Tawaran Murah Hotel

Isnin, November 21, 2005

Tanda sistem normal

Tanda sistem normal


SAYA berusia 21 tahun dan mempunyai zakar yang cepat menegang. ia berlaku tidak kira masa termasuk apabila tidak menonton filem lucah atau membaca bahan lucah. Mengapa ia berlaku?

REEZ | Kelantan.

KETEGANGAN atau ereksi zakar adalah fenomena semula jadi untuk lelaki. Ereksi boleh berlaku apabila lelaki terangsang dan apabila zakar tersentuh.

Kajian rambang menunjukkan lelaki berkemampuan mencapai ereksi spontan sebanyak 20 hingga 30 kali sehari. Waktu ereksi antara beberapa saat dan beberapa minit dan lebih lama jika ia akibat terangsang.

Jadi jangan hairan jika ereksi kerap berlaku kerana ia petanda sistem syahwat lelaki berfungsi normal. Jika tiada ereksi langsung walaupun mencapai baligh kemungkinan lelaki mengalami mati pucuk prima.

Fenomena ereksi adalah petanda mutlak yang lelaki berkemampuan menggunakan zakarnya untuk disalurkan ke dalam faraj.

Tiada ulasan: