Kecewa tak puaskan isteri
SAYA berusia 25 tahun dan baru berkahwin tiga bulan lalu. Masalah saya sekarang ialah apabila melakukan hubungan seks dengan isteri, air mani saya kerap terpancut awal.
Bagaimanapun, saya tetap meneruskan gerakan supaya isteri dapat mencapai klimaks walaupun zakar saya tidak tegang sepenuhnya. Dengan cara ini kadang-kadang dapat membuat isteri saya mencapai klimaks.
Namun, kadang-kadang saya gagal sehingga isteri tidak mencapai klimaks. Ini yang membimbangkan saya sekiranya dia tidak puas dalam melakukan hubungan seks dengan saya.
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini dan mahu mengekalkan ketegangan zakar supaya dapat bertahan lama?
SYED | Lumut, Perak.
KATA orang senjata itu hebat jika kita tahu cara menggunakannya. Jadi, jika zakar lelaki disamakan dengan senjata, maka lelaki yang tewas cepat dan tidak dapat kekalkan ereksi memang lemah dari segi penggunaan anggota itu.
Sama seperti penggunaan senjata, kawalan minda amat penting kerana gerakan penggunaan senjata lebih fokus dan berkesan. Begitu juga dengan hubungan seks yang mana lelaki menggunakan zakarnya untuk memberi kepuasan kepada pasangan.
Dia perlu memberi tumpuan kepada pergerakan zakar tanpa meningkatkan rangsangan kepada dirinya seperti menggesel pangkal alat kelamin ke langit anggota sulit pasangan. Cara itu memberi rangsangan yang kurang tetapi lebih hebat kepada pasangan kerana langit faraj begitu sensitif (ada G-Spot).
Jika amalan onani dikaitkan dengan kelemahan daya tahan seksual, ada kemungkinannya jika ketika melakukan onani lelaki itu sengaja mempercepatkan klimaks.
Kawal gerakan supaya tidak keluar daripada kawalan klimaks dan jika hendakkan klimaks, cepatkan hayunan sambil klimaks dan teruskan hayunan dengan kemutan. Hasilnya kedua-dua akan merasai nikmat hubungan seksual secara maksimum!
Kaedah itu dikenali sebagai 'coital alignment' atau hubungan bersepadu! Bukan senang untuk mengamalkannya kerana kadang-kadang gagal juga! Bagaimanapun, lama-kelamaan anda menjadi biasa dan lebih cekap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan