Tawaran Murah Hotel

Selasa, Januari 01, 2013

Malam Cinta Rasul 2013


The world’s 500 Most Influenti al Muslims


Habib Umar bin Hafiz

Director of Dar Al Mustafa,


Habib Umar bin Hafiz is well known for his Prophetic lineage and status as one of the most influential Sufi scholars alive today. His influence through scholarship and preaching is vast in Indonesia and East Africa. He is also incredibly influential through his leadership of the Ba’Alawi movement. He has increased his touring of western countries in the past few years in response to his growing following.

Cultivation of Scholarship

Habib Umar founded and runs Dar al Mustafa, a center for traditional Islamic scholarship that currently hosts an array of international students, in Tarim, Yemen. He has joined the ranks of the world’s leading Muslim academics and scholars as a signatory of ‘A Common Word Between Us and You’, a document that builds bridges between Muslims and Christians.

Da’wa & Humanitarian Efforts

Habib Umar is noted for his da’wa efforts, with significant visits to the USA and Europe over recent years. In July 2008, he partnered with Muslim Aid Australia as founder of Yemen-based NGO Al Rafah Charitable Society to address issues of poverty and hunger and lack of sufficient health care that affect areas of Tarim.

Apa yang penting!!!.. Bertaubatlah...


Apa yang penting!!!.. Bertaubatlah...



Pernah Abu Musa Al As’ary berkata kepada anak-anaknya :

Ingatlah kisah pemilik sepotong roti. Kemudian beliau menceritakan kisah seperti berikut:

Seorang lelaki di zaman Bani Israil telah mengabdikan dirinya kepada Allah selama 70 puluh tahun tanpa rasa penat dan jemu. Kemudian pada suatu hari, syaitan telah menimbulkan perasaan angaunya kepada seorang wanita. Lelaki abid tadi tidak tahan dengan dugaan itu lalu bersekedudukan dengan wanita ajnabi tersebut selama seminggu.

Masuk hari ketujuh, lelaki itu keluar melarikan diri dari dosanya dan duduk bersama orang fakir miskin. Suatu hari beliau mendapat sedekah sepotong roti dari seseorang akan tetapi sedang beliau ingin menikmati roti itu datang seorang fakir dan meminta roti tersebut.

Lalu ia berikan roti itu kepada fakir tadi dan selang beberapa waktu beliau pun meninggal dunia. Kemudian ditimbang pahala ibadatnya selama 70 tahun dengan dosa 7 hari bersekedudukan bersama wanita maka dosa 7 hari itu lebih berat timbangannya.

Kemudian ditimbang pahala memberi sedekah sepotong roti dengan dosa bersekedudukan dengan wanita ajnabi maka pahala member roti tadi setelah ia bertaubat dari dosa-dosa lampaunya adalah lebih berat.


Dari kitab Ikhtiar Uula fi syarh hadis Ikhtisom Malail A'la (1/10)

Jemputan Bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof di Masjid Alfalah USJ9


Jemputan Bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof di Masjid Alfalah USJ9




Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Majlis bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof di Masjid Al Falah USJ 9. Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 31 Disember 2012 (Isnin)
Masa: Selepas Maghrib
Tempat: Masjid Al Falah USJ9
GPS: 3.044842, 101.587743

InsyaAllah, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid akan menterjemahkan tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar al Saggof.

Jumpa di sana!





:)

29 December 2012

Kenangan Majlis Ta'lim terakhir Sesi 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah berjalan dengan lancar pada 28 Disember 2012. Majlis juga turut dihadiri tetamu khas dari Yaman, Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof, guru-guru serta para habaib yang lain.

Tidak lupa juga dengan kehadiran Ayahanda Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sendiri, iaitu Al Habib Abu Bakar Bin Salim Al Hamid, yang datang dari Indonesia dan menambahkan lagi seri pada Majlis.

Berikut adalah gambar-gambar Majlis Ta'lim 28 Disember 2012 sebagai kenangan kita bersama (Kredit kepada fotografer - Jazakallah Khair! :) ):-

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid meraikan kedatangan Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof

Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggofdi Majlis Ta'lim Darul Murtadza

Tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof,diterjemah oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof,diterjemah oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, serta Ayahandanya, Al Habib Abu Bakar Bin Salim Al Hamid

Antara yang hadir dalam Majlis Ta;lim Darul Murtadza

Turut memeriahkan Majlis adalah Al Habib Ali Bin Syeikh Abu Bakar  (Kanan sekali), dari Tarim, Yemen. Beliau juga antara guru Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Demikian keistimewaan ilmu. Orang yang dapat, semakin haus. Kalau makanan, minuman, orang dah minum, rasa dia puas. Tapi ilmu, orang semakin minum, semakin dia merasa haus kepada ilmu tersebut. - Kalam Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ketika menyambut kehadiran Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof.



Jazakallah Khairan Kathiran kepada semua yang telah hadir, membantu secara langsung atau pon tidak langsung, yang akhirnya menjadi penyebab Majlis Ta'lim Darul Murtadza berjalan dengan lancar.

Teruskan bersama kami setiap minggu pada hari Jumaat, selepas isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.