adalah haram dan mempromosikan bebas mazhab (Alla mazhabiyyah)
Taqlid ialah mengikuti pendapat seseorang tanpa mengetahui hujah dan yang menunjukkan kebenaran pendapat tersebut. Dalam hal ini, tidak ada bezanya taqlid dan ittiba’ kerana kedua-duanya mempunyai erti yang sama.
Dalam al Quran, ALLah ‘azza wa Jalla menggunakan kata-kata ittiba’ sebagai pengganti kata-kata taqlid, sebagaimana firman -Nya yang bermaksud :
“(Iaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa, serta ketika segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti, “Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana mereka berlepas dari kami…”
(Surah al Baqarah : 166-167)
Tidak ada keraguan lagi bahawa yang dimaksudkan ittiba’ dalam ayat itu ialah taqlid buta yang terlarang. Ada pun istilah yang anda (syeikh Khajandi) pergunakan membezakan erti taqlid dan ittiba’ dalam masalah ini, hanya ada dua alternatif iaitu :
Apabila anda (Syeikh Khajandi) mengerti dalil-dalil dan mempunyai kemampuan melakukan istinbath bererti anda adalah seorang mujtahid.
Tetapi apabila anda (Syeikh Khajandi) tidak mengerti dalil dan tidak menguasai cara-cara melakukan istinbath, anda adalah orang yang taqlid kepada mujtahid. Ada pun banyaknya lafaz dan istilah tidak akan mengubah kenyataan ini.
Kemudian, apakah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa taqlid itu wajib dilaksanakan bila kita tidak mampu berijtihad? Berikut ini kami (Prof Dr Muhammad Said Ramadhan al Buthi) tunjukkan dalil dari beberapa segi :
Pertama : ALLah subahanahu wa ta’ala berfirman bermaksud :
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui” – (Surah an Nahl:43)
Para ulama telah sepakat bahawa ayat itu merupakan perintah kepada orang yang tidak mengerti hukum dan dalil agar mengikuti orang yang memahaminya. Seluruh ulama usul telah menetapkan ayat itu sebagai dasar pertama untuk mewajibkan orang awam agar taqlid kepada mujtahid.
Semakna dengan ayat itu, firman ALLah subahanahu wa ta’ala yang bermaksud :
“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman (mukmin) itu pergi semuanya ke medan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka, beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mreka itu dapat menjaga dirinya?” (Surah at Taubah : 122)
Dalam ayat ini, ALlah ‘azza wa Jalla melarang semua orang pergi berperang dan melakukan jihad, tetapi memerintahkan agar segolongan dari mereka tetap tinggal di tempatnya untuk mempelajari ilmu agama sehingga bila yang pergi berperang telah kembali. Mereka akan mendapatkan orang-orang yang dapat memberikan fatwa tentang urusan halal dan haram serta menjelaskan hukum-hukum ALLah subahanahu wa ta’ala lainnya. (Al Jaami’ Li Ahkaamil Quraan Imam Al Qurthubu, Jilid VIII, hlmn 293-294)
Kedua : Adanya ijma’ yang menunjukkan bahawa para sahabat Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam tidak sama tingkatan ilmu dan tidak kesemuanya ahli fatwa sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Khaldun. Dan masalah agama pun tidak diambil dari mereka semua. Di antara mereka ada yang menjadi mufti atau mujtahid, tetapi jumlahnya sangat sedikit dan ada pula yang meminta fatwa dan menjadi muqallid yang jumlahnya sangat banyak.
Para sahabat yang menjadi mufti (mujtahid) dalam menerangkan hukum agama, tidak selalu menerangkan dalil-dalilnya kepada yang meminta fatwa. RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah mengutus para sahabatnya yang ahli hukum ke daerah-daerah yang penduduknya tidak mengenal Islam. Selain hanya mengetahui aqidah dan rukun-rukun sahaja. Kemudian para penduduk daerah tersebut mengikuti fatwa utusan RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam dengan mengamalkan ibadah dan muamalah, serta segala macam urusan yang ada sangkut pautnya dengan halal dan haram.
Apabila para utusan rasul menjumpai masalah yang tidak ditemukan dalilnya dari Al Kitab (al Quran al Karim) dan As Sunnah ((al Hadith Asy Syarif), ia melakukan ijtihad dan memberi menurut petunjuk dari hasil ijtihadnya. Selanjutnya, penduduk setempat mengikuti fatwa tersebut.
Imam al Ghazali RahimahuLLah dalam kitabnya Al Mustashfa pada bab Taqlid dan Istisfa mengatakan :
“Dalil orang awam harus taqlid ialah ijma’ sahabat. Mereka memberikan fatwa kepada orang awam, tanpa memerintahkannya untuk mencapai darjat ijtihad. Hal ini dapt diketahui dengan pasti dan dengan cara mutawatir, baik dari kalangan ulama mahupun awam.”
Imam Al Amudi berkata dalam kitabnya Al Ihkaam fii Ushuulil Ahkaam, :
“Adapun dalil taqlid dari segi ijma’ ialah orang awam pada zaman sahabat dan tabi’in, sebelum timbul golongan yang menentang, selalu meminta fatwa kepada para mujtahidin dan mengikuti mereka dalam urusan hukum syariat. Para ulama dari kalangan mereka dengan cepat menjawab pertanyaan-pertanyaan tanpa menyebutkan dalilnya dan tidak ada seorang pun yang ingkar. Hal ini bererti mereka telah ijma; bahawa seorang awam boleh mengikuti mujtahid secara mutlak.”
Dari kalangan sahabat Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam, mereka yang tampil memberikan fatwa dapat dihitung jumlahnya. Mereka dikenal mempunyai kemampuan dalam hukum fiqh, riwayat, dan kemampuan istinbath (mengeluarkan hukum). Yang paling mahsyur di kalangan mereka ialah para Khulafa’ur Rasyidin (Abu Bakar, ‘Umar, Uthman dan Ali bin Abi Talib radiyaLlahu ‘anhum), AbduLlah bin Mas’ud RadiyaLlahu ‘anhu, Abu Musa al Asy’ari radiyaLlahu ‘anhu, Mu’az bin Jabal radiyaLlahu ‘anhu, Ubay bin Ka’ab radiyaLlahu ‘anhu dan Zaid bin Tsabit radiyaLLahu ‘anhu. Ada pun yang taqlid kepada mereka dalam mazhab dan fatwa, tidak terhitung jumlahnya.
Selanjutnya, pada zaman tabi’in daerah ijtihad semakin meluas. Pada masa ini kaum Muslimin tetap menempuh jalan yang sudah ditempuh oleh para sahabat. Hanya saja, ijtihad pada waktu itu bercermin (terpaku) pada 2 mazhab yang utama iaitu :
1. Mazhab ahli hadith
2. Mazhab ahli ra’yu
kerana adanya beberapa faktor yang telah kami sebutkan ketika menukilkan keterangan Ibnu Khaldun RahimahuLlah.
Tokoh-tokoh mazhab ahli hadith di Hijjaz ialah sa’id Ibnul Musayyab Al Makhzumi, Urwah Ibnul Zubair, Salim bin AbduLlah bin ‘Umar, Sulaiman bin Yasar, dan Nafi’ budak AbduLLah bin ‘Umar RadiyaLLahu anhum. Pada umumnya penduduk Hijjaz dan sekitarnya taqlid kepada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.
Adapun tokoh-tokoh mazhab ahli ra’yu di Iraq ialah AlQamah bin Qais an Nakha’i. Masruk bin Ajda’ Alhamdani Ibrahim bin Zaid An Nakha’i dan Sa’id bin Jubair RadiyaLlahu anhum. Sebahagian besar penduduk Iraq dan sekitarnya taqlid pada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.
Di antara tokoh kedua-dua mazhab ini terjadilah diskusi dan perdebatan hebat pada suatu saat. Tetapi di kalangan orang awam dan para penuntut ilmu yang tingkatannya di bawah mereka dalam urusan fiqih dan ilmu tidak mempedulikan perdebatan tersebut sebab mereka bebas taqlid kepada siapa sahaja yang mereka kehendaki. Diskusi antara para mujtahid tidak akan menjadi beban dan tanggungjawab bagi orang-orang yang bodoh (awam).
Sumber Rujukan : Dr Said Ramadhan Al Buthi, Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu Asy Syarii’ata Al Islamiyyah.

Hak tetangga

Hak tetangga
Posted by akarimomar under adab persaudaraan
Leave a Comment
Ketahuilah, bahawa tetangga itu mempunyai hak-hak yang lain sesudah hak-hak yang dipunyai oleh persaudaraan dalam Islam. Seorang tetangga Muslim mendapat hak-hak yang sama seperti Muslim yang lain, ditambah pula dengan hak ketetanggaan.
Nabi s.a.w. bersabda dengan menentukan hak jiran:
“Jiran atau tetangga ada tiga macamnya. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak, dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak, ialah jiran Muslim yang berkerabat, maka baginya hak ketetanggaan, hak keislaman dan hak kekerabatan. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran Muslim, yang mempunyai hak ketetanggaan dan hak keislaman. Manakala jiran yang mempunyai satu hak, ialah jiran yang musyrik.”
Perhatikanlah bagaimana Islam telah menetapkan bagi seorang musyrik haknya, hanya kerana ia menjadi tetangga kepada seorang Muslim saja.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda lagi:
“Berbuat baiklah terhadap jiran yang bertetangga denganmu, nescaya engkau menjadi seorang Muslim (yang sejati).”
Lagi Sabdanya:
“Malaikat Jibril sentiasa mengingatkan aku tentang hak jiran sehingga aku menyangka ia akan mewariskannya.”
Sabdanya lagi:
“Barangsiapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya.”
Lagi sabdanya:
“Tidak sempurna iman seseorang hamba, sehingga tetangganya terselamat dari segala kejahatannya.”
Sabdanya lagi:
“Jangan sekali-kali seseorang kamu melarang tetangganya memasak sebatang kayu pada tembok rumahnya.”
Abu Hurairah r.a. berkata: Mengapa saya melihat kamu sekalian kurang setuju dengan perkara itu. Demi Allah aku meletakknya ke atas bebanan kamu. Setengah ulama pula berpendapat bahawa perkara itu menjadi wajib.
Pernah Rasullullah s.a.w diberitahu seperti dalam sabdanya:
“Bahawasanya perempuan itu berpuasa di siang hari dan bersembahyang di tengah malam, akan tetapi dia suka menyakiti jirannya. Berkata Rasulullah s.a.w.: Dia akan masuk ke dalam neraka.”
Dari Rasulullah s.a.w. lagi: Empat puluh (40) rumah masih dikira tetangga lagi. Mengenai Hadis ini az-Zohri telah memberi pendapatnya, katanya: yakni empat puluh (40) rumah dari kanan dari kiri dari belakang dari hadapannya masih dikira tetangga juga.
Ketahuilah bahawasanya bukanlah hak tetangga itu semata-mata dengan mencegah diri dari melakukan yang boleh menyakitinya saja, bahkan hendaklah menanggung dengan sabar segala kelakuan yang tidak sopan yang mungkin datang daripadanya pula.
Tambahan lagi mestilah menunjukkan kepada tetangga itu sifat belas kasihan, dan membalasnya dengan segala kebaikan dan kebajikan.
Diceritakan bahawa Ibnul-Muqaffa’ diberitahu yang tetangganya akan menjual rumahnya kerana terlalu banyak hutang yang ditanggungnya. Ketika itu Ibnul-Muqaffa’ sedang duduk di bawah teduhan rumah tersebut.
Lalu ia pun berkata: Tentulah aku tidak memberikan kehormatan teduhan rumah ini, kiranya tetanggaku menjualnya kerana hendak menggunakan wangnya itu. Maka ia pun membayar harga rumah itu kepada tetangga itu seraya berkata: Jangan jual rumah ini!

TARIM – buahati didunia.

TARIM – buahati didunia.
Pada 1425 h. bersamaan 2004 m. telah direzekikan Allah kepada saya yang dhaif sampai ke
Kota orang yang cintakan Rasulullah s.a.w, Ibu Kota Habaaib,
TARIM yang terpelihara.
Saya ditolongi oleh Habib Abd.Razak ben Yahya. Tidak terperikan betapa gembiranya dan tidak menyangka saya boleh sampai juga akhirnya ke Tarim , setelah sekian lama mendengar kalimat tersebut , tetapi membuak-buak cita-cita untuk sampai menziarahinya apabila satu ketika hadir dimajlis maulid dimasjid Ba Alawi , Bukit Timah , Singapura. Melihat dan mendengar ceramah Habib Salim al Syatiri , al-Allamah, datang dari Kota Tarim , dari Rubath Tarim, Madrasah yang telah melahirkan beribu-ribu santri dan Ulamak besar dan kecil diseluruh dunia, Indonesia, Malaysia, Singapura, Negara Arab, Afrika dan sebagainya. Keluarga Syathiri telah bertanggung-jawab dengan jasa-jasa ini.
Setelah sekianlah lama , hanya dengan menatap video dan gambar saja, saya sangat terpegun bila menyaksikan video Habib Umar bin Hafez , syarahan dan ceramahnya menusuk kalbu sanubari . Menyegarkan hati. Menginsafkan. Teringin benar jika dapat berjumpa dan bercakap dengan orang mulia itu.
Rupa-rupanya telah dikabulkan Allah, dapat menziarahi Ulamak keturunan Nabi s.a.w . Lagi Soleh , lagi warak, lagi karamah, lagi berhimmah tinggi ini. Sekadar yang diperhatikan dengan kedhaifan ilmu pengetahuanku ini, adalah Setiap gerak-gerinya orang mulia Ini , adalah dalam keadaan akhlak Nabawiyah. Ini tidak keterlaluan pada anggapan saya .
http://pondoktampin.blogspot.com/2011/06/pada-1425-h.html

Khamis, Jun 02, 2011

Kunjungan Silaturrahmi dari Masjid Ar-Riyadh , Solo


Kunjungan Silaturrahmi dari Masjid Ar-Riyadh , Solo

Al-Habib Alwi b. Anis Al-Habsyi serta Keluarga
dan Majlis Maulidurrasul di Yayasan Al-Jenderami
pada Sabtu , 4 Jun 2011 , bermula jam 6.00 ptg.

SEMUA DI JEMPUT HADIR

4 Jun 2011 , Sabtu
6.00 ptg : Perarakan Menyambut Ketibaan Tetamu Habaib
7.15 mlm : Bacaan Ratibul Attas
: Solat Maghrib
8.00 mlm : Ucapan Pengerusi Majlis & Bacaan Qasidah
8.15 mlm :
Bacaan Maulid Simthud Duror
Dipimpin oleh Al-Habib Alwi b. Muhammad Anis Al-Habsyi
8.45 mlm :
Tausiyyah oleh :
Hb Husin Nabil b. Muhammad Najib As-Seggaf
Hb Ali Zainal Abidin Al-Hamid
10.00 mlm : Solat Isya'
10.30 mlm : Makan Malam
:

Rombongan Masjid Ar-Riyadh , Solo yang akan hadir :-
1. Hb Alwi b. Muhammad Anis Al-Habsyi
2. Hb Hasan b. Muhammad Anis Al-Habsyi
3. Hb Abdillah b. Muhammad Anis Al-Habsyi
4. Hb Abu Bakar b. Mohamad Al-Jufri
5. Hb Ridho b. Muhammad Najib As- Seggaf
6. Hb Umar b. Hussin As- Seggaf
7. Hb Alwi b. Ali Al-Habsyi
8. Hb Hasan b. Muhammad Al-Habsyi
9. Hb Riza Segaf As-Seggaf
10. Hb Hussein Doman
11. Hb Muhammad b. Abd. Qadir Al-Habsyi
12. Hb Muhammad Anis b. Syech As- Seggaf

Rombongan dari Jakarta :-
1. Hb. Hussein Maulakheleh
2. Hb Abdurrahman Bassurah
3. Hb Husin Nabil b. Muhammad Najib As-Seggaf

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan memuliakan para tetamu habaib yang hadir.

Rabu, Jun 01, 2011

Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته


Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته

Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته : Faqihnya Umat Ini Yang Tabahhur Ilmunya
Sempena kunjungan Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-’Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته maka inginlah al-Fagir mengambil kesempatan untuk memperkenalkan secara ringkas ulama ahlulbait yang terkenal. Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-’Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته adalah antara permata habaib zaman ini. Beliau seorang yang terkenal khumul, yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya.
Nama dan nasab beliau: Beliau adalah al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-’Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim bin Zein bin Muhammad bin Zein bin ‘Abdur Rahman bin Ahmad bin ‘Abdur Rahman bin ‘Ali bin Saalim bin `Abdillah bin Muhammad Sumaith bin ‘Ali bin ‘Abdur Rahman bin Ahmad bin ‘Alwi bin Ahmad bin ‘Abdur Rahman bin ‘Alwi (‘Ammul Faqih al-Muqaddam) bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir Ilallah bin ‘Isa ar-Rumi. Bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin asy-Syahid Hussin as-Sibth, putera Sayyidina ‘Ali dan Sayyidatina Fathimah az-Zahra’ bin Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Kelahiran dan pendidikan: Beliau dilahirkan pada tahun 1357H (1936M) di Jakarta, Indonesia. Beliau lahir dari keluarga yang sholeh. Ayahanda beliau, al-Habib Ibrahim bin Zein pernah menjadi imam di Masjid Habib ‘Abdullah bin Muhsin di Bogor ketika di akhir umur beliau. Al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith mendapat didikan awal agamanya oleh ayahandanya sendiri dan juga dengan para ulama dan pemuka habaib di Jawa. Sedari kecil beliau telah dibawa oleh ayahandanya untuk hadir ke halaqah ilmu, rohah dan mawlid yang dianjurkan oleh Habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad di Bogor yang merupakan naqib para saadah di Tanah Jawa. Habib ‘Alwi ini adalah seorang ulama dan waliyUllah yang terkemuka pada masanya. Beliau wafat pada tahun 1373H dan dimakamkan di Empang, Bogor di mana hingga saat ini makamnya diziarahi dan terkenal sebagai Keramat Empang Bogor. Beliau inilah di antara guru awal Habib Zein. Selain itu, Habib Zein juga sering dibawa ayahandanya untuk meneguk ilmu dan hikmah di majlis seorang lagi ulama dan waliyUllah iaitu Habib ‘Ali bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi (Habib ‘Ali Kwitang).
Guru-guru Habib Zein
Guru-guru di Tarim: Dalam tahun 1371H (1950M), ketika usianya lebih kurang 14 tahun, Habib Zein telah dibawa oleh ayahandanya ke Tarim al-Ghanna, tempat asal keturunannya. Di sana, Habib Zein tinggal di rumah ayahnya yang telah lama ditinggalkan. beliau berguru kepada sejumlah ulama setempat, berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya, hingga pada akhirnya beliau belajar di rubath Tarim
Guru-guru Habib Zein
Di antara guru-guru beliau di Tarim adalah:-
Al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Saalim Bin Hafidz – dengan guru beliau ini, al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith belajar dan menghafal kitab Sofwah az-Zubad karya Imam Ibn Ruslan, kitab al-Irsyad karya Ibn Muqri (sehingga bab Jinayat) dan Nadzam Hadiyyah ash-Shaadiq karya al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir. Selain itu beliau belajar kitab-kitab karangan al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz dalam ilmu faraidh dan munakahat, sebahagian dari kitab Minhaj, kitab-kitab tasawwuf dan ilmu falak;
Habib ‘Umar bin ‘Alwi al-Kaaf – beliau belajar ilmu Nahwu, Ma’ani dan Bayan. Dengan guru beliau ini juga beliau mempelajari kitab Mutammimah al-Ajrumiyyah dan Alfiyyah serta syarah-syarahnya. Beliau juga menghafal matan Alfiyyah;
Habib ‘Alwi bin ‘Abdullah Bin Syihaabuddin – beliau mengikuti majlis-majlis pengajian al-Habib ‘Alwi di Rubath Tarim, juga mengikuti rohah yang diadakan di kediamannya dan majelis Syeikh ‘Ali bin Abu Bakar as-Sakran;
Habib Ja’far bin Ahmad al-’Aydrus – beliau sering berulang-alik ke tempatnya dan beliau memperolehi banyak ijazah daripadanya;
Habib Ibrahim bin ‘Umar bin ‘Aqil;
Habib Abu Bakar ‘Atthas bin ‘Abdullah al-Habsyi – beliau membaca kitab al-Arbain al-Ushul karya Imam al-Ghazali;
Habib Salim bin ‘Alwi al-Khird – beliau membaca kitab Mulhaq al-‘Irab karya Abu Muhammad al-Qaasim bin ‘Ali al-Hariri al-Bashri;
Habib ‘Abdur Rahman bin Haamid as-Sariy – beliau mempelajari ilmu ushul, mempelajari matan Waraqat;
‘Allaamah Syaikh Mahfuz bin Saalim az-Zubaidi – beliau mempelajari ilmu fiqih;
Syaikh Saalim bin Sa`id Bukayyir BaGhitsaan al-Mufti – beliau belajar fiqih;
Syaikh Fadhl bin Muhammad BaFadhl – beliau mempelajari ilmu ushul, mempelajari matan Waraqat;
Berangkat ke Baidho’: Setelah kira-kira 8 tahun menuntut di Tarim, Habib Zein telah disuruh oleh guru beliau Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz untuk pindah ke Kota Baidha` untuk mengajar dan berdakwah di samping meneruskan pengajian dengan para ulama di sana antaranya kepada mufti Baidha`, Habib Muhammad bin ‘Abdullah al-Haddar. Kedatangannya ke Baidha` disambut dengan penuh kegembiraan oleh Habib Muhammad bin ‘Abdullah al-Haddar. Habib Zein telah ditugaskan oleh Habib Muhammad al-Haddar untuk mengajar dan membantu beliau dalam berdakwah. Kagum dengan beliau, akhirnya Habib Muhammad al-Haddar telah menikahkan beliau dengan puterinya. Habib Zein juga diijazahkan pelbagai riwayat oleh Habib Muhammad bin ‘Abdullah al-Haddar.
Habib Zein terus menetap di Baidha` dan meneruskan pengabdiannya terhadap ilmu dan dakwah di mana beliau menjadi tempat rujuk dan mufti. Ketinggian ilmunya diakui oleh para ulama sehingga Habib Muhammad al-Haddar menyatakan bahawa apabila sesuatu permasalahan itu telah dijawab oleh Habib Zein, maka tidaklah perlu untuk membuat rujukan lain.
Ijazah di bidang keilmuan: Selain itu beliau juga mendapat ijazah daripada kalangan Saadah Ba’alawi dan para ulama’ dunia Islam, seperti: Al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf, al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin Musa al-Habsyi, al-’Allamah al-Muhaddits Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul Aziz al-Maliki al-Makki al-Hasani, al-‘Allamah al-Habib ‘Umar bin Ahmad Bin Sumaith, al-‘Allamah al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha al-Haddad, al-‘Allamah al-Habib ‘Abdul Qaadir bin Ahmad as-Saqqaf, al-‘Allamah al-Habib Hasan bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri, asy-Syaikh Umar al-Haddad, al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Ahmad asy-Syathiri, al-‘Allamah asy-Syaikh ‘Abdullah bin Sa’id al-Lahji al-Hadhrami dan Sayyid Yusuf ar-Rifai al-Kuwaiti.
Berhijrah ke Madinah: Setelah kira-kira 21 tahun menetap di Baidho` menyumbang ilmu dan berdakwah, maka pada bulan Ramadhan 1406, Habib Zein telah berhijrah ke kota nenda beliau al-Mustafa r, Madinah al-Munawwarah, untuk menjadi pengasuh Rubath Habib ‘Abdur Rahman bin Hasan al-Jufri. Beliau berganding dengan Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syaathiri untuk mengasuh Rubath al-Jufri tersebut. Setelah Habib Salim pulang ke Tarim untuk mengasuh Rubath Tarim, maka tanggungjawab di Rubath al-Jufri dipikul sepenuhnya oleh Habib Zein sehingga kini [menurut khabar yang abu zahrah dengar, rubath tersebut telah diarahkan tutup oleh pemerintah Saudi].
Walaupun beliau sudah mempunyai murid-murid di Madinah, beliau masih mengambil peluang untuk menimba ilmu dari ulama ulama Madinah seperti:-
Syaikh Muhammad Zaidan asy-Syanqiti al-Maliki – beliau mempelajari ilmu ushul, membaca kitab at-Tiryaq an-Nafi’ ‘ala Masail Jam’ul Jawami’ karya al-Imam Abu Bakar bin Syahab dan kitab Maraqi as-Su’ud karya Syarif ‘Abdullah al-‘Alawi asy-Syanqitiy;
al-‘Allamah an-Nihrir Ahmaddu bin Muhammad Hamid al-Hasani asy-Syanqiti – beliau membaca kitab Syarah al-Qathr, sebahagian daripada kitab Ibnu ‘Aqil, Idha’ah al-Dujunnah karya Imam al-Maqqari, as-Sullam al-Munauraq karya al-Akhdhari, Isadguji karya Imam al-Abhari, Itmam ad-Dirayah li Qurra an-Naqayah karya as-Sayuthi, al-Maqsyur wa al-Mamdud dan Lamiyah al-Af’al karya Ibnu Malik, Mughni Labib karya Ibnu Hisyam, Jauhar al-Maknun dan kitab ilmu shorof. Guru beliau ini memuji al-Habib Zein kerana semangat dan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu.
Selain daripada melahirkan ramai murid yang menjadi ulama dan da`ie, beliau juga telah menghasilkan beberapa karya yang berbobot, antaranya:-
al-Manhaj as-Sawi syarhu Ushul Thoriiqah as-Saadah Ali Baa’Alawi – karya beliau yang unggul dalam mensyarahkan ushul thariqah aal Ba’Alawi. Pokok utama kitab ini mensyarahkan kata-kata al-Imam al-Muhaqqiq al-Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi (wafat 1145H, murid dari al-Imam ‘Abdullah al-Haddad) iaitu: “Thariqah Saadah Aal Ba’alawi adalah ilmu, ‘amal, wara`, khauf (takut kepada Allah) dan ikhlas kepadaNya”.
al-Ajwibah al-Ghaliyyah fi ‘Aqidah al-Firqah an-Naajiyyah – kitab ini di dalam bentuk soal-jawab (buku telah al-Fagir dan teman-teman terjemahkan, insyAllah akan berada di pasaran sedikit masa lagi ini). Kitab ini mengulas tentang aqidah ahlussunah wal jamaah, yang berisi tentang jawaban atas amaliyah golongan ahlussunah wal jamaah yang selama ini dianggap oleh sekelompok kecil umat islam (bahasa mudahnya Wahabi) sebagai amalan yang menyimpang dari ajaran Islam, sedangkan amaliyah tersebut telah dilakukan oleh generasi terdahulu, iaitu generasi sahabat, tabi’in, tabiut tabi’in dan terus menerus hingga sekarang.
al-Fuyudhat ar-Rabbaniyyah min Anfas as-Sadah al-‘Alawiyyah – kitab ini menghimpunkan tafsir isyari kepada beberapa ayat-ayat al-Quran dan hadits-hadits Nabawi yang beliau himpunkan daripada kalam Saadah ‘Alawiyyin.
al-Futuhat al-‘Aliyyah fi al-Khutbah al-Minbariyyah (5 jilid) – merupakan himpunan khutbah-khutbah beliau.
Hidayah ath-Thalibin fi Bayan Muhimmat ad-Din – kitab ini merupakan syarah kepada hadits Jibril iaitu mengenai pengertian Islam, Iman dan Ihsan.
Hidayah az-Zairin ila Ad’iyyah az-Ziyarah an-Nabawiyyah wa Masyahid ash-Shalihin – merupakan kumpulan doa para salaf (ulama-ulama Saadah ‘Alawiyyin terdahulu) yang diucapkan ketika menziarahi Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dan makam-makam yang terletak di Haramain (Makkah dan Madinah) dan Hadramaut.
an-Nujum az-Zahirah li Saliki Thariqi al-Akhirah – merupakan kumpulan daripada ‘amalan-‘amalan para Saadah Ba’alawi beserta dengan faedahnya.
Kitab Tsabat (Sanad-sanad dan masyaikh beliau) – masih di dalam bentuk manuskrip
dan lain-lain.
Peribadi dan kegiatan harian beliau: Beliau seorang yang sangat ‘alim, faqih dan ‘arifbillah. Menghafal persoalan-persoalan di dalam mazhab Syafie. Oleh kerana itulah ada yang mengelar beliau sebagai syafie shaghir di zaman ini. Ketika di usia mudanya, beliau seorang yang bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu. Guru-guru beliau sering memuji beliau kerana kelebihan beliau berbanding rakan-rakannya, juga kerana adab, suluk dan akhlaq beliau yang baik.
Beliau seorang yang tawadhu. Terkenal khumul yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Lidahnya sentiasa basah dengan dhikruLlah. Tasbih hampir tidak pernah berpisah daripadanya. Sentiasa berserban putih, memakai kain dan rida’ sepertimana kebiasaan para salaf di Hadramaut.
Beliau mempunyai tertib khusus dalam membaca aurad dan adzkar sepanjang siang dan malam disamping menjalankan tugas sebagai pengajar. Sentiasa berqiyamullail dan kemudiannya beliau keluar menunaikan sholat Shubuh di Masjid Nabawi dan duduk beri’tikaf sehingga terbit matahari. Setelah itu pulang ke rubath untuk mengajar. Selepas ‘ashar beliau mengadakan rohah sehingga menjelang maghrib. Setelah maghrib mengajar sehingga ‘Isya. Kemudian beliau bersholat ‘Isya di Masjid Nabawi dan setelahnya menziarahi datuk beliau yang agong iaitu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Beliau menziarahi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم setiap pagi dan petang (malam), sejak beliau bermukim di Madinah. Setelah ‘Isya, beliau mengajar dan mengadakan majlis di pelbagai tempat, mengikut hari-hari yang di jadualkan.
Semoga Allah memelihara dan melanjutkan usia Habib Zein bin Ibrahim Bin Sumaith, agar kita dan sekalian umat dapat mengambil manfaat dengan keberadaan beliau di atas muka bumi ini. اللهم آمين. al-Fagir memohon ampun maaf andaikata terdapat kesalahan/kesilapan di dalam nukilan ini. Sekian.
Nukilan:
Al-Fagir Abu Zahrah
http://www.majlisilmu.blogspot.com/