Tawaran Murah Hotel

Selasa, Februari 22, 2011

Majlis Ta'lim Bulanan

Majlis Ta'lim Bulanan
 Bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.
Huraian dari buku-buku karangan beliau akan disyarahkan dalam Bahasa Malaysia.
Alhamdulillah pada hari Ahad 21 November 2010, Majlis Ilmu bulanan yang selama ini diselaraskan di masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Ampang telah mengkhatamkan kitab 'Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama' karangan Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad.  Setelah dipimpin oleh Tuan Guru kita yang juga Sang Penterjemah buku ini kedalam Bahasa Malaysia, Syed Ahmad bin Semait hingga beliau wafat pada 15 Julai 2006, maka disambung dan dikhatamkan pula oleh murid beliau Ustaz Najmuddin bin Othman Alkhered.  Semoga mereka dirahmati Allah s.w.t.

Majlis bulanan seterusnya akan mengabungkan dua kitab karangan Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad.  Selepas solat Maghrib, sambungan huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’ akan disyarahkan oleh Ustaz Ali Zainal Abidin Alhamid diikuti dengan permulaan huraian buku baru 'Penuntun Hidup Bahagia (Risalatul Mudzakarah)' oleh Ustaz Najmuddin bin Othman Alkhered selepas solat Isya'.  Bagi mereka yang ingin memiliki senaskah buku ini, pihak kami akan mengedarkannya di majlis nanti dengan harga diskaun sebanyak RM 25.00 senaskah.

InsyAllah, majlis ini akan dilangsungkan seperti biasa pada Sabtu 19 March 2011 mulai solat maghrib di Masjid Baitul Aman, 102, Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat, buku Nasihat Agama dan Wasiat Iman memberi bimbingan penting untuk mengenal ilmu-ilmu yang wajib dari akidah Islamiah dan hukumhakamnya, serta ciri-ciri akhlak dan budi pekerti yang mulia. Ia juga menunjukkan cara-cara berdakwah ke jalan Allah Ta'ala, dan menunaikan hak kewajiban terhadap agama Islam dengan berdalilkan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis.

Seterusnya, gabungan dua judul buku Petunjuk Thariqat dan Penuntun Hidup Bahagia membicarakan cara orang yang memilih yang bersih dari yang kotor dalam mengarahkan diri menuju ke jalan akhirat.  Bahagian kedua membincangkan perbezaan takrif 'hidup bahagia' antara insan umum dan ahli tasawuf iaitu mereka yang menganggap hidup bahagia bererti hidup aman sentosa sesudah mati. Maka Itu adalah kebahagiaan yang hakiki.
Agar kita diberi anugerah dari Allah s.w.t. dan mengambil peluang untuk menghadiri majlis ini selaku pedoman perjalanan kita ke akhirat.
Jadual ini akan diulangi pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan yang juga akan dimaklumkan pada majlis semasa.
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid
LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://pondokhabib.wordpress.com/category/majlis-ilmu/

Tiada ulasan: