Tawaran Murah Hotel

Rabu, November 06, 2019

23 ADAB BERSAHABAT - IMAM GHAZALI DALAM KITAB BIDAYATUL HIDAYAH



1. Melebihkan kehendak sahabat melebihi kehendak diri sendiri.

2. Sentiasa menolong sahabat yang memerlukan pertolongan secepat yang boleh jika mampu dan tidak berharap balasan.

3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4. Menutupi segala aib sahabatnya.

5. Apabila mendengar seseorang mencela sahabatnya, maka jangan disampaikan perkara itu kepada sahabatnya.

6. Jika seseorang mencela sahabatnya, maka jangan ia mendengar celaan orang itu.

7. Jika ia mendengar seseorang memuji sahabatnya atau mendengar sesuatu yang boleh menyukakan hati sahabatnya, maka hendaklah ia menyampaikan perkara itu kepada sahabatnya.

8. Apabila sahabat sedang bercakap dengannya, hendaklah ia mendengarnya dengan bersungguh-sungguh.

9. Ia menjauhi diri daripada berbantah-bantah (yakni berbahas) dengan sahabatnya

10. Memanggil sahabatnya dengan nama yang disukainya.

11. Apabila melihat kebajikan yang dilakukan sahabat, hendaklah ia memujinya.

12. Apabila melihat sahabat melakukan kebajikan, maka hendaklah ia rasa syukur atas apa yang dilakukannya.

13. Menegah seseorang yang mencela sahabatnya ketika sahabatnya ghaib.

14. Apabila keadaan memerlukan ia menasihati sahabatnya, maka berilah nasihat dengan sindiran atau dengan lemah lembut (*mengikut penerimaan hatinya).

15. Memaafkan sahabat jika terdapat kesalahannya dan jangan pula ia membalas balik kesilapan sahabatnya.

16. Mendoakan bagi sahabatnya di dalam solat baik ketika hidupnya dan ketika matinya.

17. Hendaklah ia kekal berbuat kebajikan pada sahabatnya serta ahli keluarga sahabatnya selepas daripada matinya.

18. Jangan menyusahkan sahabat dengan sesuatu. Tapi hendaklah ia memastikan sahabatnya sentiasa berhati senang dan tenang.

19. Ia merasa senang dan gembira apabila sahabatnya sedang dalam keadaan gembira. Dan ia merasa duka cita apabila sahabatnya dalam keadaan duka cita.

20. Hendaklah ia memulai memberi salam ketika bertemu sahabatnya.

21. Jika sahabatnya hadir ke suatu tempat duduk berhimpun, maka hendaklah ia meluaskan ruang duduk jika mampu. Jika tidak mampu, hendaklah berpindah tempat duduknya ke tempat yang lain.

22. Apabila sahabat pergi keluar, hendaklah ia ikut sampai ke pintu.

23. Apabila sahabatnya sedang bercakap, hendaklah ia mendengar sehingga selesai tanpa menyampuk di tengah-tengah percakapannya. Tunggu sehingga sahabatnya selesai, barulah ia memulai percakapan.

Tiada ulasan: