Tawaran Murah Hotel

Memaparkan catatan dengan label haul imam al haddad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haul imam al haddad. Papar semua catatan

Selasa, November 23, 2010

Mutiara Bersinar dari Bani Alawi

Mutiara Bersinar dari Bani Alawi

Habib Abu Bakar bin Husein Assegaf Bangil, Mutiara Bersinar dari Bani Alawi
Beliau mempunyai garis keturunan suci yang terus bersambung dan bermuara pada penghulu manusia generasi dahulu dan sekarang hingga akhir nanti, al-Habibul A’dhom Rasulullah s.a.w.. Beliau ialah putera dari pasangan Habib Husein bin Abdullah Assegaf dan Syarifah Syifa binti Abdul Qodir al-Bahr yang dilahirkan di kota Seiwun, Hadramaut pada tahun 1309H.
Salah satu mahaguru beliau adalah Habib al-Qutb Abu Bakar bin Muhammad bin Umar Assegaf Gresik. Banyak dari kitab-kitab salaf yang beliau pelajari dari Habib Abu Bakar Assegaf terutama kitab karangan Imam al-Ghazali, Ihya Ulumuddin. Tidak hanya sekedar belajar, Habib Abu Bakar Assegaf Gresik juga mengijazahkan dan memberi titah kepada beliau Habib Abu Bakar bin Husein untuk membaca sekaligus mengajarkannya setiap hari di kediamannya sendiri. Tercatat di kediamannya sendiri, beliau telah mengkhatamkan kitab Ihya sebanyak 40 kali. Tiap t a hunnya beliau membuat jamuan yang istimewa dalam rangka acara khataman kitab Ihya tersebut. Beliau r.a adalah figur yang berakhlak mulia. Terbukti bahwa beliau adalah sosok yang luwes dalam bergaul. Beliau menatap setiap orang dengan tatapan yang berseri-seri, baik itu kecil atau besar, tua atau muda beliau tatap dengan muka manis penuh penghormatan. Beliau r.a juga senang berkumpul dan mencintai para fakir miskin dengan membantu memenuhi keperluan mereka, khususnya kaum janda dan anak-anak yatim. Meski p un demikian beliau belum pernah merasa kurang hartanya karena beliau bagi-bagikan, sebaliknya beliau mendapat balasan harta dan jasa dari orang-orang kaya pecinta kebajikan. Sungguh beliau r.a mencurahkan segenap umurnya untuk membantu kaum fakir miskin, orang-orang yang kesusahan, menjamu para tamu, mendamaikan 2 belah pihak yang saling berseteru dan mencarikan jodoh para gadis muslimat. Habib Abu Bakar bin Husein Assegaf selalu dan senantiasa memberikan motivasi untuk menapaki jejak para aslafunas sholihin, meniru dan berhias diri dengan akhlakul karimah. Bahkan beliau senantiasa mengingatkan akan mutiara kalam Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (shohibur ratib):
“Berpegang tegunglah pada Al-Qur an da n ikutilah sunnah Rasul, dan ikutilah jejak para aslaf niscaya Allah akan memberimu hidayah.”
Selain itu beliau juga mengingatkan akan pesan Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi (shohibul maulid) di kala berpesan pada putra-putranya:
“Diantara yang bisa membuat hatiku senang adalah dengan berpegang teguhnya kalian dengan thoriqoh para datuk, keluarga dan leluhurku.”
Legitimasi beliau di mata kaum sholihin pada zamannya tidak perlu diragukan lagi. Alhabib Al- Arifbillah Habib Husein bin Muhammad al-Haddad Tegal berkata.
“Kepada seorang habib yang bersinar, yang telah masuk padanya huruf jar hingga ia menjadi _majrur (tertarik ke hadirat Allah) dan mabrur (baik) dan akan menjadi terpuji penghujungnya pada hari kebangkitan dan pengumpulan. Seorang yang indah dan ayah nya-Abu Bakar bin Hasan Assegaf. Semoga Allah menjaganya sebagaimana memelihara kitab sucinya yang mulia.
Dalam surat beliau yang lain, beliau berkata:
“Segala puji bagi Allah zat yang maha berkehendak. Maka barangsiapa yang dikehendaki mendapat kebaikan pasti Ia akan menggunakannya pada jalan kebaikan. Shalawat dan salam semoga tetap tercurah keharibaan pemimpin dan kekasih kita Muhammad SAW yang telah mengajak kita pada segala kebajikan, beserta para sahabat dan kerabatnya serta kepada seorang anak yang telah diberkahi dan mendapat pertolongan Alhabib Abu Bakar bin Husein Assegaf, yang telah dijadikan oleh Allah sebagai tempat penampakan segala kebajikan, dan semoga dilimpahkan bagi beliau salam yang melimpah.”
Salamun Qoulan Min Rabbir Rahiim
Pada akhir hayatnya beliau sekitar lima belas menit sebelumnya, beliau meminta putranya Habib Husein bin Abu Bakar Assegaf untuk membacakan bait qosidah Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad:
“Tiada satupun makhluk di muka bumi ini, melainkan ia membutuhkan keutamaan dari Tuhannya yang Maha Satu dan Esa.”
Sampai akhir qasidah ini beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk menghadap Sang Kholik yang Maha Suci.
Beliau wafat pada hari Senin 27 Muharram 1384H waktu subuh dan dikebumikan di Bangil pada hari Selasa waktu dhuha. Sepeninggal beliau ditemukan beberapa bait syair di bawah bantalnya yang ertinya,
“Aku telah menjadi tamu Allah di alam baka dan bagi dzat yang mulia pasti akan memuliakan tamunya. Para penguasa dapat memberi maaf bagi orang yang mengunjungi istananya, lalu bagaimanakah dengan orang yang berkunjung ke hadirat Tuhannya yang Maha Rahman.”
Selamat jalan wahai kekasih Allah, sejarah telah mengabadikan namamu dengan tinta emas. Semoga kita dapat meneladani akhlak dan kebaikannya. Amin.

Ahad, September 26, 2010

MAJLIS HAUL IMAM HADDAD

MAJLIS HAUL IMAM HADDAD

Berikut jadual di Lembah Klang
1) Jumaat , 15 okt 2010
MASJID AL-BUKHARY , Jln Hang Tuah , KL
jam 5.30 ptg - 9.30 mlm


2) Sabtu, 16 okt 2010
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABD AZIZ SHAH
(MASJID NEGERI) , Shah Alam .
jam 5.00 ptg - 9.30 mlm


3)
Ahad , 17 okt 2010
MASJID AL-FALAH , USJ 9, Subang Jaya (MAF).
jam 5.30 ptg - 9.30 mlm


TETAMU UTAMA AKAN HADIR :

Al-Allaamah Habib ZEIN BIN IBRAHIM BENSUMAITH
(Madinah al-Munawwarah),



Habib UMAR BIN MUHAMMAD BENHAFIDZ
(Darul Mustafa , Tarim , Hadramaut , Yaman)


Habib KAZIM JAAFAR AS-SAGGAF
(Tarim , Hadramaut , Yaman) .

dan
Habib ABDULLAH ATTHAS AL-HABSHI
(Mekah al-Mukarramah)


Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAQIN'.
Tidak lama lagi akan kami paparkan disini jadual keseluruhan majlis-majlis ini.


diedarkan oleh:
www.alfalahusj9.blogspot.com

JADUAL MAJLIS HAUL IMAM HADDAD 2010
DI SELURUH MALAYSIA

Tarikh
ZON - A (UTARA)
ZON – B (TIMUR)
9 Okt
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis
--- tiada majlis --
12 Okt
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan
13 Okt
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu
14 Okt
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang
Zon Sentral
15 Okt
Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
16 Okt
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor
17Okt
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor
Zon – c (Selatan/timur)
Zon – d (Selatan/Barat)
18 Okt
Masjid Jame, Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor
19 Okt
Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka
20 Okt
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor
21 Okt
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan
Zon – e (Malaysia Timur 1)
Zon - f (Malaysia Timur 2)
22 Okt
Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak
23 Okt
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur
24 Okt
Masjid Abdulrahman Aledrus, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat,


tolong sebar-sebarkan ...
jazakumullah Khairan