Merayakan peristiwa bersejarah dalam Islam -Jernihnya pemikiran Syaikh Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawy Al-Maliki RA

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat…Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami …Amin
Amma Ba’du,
Kali nie faqir ingin berkongsi dengan saudara akan penulisan Ulamak yang faqir rindui walaupun tidak berjumpa , yang melihatnya, jatuh kasih padanya, ketegasan dalam kelembutan ayat karangannya menjadi inspirasi faqir untuk mencontohi beliau supaya dapat digabungkan dengan susunan gaya penulisan Ulamak-Ulamak Nusantara terdahulu yang sangat faqir minati. Sesungguhnya Syaikh yang mulia, Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn Alawy Al-Maliki Rahimahullah ada mengarang satu kitab ringkas berkenaan Israk dan Mikraj Nabi SAW dinamai “Al-Anwar al-Bahiyyah Min Isra’ wa Mi’raj Khairul Bariyyah”, pada fasal ke-4 berkenaan memperingati Israk dan Mikraj :
Sudah merupakan tradisi di antara kaum Muslimin untuk merayakan beberapa peristiwa bersejarah, misalnya Maulid Nabi SAW, peringatan Israk dan Mikraj, malam Nisfu Sya’ban, Hijrah Nabi SAW, peringatan Nuzul Quran, dan Perang Badar.
Menurut pendapat kami, bahawa masalah ini adalah hal biasa dan tidak ada kaitannya dengan hukum syarak. Tidak dianjurkan atau disunnahkan, namun tidak bertentangan dengan dasar-dasar agama. Kerana hal yang membahayakan adalah meyakini sesuatu itu disyari’atkan padahal sebenarnya tidak disyari’atkan.
Menurut saya, perkara seperti ini adalah perkara biasa yang berlaku menurut ‘uruf . Tidak dapat dikatakan bahawa hal ini dianjurkan syarak atau dibenci syarak. Penilaian seperti ini menurut saya disepakati.
Sebahagian ulamak mengatakan bahawa perayaan-perayaan yang dirayakan secara beramai-ramai dinodai oleh waktu yang tepat dan yang disepakati. Mereka mengatakan : “sesungguhnya Kaum Muslimin biasanya berkumpul pada malam dua puluh tujuh untuk merayakan peringatan Israk Mikraj, pada malam dua belas Rabi’ul Awwal untuk merayakan peringatan Maulid Nabi SAW, padahal para ulamak tidak sepakat dalam menentukan kedua peristiwa itu dengan tepat.”
Menurut saya, ketidaksepakatan dalam menentukan waktu tidak mempengaruhi apa pun kerana kita tidak meyakini pensyari’atan perkumpulan dengan waktu tertentu, akan tetapi perkara ini masalah biasa sahaja sebagaimana yang telah kita jelaskan sebelumnya. Yang penting bagi kita sekarang adalah ‘mempergunakan’ kesempatan berkumpul untuk memperoleh arahan kepada jalan-jalan kebaikan.
Pada malam tersebut banyak orang-orang yang berkumpul, baik mereka tepat atau salah dalam menentukan waktu yang sebenarnya, maka hanya dengan perkumpulan mereka ini sahaja, yang tentunya untuk mengingati Allah dan mencintai Rasulullah SAW, sudah cukup untuk mendatangkan Rahmat dan Kurnia Allah SWT.
Saya yakin dengan sebenar-benarnya , bahawa perkumpulan manusia selama hal ini kerana Allah SWT adalah diterima disisi-Nya, sekalipun mereka salah dalam menentukan waktu. Saya berikan satu contoh untuk mendekatkan pemahaman ini :
Ada seorang lelaki yang mengundang untuk merayakan majlis perkahwinan pada hari tertentu, namun sebahagian para undangan datang bukan pada harinya , mereka menyangka bahawa pada hari itulah waktunya . Dalam hal ini, apakah menurut anda orang yang punya majlis akan menolak dan mengusir mereka dengan cara yang kasar , lalu berkata kepada mereka, “pulanglah kamu. hari ini bukan hari majlis yang aku undang kamu !”
Atau apakah menurut anda, si pemilik majlis itu akan menerima mereka dengan baik, berterima kasih atas kedatangan mereka, membuka pintu rumahnya bagi mereka, lalu mempersilakan masuk, kemudian meminta mereka datang kembali pada hari majlis yang ditentukan ?
Oleh kerana itu, apabila kita berkumpul untuk memperingati Israk Mikraj atau Maulid Nabi, atau peringatansejarah-sejarah Islam lainnya, kita tidak mementingkan penentuan waktu yang tepat, kerana jika sesuai dengan waktu yang sebenarnya, Alhamdulillah, namun jika tidak, Allah SWT tidak akan mengusir dan juga menutup pintu-Nya dari kita.
Sebab menurut saya, mempergunakan kesempatan berkumpul dengan memanjatkan doa, menghadap Allah SWT, mengharapkan anugerah, kebaikan dan keberkatan daripada-Nya adalah lebih mulia daripada faedah peringatan itu sendiri. Mempergunakan perkumpulan manusia dengan memberi tazkirah , memberi bimbingan , nasihat dan mengarahkan mereka kepada jalan kebaikan adalah lebih baik daripada merintangi, mencegah dan mengingkari perkumpulan mereka dengan hal-hal yang tidak bermanfaat.
Kerana menurut kenyataannya, hal yang demikian itu tidak bermanfaat dan tidak memberi faedah, malah orang-orang semakin banyak yang menerima dan keyakinan mereka semakin kuat ketika ada orang yang mengingkari perbuatan mereka. Seolah-olah orang yang mengingkari mereka tentang peringatan Israk Mikraj, merupakan suruhan bagi mereka untuk melakukannya.
Sesungguhnya para mufakkir (bijak pandai) dan tukang dakwah berharap dengan segenap hati untuk mendapatkan perkumpulan manusia untuk menyebarkan pendapat mereka dan merangkulnya ke dalam barisan mereka. Oleh kerana itu, sering kita melihat mereka di taman-taman, perkumpulan-perkumpulan, dan tempat-tempat umum yang banyak dikunjungi orang. Hal ini mereka lakukan untuk melakukan apa yang mereka inginkan. Kita melihat manusia berkumpul dalam pelbagai kegiatan dengan suatu tujuan, cita-cita dan keinginan, maka apakah kewajipan kita terhadap mereka ?
Sibuk mengingkari dan menolak perkumpulan orang orang yang memperingati Israk Mikraj dan yang seumpamanya adalah sia-sia bahkan kebodohan. Kerana kita akan kehilangan simpanan yang sangat berharga , kita juga akan kehilangan kesempatan baik yang hanya boleh didapatkan pada kegiatan seperti ini. tamat.
Wallahu Yahdi ila sawaissabil…
Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,
Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..
Jazakallah Khairan Kathira…(^_^)
Al-Faqir wal Haqir indallah,

Tiada ulasan:
Catat Ulasan