Kenyataan Rasmi JAKIM: Wahhabi Adalah Musyabbihah
JAKIM: AWAS! WAHHABI ADALAH MUSYABBIHAHRujuk sepenuhnya di :http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/0/333B620BF2A286854825747B003E17EFGolongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran الرحمن على العرش استوى dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah.Mereka(golongan musyabihah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah. Saidina Ali telah berkata:كان الله ولا مكانMaknanya: Allah ada tanpa tempatStatus Selesai - Paparan Web.Nombor Rujukan PANEL SJAI 090708Tarikh Selesai 09/07/2008 12:18 PMNota:1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM Rujuk Kenyataan Rasmi JAKIM tersebut sepenuhnya di:http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/0/333B620BF2A286854825747B003E17EF
Tiada ulasan:
Catat Ulasan