Tawaran Murah Hotel

Rabu, Mei 04, 2011

Sheikh Al-Azhar mengganggap Salafiyyin ((golongan Salafi) sebagai “Khawarij Masa Kini”Sheikh Al-Azhar mengganggap Salafiyyin ((golongan Salafi) sebagai “Khawarij Masa Kini”

Sheikh Al-Azhar mengganggap Salafiyyin ((golongan Salafi) sebagai “Khawarij Masa Kini”

Sheikh Al-Azhar mengganggap Salafiyyin ((golongan Salafi) sebagai “Khawarij Masa Kini”
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;
TERJEMAHAN BERITA
Kaherah – Al-Hayah
Selasa, 5 April 2011
Sheikh al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyib menyifatkan golongan Salafi (Salafiyyin) sebagai “Khawarij Masa Kini”. Dalam masa yang sama, beliau memberi amaran bahaya tentang wujudnya “rancangan untuk mengubah pemikiran dan manhaj Al-Azhar yang pertengahan dan sederhana yang telah dipelihara oleh Al-Azhar lebih daripada seribu tahun.
Beliau juga menyatakan bahawa:
“Aqidah Al-Azhar al-Sharif adalah Aqidah Al-Ash’ari (Al-Ashairah) dan al-Maturidi (Al-Maturidiyyah) dan (berpegang dengan) fiqh Imam Yang Empat serta Tasawwuf Imam al-Junayd.”
Dr. Ahmad al-Tayyib juga mengkritik pencerobohan golongan Salafi ke atas kawasan perkuburan dan maqam para Awliya’ dan dengan tegas menyatakan bahawa amalan tersebut sebagai bertentengan dengan ajaran Islam yang sebenar, ini dinyatakan di hadapan ratusan pelajar-pelajar asing yang mengikuti pengajian di Al-Azhar semalam. Dan Al-Azhar:
akan terus berkekalan di atas mazhab Al-Ash’ari dan memelihara pemikiran tasawwuf yang benar dan yang telah didokong oleh puluhan (ramai) para shuyukh (ulama’) Al-Azhar di dalam sejarahnya.
Penegasan beliau ini datang pada waktu golongan-golongan ekstrim menceroboh dan memusnahkan masjid-masjid ahli sufi di mana sebahagian golongan Salafi telah menyalakan api di maqam Sayyid Izz al-Din di daerah Manufiyyah (Delta Nil) sehingga maqam tersebut terbakar sepenuhnya sebelum pihak pertahanan awam dan bomba sempat memadamkan api tersebut daripada merebak ke masjid yang bersebelahan dengannya.
Dalam waktu yang sama, Universiti Al-Azhar telah memutuskan untuk membuat penyiasatan ke atas seorang profesornya di Fakulti Kejuruteraan, Dr. Muhammad Ridha Muharram yang didakwa telah menggambarkan (Nabi) Muhammad SAW sebagai “tokoh terbesar sekular di dalam sejarah manusia” di dalam banyak syarahan akademiknya kepada para pelajar yang telah menyebabkan kemarahan terhadapnya bertukar menjadi demonstrasi.
Rektor Universiti Al-Azhar Dr, Usamah Al-Abd telah menegaskan kepada “[wartawan] al-Hayah” bahawa satu komiti/lujnah undang-undang akan dibentuk untuk penyiasatan isu tersebut dengan Profesor (tersebut) dan beliau menerangkan bahawa “pembentukan lujnah tersebut dibuat sebagai satu reaksi kepada demonstrasi yang telah dilakukan oleh mahasiswa fakulti kejuruteraan dan daripada fakulti-fakulti yang lain.” Beliau juga menyatakan bahawa “pihak universiti telah memutuskan untuk menggantung Dr. Ridha Muharram daripada tugasnya sehingga selesainya penyiasatan dan keputusan yang sesuai telah dibuat berkenaan dakwaan yang dikenakan terhadapnya.”
[Selesai terjemahan]
Sumber: http://www.daralhayat.com/portalarticlendah/251994
Komentar penulis:
Dr. Mahmud Subayh juga telah menulis mengenai kejahatan golongan Salafi di Mesir pada waktu ini yang telah menyerang banyak maqam-maqam para Awliya’ di bandar Qaliyub pada waktu tengah malam dan mereka telah menghancurkan empat maqam para awliya’ yang bersejarah iaitu : Sheikh Raddad, Sheikh Abdul al-Al, Sheikh al-Gharib dan Sheikh Jamaluddin dan hampir-hampir memusnahkan maqam yang kelima sebelum disedari oleh orang tempatan[Rujuk: http://www.msobieh.com/akhtaa/viewtopic.php?p=40460&sid=bfd24c86a8e09187a8550438a5460f76]
Pencerobohan dan pemusnahan maqam para awliya’ dengan biadap juga telah dilakukan baru-baru ini oleh golongan Salafi Wahhabi di Somalia i.e. golongan al-Shabab dan Hizb al-Islami.
Ini merupakan lanjutan daripada apa yang telah dilakukan oleh oleh golongan Wahhabi di era kebangkitan mereka. Bahkan, usaha-usaha mereka untuk mengeluarkan maqam Nabi Muhammad SAW daripada masjid nabawi masih kedengaran sehingga hari ini.
Atas nama Tauhid Uluhiyyah, mereka mengkafirkan sedara Islam mereka dengan dakwaan menyembah kubur, memusnahkan kubur para awliya’ sedangkan para Sahabat r.a. tidak pernah meruntuhkan binaan rumah Saidatina Aishah r.a. dan Rasulullah SAW yang akhirnya menjadi binaan bagi maqam Baginda SAW, Saidina Abu Bakr r.a. dan Saidina Umar r.a.. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa Nabi Isa a.s. juga akan dimaqamkan di kawasan tersebut nanti. Allah! Allah!
Bahkan lebih dari itu, Rasulullah SAW telah dibawa menziarahi maqam Nabi Musa a.s. dan Bayt al-Lahm tempat lahir Nabi Isa a.s. sebelum beliau pergi ke Bayt al-Maqdis dalam peristiwa al-Isra’ dan al-Mi’raj yang menunjukkan kemuliaan tempat wafat dan lahirnya para anbiya’.
Lihatlah wahai saudara permusuhan mereka terhadap saudara islam mereka dan para awliya, bahkan anbiya’! di atas nama Tauhid Uluhiyyah ciptaan dan tafsiran mereka! Sedangkan perkara ini telah dibincangakan dengan panjang lebar oleh ulama’ Ahli Sunnah kita …….
Sememangnya dan tidak diragui lagi sepertimana kata Sheikh al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyib dan ratusan ulama’ yang lain bahawa “SALAFI WAHHABI adalah KHAWARIJ ZAMAN/MASA KINI”.
Ya Allah! Rahmatilah umat ini, berkatilah umat ini, peliharalah umat ini, dan tampunglah kekurangan umat ini dengan berkat kekasih Mu Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarga dan para sahabat baginda serta para ulama’ Ahli Sunnah dan Jama’ah sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Allahumma Amin!
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
http://al-ashairah.blogspot.com/2011/04/sheikh-al-azhar-mengganggap-salafiyyin.html

Tiada ulasan: