Tawaran Murah Hotel

Rabu, September 28, 2011

Majlis Penyerahan Sijil Pelawaan Penubuhan Kolej Universiti As-Sofa


Majlis Penyerahan Sijil Pelawaan Penubuhan Kolej Universiti As-Sofa

Majlis Penyerahan Sijil Pelawaan Penubuhan Kolej Universiti As-Sofa
Selasa, 27 September 2011 – Dengan Rahmat Allah Subhanahu wa ta’ala, Majlis Penyerahan Sijil Pelawaan Penubuhan Kolej Universiti As-Sofa telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh gilang gemilang di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. Penyerahan Sijil Pelawaan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamad Khalid Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi yang telah menyerahkan replika Sijil Pelawaan tersebut kepada Yang Berbahagia Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki selaku Pengerusi Gerbang As-Sofa Sdn. Bhd. sambil disaksikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis itu dan berkenan mengizinkan penggunaan Istana Seri Menanti. Turut menyaksikan adalah Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan.
Menurut YAB Menteri Besar dan YB Menteri Pengajian Tinggi, inilah julung kalinya penubuhan sebuah universiti atau kolej universiti dimulakan dari dalam istana. Sesungguhnya sokongan yang diberikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sudah tentu melambangkan kepercayaan dan harapan besar yang diberikan kepada Gerbang As-Sofa Sdn. Bhd. dan Yayasan Sofa Negeri Sembilan itu sendiri di bawah pimpinan Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki untuk terus menerajui usaha mengembangkan tradisi ilmu Islam.
Dengan sokongan yang jitu daripada semua pihak, sama ada berbentuk material mahupun moral, adalah diharapkan penubuhan Kolej Universiti As-Sofa akan dapat menjadi nadi kepada perkembangan ilmu yang berteraskan metodologi Ahli Sunnah wal Jamaah yang murni, yang seterusnya akan menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan umat secara menyeluruh.
http://yayasansofa.com

Tiada ulasan: