MELAYU CYBER WEB BLOG adalah 'Khazanah Ilmu Warisan Bangsa' dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan intelektual bangsa melayu di alaf baru. Menyediakan pelbagai maklumat ilmiah dan bistari untuk santapan rohani dan jasmani bangsa melayu.
Tawaran Murah Hotel
Selasa, Oktober 23, 2012
Hukum Solat Jumaat Yang Jatuh Pada Hari Raya Aidilfitri Atau Hari Raya Aidiladha
Hukum Solat Jumaat Yang Jatuh Pada Hari Raya Aidilfitri Atau Hari Raya Aidiladha
Oleh : Ustaz Ayman Akiti
Setiap kali terjadinya hari raya Eid Adha atau Eid Fitri pada hari Jumaat, maka banyaklah pula orang yang bertanya tentang kewajiban melakukan solat Jumaat pada hari itu.
Maka untuk menjawab persoalan ini, saya katakan ini adalah khilaf mazhab antara Hanbali dan 3 Mazhab yang lain. Menurut 3 mazhab yang lain, bahwa melakukan solat Zuhur adalah tetap wajib kerana solat Eid tidak berarti mengugurkan solat Jumaat. Menurut Maliki tetap wajib sebagaimana termaktub dalam kitab Syarh Mukhtashar Khalil oleh al-Kharshi Juz 2 P. 93:
أو شهود عيد أضحى أو فطر إذا وافق يومها لا يباح التخلف عنها ولو أذن الإمام في التخلف وسواء كان مسكن من شهد العيد داخل المصر أو خارجه
Mazhab Hanafi pula tersebut di dalam kitab Tabyin al-Haqa'iq oleh al-Zaila'i Juz 2 P. 224:
وفي الجامع الصغير عيدان اجتمعا في يوم واحد فالأول سنة والثاني فرض ولا يترك واحد منهما
yaitu solat yang pertama (Eid) adalah sunat dan solat kedua (Jumaat) adalah fardhu.
Sedangkan menurut mazhab Syafi'I tersebut dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin oleh Ba'alwi:
(مسألة) : فيما إذا وافق يوم الجمعة يوم العيد ففي الجمعة أربعة مذاهب ، فمذهبنا أنه إذا حضر أهل القرىوالبوادي العيد وخرجوا من البلاد قبل الزوال لم تلزمهم الجمعة وأما أهل البلد فتلزمهم.
Maka kesimpulan mazhab Syafi'I kita, kalau bagi orang perdalaman yang jauh dari masjid Jami' maka mereka dapat keringanan untuk meninggalkan Jumaat, sedangkan bagi yg tinggal di bandar atau dekat dengan masjid Jami' maka solat Jumaat tetap diwajibkan kerana tidak susah baginya untuk melakukan perjalanan ke masjid untuk menunaikan kedua solat tersebut.
Sedangkan yang memperbolehkan meninggalkan Jumaat adalah mazhab Hanbali seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Qudamah dalam kitab al-Mughni Syarah al-Kabir Juz 2 P. 105: "وإن اتفق عيد في يوم جمعة , سقط حضور الجمعة عمن صلى العيد , إلا الإمام , فإنها لا تسقط عنه إلا أن لا يجتمع له من يصلي به الجمعة".
Kesimpulannya, dengan hadirnya solat Eid, berarti menghilangkan kewajiban menghadiri solat Jumaat, tapi bukan menghilangkan kewajiban solat pada siang tersebut. Oleh itu, mereka tetap mewajibkan solat Zuhur.
Dalil menurut Majority ulama yang mewajibkan solat Jumaat adalah kerana umumnya ayat dan khabar tersebut. Lebih-lebih lagi kedua solat tersebut dianggap wajib, maka salah satunya tidak boleh mengugurkan yang lain pula, seperti solat Eid tidak dapat mengugurkan solat Zuhur.
Sedangkan dalil mazhab Hanbali adalah hadis riwayat Iyas bin Abi Ramlah asy-Syami:
"شهدت معاوية يسأل زيد بن أرقم، هل شهدت مع رسول الله صلّى الله عليه وسلم عيدين اجتمعا في يوم واحد؟ قال: نعم، قال: فكيف صنع؟ قال: صلى العيد، ثم رخص في الجمعة فقال: « من شاء أن يصلي فليصل » أو « من شاء أن يجمّع فليجمِّع »".
("Saya melihat Mu'awiyah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam RA., "Apakah ketika bersama Rasulullah saw. engkau pernah menjumpai dua hari raya bertemu dalam satu hari?" Zaid bin Arqam menjawab, "Ya, saya pernah mengalaminya". Mu'awiyah bertanya lagi, "Apa yang dilakukan Rasulullah saw. ketika itu?" Dia menjawab, "Beliau melakukan shalat Ied dan memberi keringanan untuk meninggalkan shalat Jumat. Beliau bersabda, "Barangsiapa ingin melakukan shalat Jumat maka lakukanlah." Atau riwayat lain "Barangsiapa yang ingin mengumpulkan maka kumpulkanlah"). Riwayat Abu Daud dan Ahmad.
Dari sini menunjukkan secara jelas bahwa keguguran Jumaat di sini adalah mengugurkan kehadiran bukan mengugurkan kewajiban Jumaat itu sendiri. Maka hukumnya di sini seperti orang yang sakit yang ada uzur atau kesibukan yang memperkenanan meninggalkan Jumaat. Bukan berarti mengugurkan kewajibannya.
Juga ada riwayat dari Abu Hurairah RA.:
عن رسول الله صلّى الله عليه وسلم قال: « اجتمع في يومكم هذا عيدان، فمن شاء أجزأه من الجمعة، وإنا مجمّعون »
(Dari Baginda Rasulullah SAW bersabda: "Pada hari ini telah bertemu dua hari raya. Barang siapa tidak ingin menunaikan shalat Jumat, maka shalat Ied ini sudah menggantikannya. Sedangkan kami akan tetap menunaikan shalat Jumat."). Riwayat Ibn Majah.
Walau bagaimanapun, ketentuan ulama Syafi'I yang memperkenankan orang perdalaman untuk meninggalkan Jumaat adalah untuk balik ke rumah mereka sebelum masuknya waktu Jumaat, kerana kalau mereka berada di Masjid Jami' ketika dikumandangkan azan Jumaat, maka tentulah mereka wajib menghadiri Jumaat. Illat sebenar diperbolehkan meninggalkan Jumaat adalah kerana meringankan mereka yang terpaksa datang jauh untuk solat Eid, lalu kalau pulang, dan ingin berangkat kembali untuk solat Jumaat maka ditakutkan terlepas waktu lagi. Maka kalau mereka meninggalkan perjalanan pulang ke perdalaman, maka hukumnya tetap seperti hukum asal yaitu wajib melaksanakan Jumat. (Buka Bujayrami ala al-Khatib Juz 2 P. 167 dan al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah Juz 27 P. 209).
Sesuai dengan kondisi kita yang berada di Morocco, maka saya mensarankan untuk tetap melakukan solat Jumaat walaupun kita sudah melakukan solat Eid. Ini diberpegang pada kaedah "الخروج من الخلاف مستحب" (keluar dari kontraversi adalah dianjurkan). Pernyataan ini juga seperti yang termaktub di al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah: " والأفضل له حضورها خروجا من الخلاف" (Yang lebih afdal baginya adalah menghadiri Jumaat kerana keluar daripada khilaf).
Wa Allahu a'lam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan