Tawaran Murah Hotel

Jumaat, Mei 20, 2011

Majlis Ta’lim Bulanan 2011

Majlis Ta’lim Bulanan

Majlis bulanan seterusnya akan mengabungkan dua kitab karangan Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Selepas solat Maghrib, sambungan huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’ akan disyarahkan oleh Ustaz Ali Zainal Abidin Alhamid diikuti dengan permulaan huraian buku baru ‘Penuntun Hidup Bahagia (Risalatul Mudzakarah)’ oleh Ustaz Najmuddin bin Othman Alkhered selepas solat Isya’. Bagi mereka yang ingin memiliki senaskah buku ini, pihak kami akan mengedarkannya di majlis nanti dengan harga diskaun sebanyak RM 25.00 senaskah.
InsyAllah, majlis ini akan dilangsungkan seperti biasa pada Sabtu 21 Mei 2011 mulai solat maghrib di Masjid Baitul Aman, 102, Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat, buku Nasihat Agama dan Wasiat Iman memberi bimbingan penting untuk mengenal ilmu-ilmu yang wajib dari akidah Islamiah dan hukumhakamnya, serta ciri-ciri akhlak dan budi pekerti yang mulia. Ia juga menunjukkan cara-cara berdakwah ke jalan Allah Ta’ala, dan menunaikan hak kewajiban terhadap agama Islam dengan berdalilkan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis.

Musnid Dunia Ibnu Hajjar Ibnu Syihnah

2011Musnid Dunia Ibnu Hajjar Ibnu Syihnah
Didalam pengajian Maulana Syeikh Usamah Said Mahmud al-Azhari beliau menceritakan tentang Musnid dunia Ibnu Hajjar yang terkenal di akhir-akhir umurnya, para muhaddis dan al-Hafizh berbondong-bondong mendatanginya untuk membaca sohih Bukhari dan hadis.
Di dalam suatu masa para ahli hadis melihat nama beliau di dalam Juz Ali ibni Allati, dan didalam daftar nama-nama pendengar sohih Bukhari kepada Syeikh Ibnu Zubaidi, sudah menjadi suatu tradisi jika ada pembacaan kitab-kitab sunnah sang guru akan mencatat seluruh nama pelajar yang hadir didalam majlis itu, hal ini sangat berkurang sekali di sebabkan banyaknya sekarang pelajar agama hanya memadai bacaan terhadap seorang guru yang tidak bersanad, atau memadai dengan memperbanyak membaca dengan sendiri, bahkan sebahagiannya ada yang memadai dengan membaca artikel yang tertulis di internet, sistem pengajian dahulu tidak lagi menjadi daya tarik seseorang pelajar agama, bahkan mereka menganggap sistem tersebut merupakan suatu tradisi yang kolot dan terbelakang.
Tapi sebenarnya siapakah Syeikh Ibnu Hajjar itu?
Nama lengkap Syeikh Ibnu Hajjar
Beliau adalah Syeikh Ahmad bin Abi Thalib bin Abu Ni`am Ni`mah bin Hasan bin Ali bin Bayan as-Solihi al-Hajjar Ibni Syihnah .
Beliau lebih dikenal dengan Ibnu Syihnah.
Tahun kelahiran beliau
Beliau di lahirkan kira-kira 624 hijriyyah, tahun kelahirannya ini hanya sebagai perkiraan saja, sebab Imam al-Hafiz az-Zahabi pernah menanyakan kepada beliau pada tahun 706 hijriyyah tentang umurnya, maka Ibnu Hajjar berkata : ” ketika an-Nashir Daud mengepug kota Damsyiq saya berumur 26 tahun.
Pengajian Beliau
Sebagaimana yang telah kami sebutkan tradisi para ulama dahulunya menulis nama-nama pelajar yang hadir didalam pembacaan kitab-kitab hadis, dari hasil tulisan tersebut di ketahui bahwa Ibnu Hajjar pernah menghadiri dan mendengar pembacaan Sohih Bukhari di depan al-Hafizh Ibnu Zubaidi, beliau mendengar hadis sohih Bukhari dari awal sampai akhirnya tetapi ada terdapat beberapa hadis yang tidak beliau dengarkan.
Majlis pembacaan Sohih Bukhari.
Pada tahun 706 beberapa Muhaddis datang menanyakan Syeikh Ibnu Syihnah al-Hajjar, mereka ingin meyelidiki kebenaran daftar nama yang terdapat didalam para pendengar sohih Bukhari di pengajian Ibnu Zubaidi, karena keinginan mereka mendapatkan sanad `Ali ( tinggi ) dengan sistem pembacaan terhadap ulama besar al-Hafizh Ibnu Zubaidi,
Ahli Hadis : ” Ya tuan apakah benar nama tuan Ahmad bin Abi Thalib bin Abu Ni`am Ni`mah bin Hasan bin Ali bin Bayan as-Solihi al-Hajjar Ibni Syihnah”.
Syeikh al-Hajjar :” Benar nama saya itu” .
Ahli Hadis : pernahkah tuan mengikuti majlis pembacaan sohih Bukhari al-Hafiz Ibnu Zubaidi ? “.
Syeikh al-Hajjar : Oh ! itu sudah lama sekali …………..
Ahli Hadis : ” Benar sudah lama sekali ! tetapi kami ingin mengatahui pernahkah tuan mengikuti pengajian tersebut ? “.
Syeikh al-Hajjar : Oh ! itu sudah lama sekali …………..
Ahli Hadis : Benar tuan sudah lama sekali tapi benarkah tuan pernah mengikutinya ?
Syeikh al-Hajjar : Benar saya pernah mengikutinya , tapi dimana kamu dahulunya tidak pernah menanyakkan hal tersebut.
Dari tahun 706 sampai hari wafatnya Syeikh al-Hajjar beliau sibuk membacakan sohih Bukhari kepada Muhaddis dan al-Hafiz.
Berkata al-Hafiz Zahabi : ” Aku tidak ragu atas pendengaran Ibnu Syihnah dari Ibnu Zubaidi, karena beliau tidak memiliki seorang saudara yang bernama sama dengannya”.
Ibnu Hajar al-Asqolani menukikan didalam kitabnya Durarul Kaminah : ” Awal pertama sekali di ketahui oleh para ahli hadis pada tahun 706 H, karena didapati nama beliau didalam Ajza` Ali Ibni Allati seperti Juz Ibnu Makhlad dan Musnad Umar karangan an-Najjar, kemudia didapati lagi nama beliau di dala daftar nama pedengar majlis pembacaan sohih Bukhari kepada Ibnu Zubaidi, maka Syeikh Ibnu Syihnah mengadakan majis pembacaan Sohih Bukhari sebanyak tujuh puluh kali diantaranya di kota Damsyiq, Solihiyyah, Cairo, Mesir, Hamah, Ba`labak, Himsh, Kafr Bathna dan selainnya”.
Para ulama, ahli hadis, al-hafizh berbondong-bondong mendatangi beliau karena ingin mendengarkan sohih Bukhari dan menghadiri majlis beliau.
Beginilah para ulama pada zaman dahulu lebih mementingkan mendengar dan belajar dari seorang ulama yang memiliki sanad, pada hal pad zaman mereka kepentingan sanad tidak ada bedanya dengan zaman sekarang, sebab hadis-hadis yang di teliti sanadnya hanya sampai kepada abad kelima pada masa al-Hafiz Ibnu `Asakir.
Murid-murid beliau
Diantara ulama-ulama besar yang meriwayatkan dari beliau adalah :
1 – Syeikh Abu Ali Muhammad bin Muhammad bin Ali az-Ziftawi.
2 – Syeikh Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Abi al-Majd ad-Damsyiqi.
3 – Syeikh al-Burhan Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad bin Abdul Wahid at-Tanukhi.
4 – Aisyah Binti Muhammad Bin Abdul Hadi al-Maqdisiyyah.
5 – Syeikh Muhibuddin bin al-Muhib.
Wafatnya Syeikh Ibnu Syihnah
Sementara Syeikh Muhibuddin bin al-Muhib membaca Sohih al-Bukhari kepada Syeikh Ibnu Syihnah sehari sebelum meninggalnya Syeikh Ibnu Syihnah yaitu pada tanggal 24 safar 730 H, sementara ketika hari keduanya beliau membaca sohih Bukhari sampai waktu zuhur, ketika dekat dengan waktu asar Syeikh Ibnu Syihnah al-Hajjar pun meninggal dunia, sehingga kewafatan beliau ketika itu membuat sanad di dunia ini turun setingkat.
Syeikhuna al-Muhaddis Usamah bin Sayyid bin Mahmud al-Azhari menukilkan dari kitab ” Dzailu at-Taqyiid ” didalam kitabnya ” Asanidu al-Misriyyin ” : ” Beliau ( Ibnu Syihnah-red) meninggal dunia pada tahun 730 H, di kota Solihiyyah Damsyiq, ketika hari wafatnya di bacakan kepadanya Sohih Bukhari, beliau memiliki umur kurang lebih seratus sepuluh tahun, maka dengan kewafatanya turunlah sanad manusia didunia ini satu tingkat”.
Rujukkan :
1 – Asanidu al-Masriyyin : halaman 129 / karangan Maulana Syeikh Usamah bin Sayyid al-Azhari, terbitan Dar al-Faqih cetakkan pertama tahun 1432-2011.
2 – ad-Duraru al-Kaminah Fi A`yani Mi`ati ats-Tsaminah : 1 /142 , karangan al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, terbitan Dar al-Jail, tahun 1414-1993.
3 – Fihrasu al-Faharis Wa al-Atsbat : 1 / 340 . karangan Syeikh Muhammad Abdul Hayy al-Kattani, terbitan Dar al-Gharab al-Islami, cetakkan kedua tahun 1402-1982 .
4 – Mu`jamu al-Ma`ajim Wa al-Masyikhat : 1 / 409 , karangan Doktor Yusuf al-Mar`asyli, terbitan Maktabah ar-Rusyd, cetakkan kedua tahun 1426 – 2005 .
http://pondokhabib.wordpress.com/2011/05/20/musnid-dunia-ibnu-hajjar-ibnu-syihnah/

Bintang Menyinari Bumi Mesir

Bintang Menyinari Bumi Mesir
Majlis Pembacaan Hadis Sunan Al-Tirmizi di lapangan Masjid Besar Al-Azhar Al-Syarif.
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi.
Sabda Rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam:
نضر الله وجه امرئ سمع مقالتي فحفظها ووعاها وبلغها من لم يسمعها
“Allah menyinari wajah seseorang yang mendengar kalamku kemudian menghafalnya dan memahaminya dan menyampaikannya kepada yang tidak mendengarnya…”
~Riwayat Imam At-Tabrani.
Alhamdulillah…
Al-Azhar kini kembali menghidupkan majlis pembacaan hadis.Yang dahulu dihidupkan semula oleh Sheikh Ali Gumaah(sebelum menjawat jawatan mufti),dan setelah beliau menjadi mufti,ia terhenti.Kemudian sekarang ini,diteruskan perjuangan itu oleh guru kami,Sheikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari,anak murid kesayangan Sheikh Ali Guma’ah.
Majlis Pembacaan Sunan Al-Tirmizi yang dibimbing oleh sheikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari setiap hari ahad jam 8.00 am,isnin dan selasa jam 7.30 am.Seronok!Bukan hanya membaca hadis tapi juga meyelami cara Imam Tirmizi meriwayatkan hadis.Allah..
Subhanallah…
Itulah kalimah yang tak terputus dari bibir ini setiap kali melihatnya dan mendengarkan ilmu yang disampaikan olehnya.Sungguh Ajib dengan keilmuan beliau.Yang apabila difikirkan,bagaimana beliau boleh menjadi seperti itu dalam usia yang sangat muda???Allah…
Kalau tidak melalui mereka awak mendapat inspirasi,Maka siapa lagi????Jadi…Bersamalah dengan para ulama!
Teringat kata Sheikh Ashraf Al-Mikawi ketika diundang dalam majlis tersebut:
“Hendaklah kamu melazimi guru kalian ini,Sheikh Usamah,yang Allah hadiahkan dia kepada kalian pada zaman ini.Bersyukurlah!sesungguhnya jika kalian bersyukur,maka Allah akan tambahkan nikmat tersebut.”
Habib Umar Ibn zein pernah berkata dalam pengajiannya:
“Diantara ulama yang Allah berikan ilmu pada waktu muda adalah sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari.”
Alhamdulillah diberi kesempatan alfaqir untuk bertemu pada zaman kegemilangan Al-Azhar ini.
Semoga jejaknya kaki kami di tempat dimana jejaknya para pembesar ulama Al-Azhar ini,kami dikurniakan asrar,nafahats mereka serta mengikut jejak langkah mereka….Amin!
Sheikh Usamah Al-Azhari kata:-
“Hakikatnya Al-Azhar Al-Syarif terdiri atas 3 ASAS :
1-Ilmu,
2-Ibadah,
3-Dakwah”.
P/s:Jom para Azhariy…kita merealisasikan 3 asas ini dalam diri kita sepertimana ia merupakan asas bagi para ulama Al-Azhar Al-Syarif Rabbani.
Ya Allah bantu hambaMu ini dalam mensyukuri nikmatMu ini…

AMAL HADIS DAIF BIDAAH?

AMAL HADIS DAIF BIDAAH?
Editor: al-Faqir Ila ALLAH Ta’ala – Date: 20.5.11
Mungkin anda ada pengalaman dengan perbualan seperti berikut;
“Amalan ni bidaah. Awak tak boleh amalkan kerana hadisnya daif”.
- “Tak… Amalan ni bukan bidaah. Hadis daif dapat diamalkan dalam bab fada’il”.
“Syeikh *** kata, amalan ni bidaah, tak ada zaman Nabi”.
- “Tak ada zaman Nabi ke, atau Syeikh *** tu yang tak berjumpa?”
Inilah antara masalah yang membikin ruwet dalam pemikiran umat Islam pada masa kini, iaitu masalah beramal dengan hadis daif dianggap sebagai bidaah. Hinggakan seolah-olah ianya menjadi suatu kaedah dalam menentukan hukum. Kesan dari kaedah ini telah menimbulkan perselisihan yang tidak berkesudahan di kalangan para ilmuan moden, bahkan para pengikut mereka, berkaitan masalah-masalah yang dibahaskan.
Ia menjadi satu ujian bagi umat Islam apabila ada di antara mereka yang menghukum bidaah bagi sesuatu amalan semata-mata kerana hadisnya daif, manakala pihak yang satu lagi mempertahankannya kerana menganggapnya sebagai bukan bidaah. Hal ini adakalanya membawa kepada perpecahan dan perbalahan yang sengit. Banyak buku-buku yang telah disusun berdasarkan kaedah berkenaan, sedangkan ianya tidak menepati tradisi majoriti ahli ilmu.
Sebelum membincangkan lebih lanjut, ada beberapa perkara yang perlu difahami dalam perbincangan ini. Pertamanya, maksud bidaah dari segi penggunaan istilah am dalam tulisan ini ialah bidaah sayyi’ah (yang buruk), maka tidak termasuk bidaah hasanah (yang baik). Perbincangan ini juga hanya berkaitan dengan hadis daif yang dihukumkan pengamalannya oleh sebahagian ahli ilmu sebagai bidaah.
Adapun hadis yang diperselisihkan hukumnya, seperti setengah pihak mengatakan daif, atau sahih, dan setengah pihak lagi mengatakan palsu, maka ia memerlukan perbahasan lain yang lebih lanjut. Pihak yang mengatakannya sebagai hadis palsu, walaupun pihak satu lagi mengatakan tidak palsu, berhak menyatakan bahawa beramal dengannya dikira sebagai bidaah. Namun kelayakan dan kemampuan memberi keputusan hukum bidaah tersebut adakalanya menjadi bahan pertikaian pula. Justeru dalam masalah yang sebegini masing-masing perlulah bijak dalam menanganinya. Maka kita perlu bersikap toleransi dan cermat dalam menyuarakan pandangan serta menjaga adab-adab perselisihan pendapat (adab al-ikhtilaf).
Tradisi Ulama Terdahulu
Tiada salahnya meninggalkan hadis daif, namun sikap membidaahkan orang lain yang tidak meninggalkannya itu perlu dikoreksi semula. Jika kita merujuk kepada ulama-ulama terdahulu, boleh dikatakan majoriti mereka tidak menghukum bidaah ke atas orang yang mengamalkan hadis daif. Malah kita dapati kitab-kitab ulama terdahulu tidakpun meninggalkan hadis daif. Imam al-Bukhari misalnya, walaupun meninggalkan hadis daif dalam kitab Sahihnya (kecuali secara mu’allaq), namun beliau memuatkan hadis daif ini di dalam karya-karyanya yang lain seperti kitab al-Adab al-Mufrad. Imam Ahmad juga memuatkan banyak hadis daif di dalam kitab Musnadnya, dan beliau berkata: “Hadis daif itu lebih aku sukai daripada pandangan akal”.
Imam al-Tirmizi juga banyak memuatkan hadis daif di dalam kitabnya al-Jami’ (atau Sunan al-Tirmizi). Dan istimewanya kitab beliau ini memuatkan hadis-hadis yang diamalkan oleh para ulama mujtahid, walaupun hadis tersebut dihukumkan sebagai daif. Maka tidak pula dilihat beliau menuduh ulama yang mengamalkannya sebagai telah melakukan bidaah.
Ulama yang dikatakan menolak hadis daif secara mutlak, yakni dalam semua perkara, seperti Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Hazm (w. 456H) dan lain-lain juga didapati tidak mempraktikkan sepertimana dakwaan tersebut di dalam karya-karya penulisan mereka.
Dalam kaedah ulum al-hadith, ramai ulama bersepakat bahawa hadis daif tidak boleh diamalkan dalam bab akidah dan hukum-hakam, namun mereka membenarkannya dalam bab fada’il al-a’mal, al-targhib wa al-tarhib, qisas, mawa’iz dan seumpamanya. Maka kenyataan ini membuktikan bahawa beramal dengan hadis daif dalam bab yang tersebut adalah harus, bukannya suatu bidaah. Bahkan sebahagian ulama terdahulu beramal dengan hadis daif dalam bab hukum-hakam sekalipun, namun tidak pula mereka dituduh melakukan bidaah.
Bidaah Beramal Dengan Hadis Daif?
Saya belum dapat menemukan ulama yang menyatakan secara terang-terangan bahawa beramal dengan hadis daif adalah bidaah secara mutlak. Ada disebut dalam al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj oleh Imam al-Nawawi (Dar Ihya’ al-Turath al-’Arabi: Beirut, cet. 2, 1392H, 4/153):
أن السنة في السلام من الصلاة أن يقول: “السلام عليكم ورحمة الله” عن يمينه، “السلام عليكم ورحمة الله” عن شماله. ولا يسن زيادة: “وبركاته”، وإن كان قد جاء فيها حديث ضعيف، وأشار إليها بعض العلماء، ولكنها بدعة، إذ لم يصح فيها حديث، بل صح هذا الحديث وغيره في تركها. والواجب منه: “السلام عليكم” مرة واحدة، ولو قال: “السلام عليك” بغير ميم، لم تصح صلاته. انتهى
Maksudnya secara ringkas, Imam al-Nawawi menghukumkan bidaah menambah lafaz: wa barakatuh dalam lafaz salam selepas selesai solat. Pada mulanya beliau menyatakan hadisnya sebagai daif, kemudian beliau mengatakan pula; tidak ada satu hadis pun yang sahih. Maka zahirnya, Imam al-Nawawi seolah-olah berpendapat mengamalkan hadis daif adalah bidaah.
Namun pernyataan bidaah tersebut tidak terdapat dalam kitab-kitab beliau yang lain dan hanya memadai dalam menghukum amalan berkenaan sebagai syaz atau menyalahi yang masyhur dari Nabi s.a.w. sahaja. Malah dinyatakan dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/479) bahawa sanad hadis mengenai perkara tersebut dalam Sunan Abi Dawud adalah sahih, bukan daif. Demikian juga hukumnya menurut al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Bulugh al-Maram (no. 339).
Imam Syams al-Din al-Ramli (w. 1004H) pula dalam kitabnya Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, iaitu huraian terhadap kitab Minhaj al-Talibin karangan Imam al-Nawawi, memberi komentar:
(وَأَكْمَلُهُ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ) لِلِاتِّبَاعِ ، وَلَا يُسَنُّ وَبَرَكَاتُهُ عَلَى الْمَنْصُوصِ الْمَنْقُولِ لَكِنَّهَا ثَبَتَتْ مِنْ عِدَّةِ طُرُقٍ وَمِنْ ثَمَّ اخْتَارَ كَثِيرٌ نَدْبَهَا
Beliau menyatakan bahawa tambahan lafaz: wa barakatuh itu sabit melalui beberapa jalan riwayat dan ramai ulama yang menghukumkannya sebagai mandub (sunat). Maka zahir pendapat Imam al-Nawawi di atas, iaitu mengamalkan hadis daif adalah bidaah tidak dapat diterima sebagai suatu kenyataan yang muktamad. Apatah lagi beliau terkenal dengan pendapatnya membenarkan pengamalan hadis daif dalam bab fada’il al-a’mal dan yang seumpamanya.
Syeikh Muhammad bin Isma’il al-San’ani (w. 1182H) dalam kitabnya Subul al-Salam (Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi: Mesir, cet. 4, 1960, 1/195-196) menyatakan bahawa ianya adalah riwayat tambahan dari perawi yang adil dan beliau menukilkan dari kitab Talqih al-Afkar Takhrij al-Azkar susunan al-Hafiz Ibn Hajar ketika al-Nawawi menyebut bahawa tambahan lafaz: wa barakatuh adalah riwayat tunggal (syaz), maka al-Hafiz Ibnu Hajar telah membawakan beberapa jalan riwayat bagi tambahan lafaz: wa barakatuh, kemudian katanya: “Ini adalah beberapa jalan riwayat yang menunjukkan sabitnya lafaz: wa barakatuh, berbeza dengan apa yang dibayangkan oleh kata-kata syeikh (al-Nawawi) bahawa ianya adalah riwayat tunggal (syaz)”.
Ulama lain yang ditemukan berpendapat bahawa mengamalkan hadis daif itu adalah bidaah ialah Syeikh Muhammad bin Isma’il al-San’ani (w. 1182H) di atas dalam kitabnya Subul al-Salam (2/114), di mana beliau mengulas tentang hadis talqin ke atas mayat:
ويتحصل من كلام أئمة التحقيق أنه حديث ضعيفٌ والعمل به بدعة ، ولا يغتر بكثرة من يفعله. انتهى
Kata-kata Syeikh al-San’ani ini begitu popular dipromosikan oleh mereka yang menolak amalan talqin ke atas mayat dalam kubur dan berpendapat ianya sebagai suatu amalan bidaah.
Menurut Imam al-Nawawi dalam Fatawanya: Adapun talqin yang biasa dilakukan di Syam selepas pengebumian, maka pendapat yang dipilih ialah istihbab melakukannya. Antara ulama yang menaskan hukum istihbabnya dari kalangan sahabat-sahabat kami (ulama Syafi’iyyah) ialah al-Qadhi Husain, al-Mutawalli, Syeikh Nasr al-Maqdisi, al-Rafi’i dan lain-lain. Hadisnya yang diriwayatkan oleh al-Tabarani adalah daif, akan tetapi ia dapat diambil kira. Dan para ulama hadis telah bersepakat dalam bertolak ansur dengan hadis-hadis fada’il dan juga targhib wa tarhib. Ahli Syam telah pun mengamalkan perkara tersebut sejak zaman ulama yang diikuti peribadinya sehinggalah sekarang ini. (Lihat Kasyf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas oleh Syeikh Isma’il al-‘Ajluni, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1/316)
Realiti dan praktis kebanyakan ulama fiqh dalam menghukumkan amalan yang bersandar kepada hadis daif ialah hanya menyatakannya sebagai pendapat yang marjuh, atau pendapat yang lemah, ataupun ditolak, dan mereka tidak menghukumkannya sebagai suatu bidaah. Jika hadis daif tersebut mempunyai dalil-dalil lain yang menyokong seperti amalan para sahabat atau para salaf misalnya, kemungkinan ia dapat meningkat kepada kedudukan yang lebih kuat.
Berdasarkan penjelasan ini, pandangan al-San’ani itu tidak dapat diterima sebagai suatu kaedah penentuan yang kukuh, dan menyalahi metode majoriti ulama fiqh. Maka jelaslah bahawa mengamalkan hadis daif bukanlah suatu bidaah, melainkan jika ada dalil-dalil lain yang kukuh yang menjadikannya dapat dianggap sebagai bidaah seperti percanggahannya dengan nas al-Quran atau hadis sahih dan sebagainya. Jika tidak, ia hanya boleh dikatakan sebagai pendapat yang lemah atau ditolak, tetapi bukan bidaah.
Memang kita digalakkan untuk beramal dengan hadis-hadis yang kuat, namun dalam setiap masalah itu bukan semua ada diriwayatkan mengenainya hadis yang sabit (yakni sahih atau hasan). Di samping ada sudut-sudut fiqh dan kaedahnya yang perlu dikuasai dengan baik, dan adakalanya ia berbeza antara satu mazhab dengan yang lain. Sesuatu perkara yang hanya dianjurkan dalam hadis daif dan tiada sebarang nas yang melarang juga perlu difahami dengan masak.
Wallahu a’lam.
http://sawanih.blogspot.com/2011/05/amal-hadis-daif-bidaah.html

Rabu, Mei 18, 2011

Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush

Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush