MELAYU CYBER WEB BLOG adalah 'Khazanah Ilmu Warisan Bangsa' dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan intelektual bangsa melayu di alaf baru. Menyediakan pelbagai maklumat ilmiah dan bistari untuk santapan rohani dan jasmani bangsa melayu.
Tawaran Murah Hotel
Ahad, November 17, 2019
KISAH IKAN ATAU TUHAN
Pada suatu petang, seorang pemuda telah bertanya kepada seorang pakcik menjual ikan..
"pakcik, pakcik percaya jika saya katakan bahawa Ikan ini Tuhan?"
pakcik itu berkata, "kamu ni gila ke apa? menyekutukan Allah tu.."
kemudian pemuda itu tersenyum.."
5 minit kemudian Azan maghrib berkumandang.. pemuda itu langsung berkata, "pakcik, marilah sama-sama ke masjid untuk solat.." pakcik itu berkata, "tak boleh nak, tiada orang nak jaga ikan ni.." pemuda itu berkata "tadi pakcik kata ikan ni bukan Tuhan kan?" pakcik itu menjawab "ya benar"
Lalu pemuda itu berkata, "siapa yang memberi rezeki? ikan ni ke? atau Allah?"
pakcik itu tunduk dan malu sepertinya dia berfikir tentang soalan pemuda yang mula-mula tadi, lalu pemuda itu meninggalkan beliau untuk menunaikan solat maghrib.
*kita tidak menyekutukan Allah, tapi perbuatan itu yang menggambarkan apa yang terkandung dalam hati kita.
Moral:
Dalam tak sedar,
Sebenarnya kita sering kali bertuhankan tuhan yang selain Allah.
Apabila kita sering menunda solat kerana kerja bukankah itu tandanya kita bertuhankan pekerjaan kita?
Apabila kita sering menunda solat kerana harta, bukankah kita bertuhankan harta?
Apabila kita sering menunda solat sebab malas bukankah kita bertuhankan diri sendiri?
Kerana jika Allah itulah tuhan pasti kita akan mengutamakan Allah dari segala-galanya yang ada di dalam hidup.
“Ramai yang tahu ‘Allah itu Tuhan’ tetapi tidak ramai yang hidup ber‘tuhan’kan Allah.
Ramai yang tahu dia ‘hamba Allah’ tetapi tidak ramai yang mahu hidup meng‘hamba’kan diri kepada Allah.”
هدايت كادابين
وَقَالَ اللَّهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَٰهَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ
Allah berfirman: "Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut".
(Surah An-Nahl, Ayat 51)
“Carilah Allah Dahulu Dalam Hidup,
Supaya Hidupmu Tidak Tercari-cari.”
Wallahua'lam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan