MELAYU CYBER WEB BLOG adalah 'Khazanah Ilmu Warisan Bangsa' dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan intelektual bangsa melayu di alaf baru. Menyediakan pelbagai maklumat ilmiah dan bistari untuk santapan rohani dan jasmani bangsa melayu.
Tawaran Murah Hotel
Sabtu, Oktober 06, 2012
Ringkasan Biografi Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf
Nama Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf sebagai pendakwah, boleh jadi belum dikenal secara meluas di kalangan masyarakat. Namun di kalangan jamaah majlis shalawat atau kegiatan Maulidan, Beliau cukup dikenali. Terutama kerana ketokohan beliau dikurnikan oleh ALLAH dengan memiliki suara yang sangat merdu.
Selain itu beliau juga mencipta sendiri lagu qashidah yang nada dan iramanya dapat diterima telinga masyarakat, baik masyarakat yang akrab dengan kegiatan majlis shalawat mahupun masyarakat awam.
Dengan suara yang merdu ini, Habib Syech berhasil memikat kalangan muda sehingga mereka menyukai qashidah dengan syair-syair yang seluruhnya bersumber dari kitab Simthud Durar. Ribuan bahkan jutaan belia turut bergabung dalam acara-acara selawat yang dianjurkan.
Sebenarnya syair-syair qashidah yang dibawakan beliau bukanlah syair puji-pujian yang baru, namun Habib Syekh berhasil membentuk dan mengemas kini irama pembacaan maulid Tradisional menjadi lebih indah dan menggoda telinga yang mendengarnya.
Selain itu, Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf ini juga suka berkongsi dan memberi, meskipun beliau sendiri kadangkala dalam kekurangan. Bahkan ketika awal pembabitan dakwahnya ke pelosok-pelosok Indonesia, beliau membawa nasi bungkus, untuk dibahagikan kepada para jamaah.
Dengan Kereta Angin
Perjalanan hidup Habib kelahiran Solo, 20 September 1961, ini cukup berliku. Beliau pernah berjawa sebagai seorang usahawan tapi kemudian muflis. Di saat sulit itu, Habib Syekh melakukan dakwah menggunakan kereta angin ke pelosok-pelosok untuk melaksanakan tugas dari sang guru, almarhum Habib Anis bin Alwi Alhabsyi, imam masjid Riyadh Gurawan Solo.
Pada saat itu Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf juga sering diejek sebagai orang yang tidak punya pekerjaan dan habib jadi-jadian. Namun Habib Syekh tidak pernah marah atau mendendam kepada orang yang mengejeknya. Justeru sebaliknya, beliau tetap tersenyum dan memberi sesuatu kepada orang tersebut.
Terkadang Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf secara istiqamah memberikan ta’lim di sebuah daerag bernama Kebagusan, sedangkan dakwah rutinnya di kota Solo dan kota kota di Jawa Tengah.
Buat seluruh rakyat Malaysia, INSYA’ALLAH, khabarnya beliau akan hadir ke Malaysia pada tarikh 20-22 Oktober 2012. Mohon kuti perkembangan dari [The Official " Inteam Band " Fan Page] ya. Jom berkasih sayang saling doa mendoakan ya.. ^_^
Sumber: Majalah Kisah Islam Al-Kisah No.18/25 Ogos - 7 September 2008
WALLAHU'alam ^_^
Sumber Gambar : FB : [The Official " Inteam Band " Fan Page]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan