Tawaran Murah Hotel

Khamis, Ogos 14, 2008

MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYA’BAN YAYASAN SOFA DAN YAYASAN AL-JENDERAMI

MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYA’BAN
Assalamu alaikum wr. wb….
Tuan / Puan yang dimuliakan,
Nisfu ertinya setengah atau seperdua dan Sya’ban adalah bulan kelapan dalam perhitungan tahun Hijriyah. Kata Sya’ban berasal dari kata syi’ab (jalan di atas gunung). Dikatakan Sya’ban karena pada bulan itu ditemui berbagai jalan untuk mencapai kebaikan.
Malam Nisfu Sya’ban dimuliakan karena pada malam itu, dua malaikat yakni Raqib dan Atid, yang mencatat amal perbuatan manusia sehari-hari, menyerahkan catatan-catatan amal tersebut kepada Allah SWT. Pada malam itu pula catatan-catatan itu ditukar dengan yang baru. Hal itu sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, “ Bulan Sya’ban itu bulan yang biasa dilupakan orang, karena ia lterletak di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan. Ia adalah bulan yang diangkatkan Tuhan segala amalan. Saya mahu diangkatkan amalan saya ketika sedang berpuasa.” ( Riw. An-Nasa’i dari Usamah, sahabat Nabi SAW).
Di samping itu, pada malam Nisfu Sya’ban turun beberapa kebaikan dari Allah SWT untuk hamba-hamba-Nya yang berbuat baik pada malam tersebut. Kebaikan-kebaikan itu berupa syafaat (pertolongan), maghfirah (ampunan), pembebasan dari azab dan sebagainya. Dengan demikian, malam Nisfu Sya’ban antara lain dinamakan juga malam syafaat, malam maghfirah dan malam pembebasan.
Sehubungan dengan malam Nisfu Sya’ban yang dinamakan juga malam syafaat, Al-Ghazali mengatakan, “Pada malam ke-13 Sya’ban, Allah SWT memberikan kepada hamba-hamba-Nya sepertiga syafaat, pada malam ke-14 diberikan-Nya pula dua pertiga syafaat dan pada malam ke-15 diberikan-Nya syafaat itu penuh. Hanya yang tidak memperoleh syafaat itu ialah orang-orang yang sengaja hendak lari dari pada-Nya sambil berbuat keburukan seperti unta yang lari.”
Malam itu juga disebut malam maghfirah karena pada malam itu Allah SWT menurunkan ampunan-Nya kepada segenap penduduk bumi. Di dalam hadis Rasulullah SAW dijelaskan, “Tatkala datang malam Nisfu Sya’ban, Allah memberikan ampunan-Nya kepada penghuni bumi, kecuali bagi orang yang syirik dan berpaling pada-Nya.” (Riw Ahmad)
Selain itu malam Nisfu Sya’ban disebut malam pembebasan karena pada malam itu Allah SWT membebaskan manusia dari siksa neraka. Sabda Nabi SAW di dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Ishak dari Anas bin Malik, “ Wahai Humaira (Asiyah RA) apa yang engkau perbuat pada malam ini? Malam ini adalah malam Nisfu Sya’ban, di mana Allah memberikan kebebasan dari neraka laksana banyaknya bulu kambing Bani Kalb, kecuali (yang tidak dibebaskan) enam, yaitu; orang yang tidak berhenti minum khamr, orang yang mencerca kedua orangtuanya, orang yang membangun tempat zina, orang yang suka menaikkan harga (secara aniaya), petugas cukai (yang tidak jujur), dan tukang fitnah.” Dalam riwayat lain disebutkan tukang pembuat patung atau gambar sebagai ganti petugas cukai.
Tuan / Puan yang dirahmati sekelian,
Pada malam itu juga dijangkakan akan berlakunya gerhana bulan, sepertimana yang dinyatakan pada www.angkasa.gov.my/planetarium pada subuh 17 Ogos berkenaan, dijangka boleh dilihat sekitar antara 2.25 pagi hingga 6.29 pagi.

“ Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan mengalami gerhana
kerana kematian seseorang. Justeru, sekiranya kamu melihat keduanya ( gerhana matahari dan bulan ), maka dirikanlah solat dan berdoalah
sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi. ”

Sehubungan dengan dua peristiwa besar ini, maka Yayasan Sofa akan mengadakan Majlis bagi menyambut dan menyaksikan fenomena ini, sepertimana ketetapan berikut :
TEMPAT : Madrasah al Hasaniah, Kompleks Yayasan Sofa, Kota, Negeri Sembilan.
TARIKH : 17 Ogos 2008 M / 15 Sya’ban 1429 H ( Subuh Ahad )
WAKTU : 03.00 Pagi – 07.30 Pagi

Tentatif Program :
Waktu
Program
2.45 Pagi
Para jemputan berkumpul di dalam Madrasah
3.00 Pagi
Taklimat ringkas Gerhana Bulan 2008 Miladiah
3.10 Pagi
Bacaan Yasin Pimpinan: Ustaz Abdul Latif
3.40 Pagi
Melihat Fenomena Gerhana Bulan
Solat Gerhana Berjemaah Pimpinan: Ustaz Md. Farid SamadPengurus Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (UIAM)
Khutbah Gerhana Bulan Oleh: Al Fadhil Ustz Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki Penasihat YSNS
5.00 Pagi
Bersahur
5.52 Pagi
Azan Subuh
Solat Subuh Berjemaah Pimpinan: Ustaz Md. Farid SamadPengurus Masjid UIAM
Kuliah Subuh Oleh: Al Fadhil Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin al MalikiPenasihat YSNS

7.30 Pagi
Bersurai

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
En. Norizam Hashim : 013 380 7785 Cik Ummi Nathrah Nor Azmi : 019 655 4409 YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN @ 06 445 0419
KM 35 Jalan Seremban Tampin 71350 Kota, N. Sembilan Emel: yayasansofa@gmail.com Website: www.yayasansofa.com MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT


Sabtu 16 Ogos 2008: Satu seminar Kekeluargaan Islam akan diadakan sempena Majlis Sambutan Nisfu Syaaban dan Hari Memperingati Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Al-Kubro. Anjuran YAJ dan Kementerian Wanita , Keluarga & Masyarakat bersama Pejabat Agama Islam Sepang (PAID). Semua dijemput hadir. Sijil Penyertaan dan Makan disediakan. Sila muat turun surat jemputan dan slip kehadiran. Tentatif program boleh didapati disini.
Muat turun poster program.

2

Tiada ulasan: