GENG WAHAB BUKIT JELUTONG….
Posted on Tuesday, November 4, 2008 by Al-Haqir Mahfuz Muhammad Al-Khalil
RISALAH YANG DIEDARKAN OLEH WAHAB BKT JELUTONG DI SURAU TERSEBUT
Baru-baru ini kami di undang ke sebuah surau di Bukit Jelutong Shah Alam.Program tersebut adalah merupakan satu ciri ceramah diskusi kitab pengertian makna sebenar bid’ah.
Kehadiran malam tersebut agak baik.Kelihatan hampir semua ruang surau dipenuhi jema’ah.
Selepas penjelasan dilakukan lebih kurang 1 jam lebih, maka sessi soal jawab dibuka untuk para jema’ah berintraksi dengan kami.
Dalam ramai-ramai yang bertanya ada pula satu hamba Allah ni bertanya sambil menghulurkan dan mengedarkan risalah kepada para jema’ah.Pelik juga kami rasakan.Beliau memberitahu soalan saya ada lebih kurang sepuluh soalan.Maka kami kata kepadanya sila la tanya.Kata beliau agak panjang sambil menyerahkan risalah tersebut kepada kami.Setelah ditatap ohhh panjang sungguh , mencecah 8 muka surat.
Setelah diteliti ternyata yang bertanya adalah geng Wahab Bukit Jelutong.Rasanya geng si anak mufti Perlis lama la tu.Sebenarnya kami dari awal sudah ternampak beliau salat dengan meletak tangan di atas dada bawah dagu.Ohh kata kami, ada ni !!!
Mereka masuk kedalam majlis untuk mengedarkan dakyahnya kepada para jema’ah agar menolak penjelasan yang telah kami lakukan.
Setelah jemaah beredar ,kami diberitahu pula ada geng Wahab yang menunggu jema’ah diluar pintu pagar surau.Mereka mengedarkan cd propaganda Wahab kepada para jema’ah.Alhamdulillah setelah dinasihati oleh pengurusi surau agar beredar , maka geng Wahab akur dan beredar dari pintu pagar surau.
Begitu la kesungguhan mereka untuk mewahabkan orang-orang Islam Bukit Jelutong.
Orang Bukit Jelutong haruslah peka dengan usaha dakyah mereka dan tidak mudah terpedaya dengan putar belit golongan ini.
http://al-subki.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan