Tawaran Murah Hotel

Isnin, November 16, 2009

ULAMAK PERJELAS WAHHABIY

ULAMAK PERJELAS WAHHABIY
Sahibus Samahah Prof Dr Syeikh Ali Jumuah : Antara ulamak kontemporari yang lantang mengkritik WahhabiyIsu Wahhabiy bukanlah isu picisan khilafiyyah. Sebaliknya merupakan isu global umat Islam. Semenjak kemunculan kontroversi fahaman Wahhabiy, ulamak sentiasa menampilkan hujjah bagi menjelaskan bahaya fahaman ini. Samada melibatkan akidah, syariah mahupun keselamatan negeri. Antara ulamak besar nusantara yang mengkritik fahaman Wahhabiy ialah Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani menerusi kitabnya Hadiqatu al-Azhar wa ar-Rayahin’. Beliau merupakan seorang yang alim, faqih, arifbillah lagi terkenal di dunia Melayu dan Islam, menguasai pelbagai bidang ilmu, mempunyai murid-murid yang tersohor (Tok Kenali dan lain2) dan bergurukan ulamak2 besar yang muktabar.Beliau menjelaskan : "Dan setengah daripadanya fitnah taifah (puak) Wahabiyyah yang melampau mereka itu hingga memerintah (menguasai) mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia. Dan mereka itu satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i’tiqad yang mudarat (tajsim : mengkhayalkan Dzat Allah SWT).”Beliau mengulas tentang Muhammad Abdul Wahhab (MAW)dengan katanya : “Dan adalah yang menghantar [penganjur] mazhab mereka itu yang keji dan yang meringkahkan dia, Muhammad anak Abdul Wahab dan asalnya daripada masyriq [timur: Najd] daripada Bani Tamim. Dan adalah permulaan pekerjaannya bahawa ia setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu di negeri Madinah al-Munawwarah ‘ala sahibiha afdalu as-salati wa as-salam.”Katanya : “Dan adalah bapanya laki-laki yang soleh (Syeikh Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Musyarraf) demikian lagi saudaranya (Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab). Dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekelian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawasanya lagi akan jadi daripadanya (MAW) sesat dan menyesat dan zaigh (menyeleweng) dan ilhad (tiada pedoman agama) dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya (Muhamad Abdul Wahhab) dan perbuatannya dan bantah-bantahannya pada kebanyakan daripada beberapa banyak masalah (agama). Maka adalah mereka itu menakutkan (menyebabkan orang takut) akan manusia hampir kepadanya. Maka tahqiq oleh Allah Ta‘ala akan firasat mereka itu.” Katanya lagi : “Maka meringkah ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama (ulamak mujtahid) dan menyesat ia (menghukum sesat)akan segala yang jahilin (org awam) dan mengkafirkan ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya (pemikirannya)daripada mukminin. Dan menghukum ia dengan syirik mereka yang ziarah kan kubur Nabi SAW dan auliya’ dan solihin, dan yang bertawassul dengan mereka itu. Dan mengharamkan ia akan berselawat atas Nabi SAW (dgn lafaz sayyidina) dan beberapa i’tiqad yang lain daripada demikian itu, dan bahawasanya (Muhammad Abdul Wahhab) mendakwa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah 600 tahun sehingga kepada masanya itu. Dan (konon)Dialah yang membaharukan (melakukan tajdid) bagi mereka itu akan Islam mereka itu. Dan mentaklif [mengarang] ia bagi mereka itu beberapa risalah dan mendatang ia dengan beberapa ibarat (ulasan) dan beberapa dalil atas fahamnya yang sesat dan aqalnya yang tebal (bebal). Dan mengkesamaran [meengelirukan] ia dengan demikian (risalahnya) itu atas kebanyakan orang awam. Maka mengikut setengah mereka (awam) itu akan dia (MAW).”

Tiada ulasan: