Pesan Untuk Sang Suami
Untuk Sang Suami
1. Fahamilah isterimu, janganlah cepat menghukum jika dia buat karenah.Anda perlu sedar, semua yang berlaku itu adalah dengan kehendak ALLAH.
2 Isterimu merupakan makhluk yang dijadikan ALLAH dengan fizikal yang lemah, lantas selalulah membantu kerja isterimu dan tidak membebankannya dengan kerja yang berat.
3. Sentiasalah mencari jalan menghibur isterimu dengan bercerita sesuatu yang menghidupkan jiwa, memberi pengisian iman, memberi ilmu yang mendidik dan sekali sekala membawa berjalan. Bersama-sama mendidik anak-anak, sesekali membantunya memasak, membasuh dan lain-lain kerja dengan penuh rasa tanggungjawab
4. Janganlah berkecil hati atau terlalu berkira dan cerewet terhadap isteri jika kurang mendapat layanan istimewa kerana anda perlu faham bahawa isterimu sibuk menguruskan rumah, melayani anak, memasak,membasuh pakaian dan mungkin ditambah dengan bebanan kerja jika dia seorang yang bekerja.
5. Jika isterimu keletihan atau sakit, bantulah merawatnya dan senangkan hatinya.
6. Di kala isterimu bersedih, hiburkanlah dengan kata-kata yang menceriakan atau menenangkan. Jika fikiran isterimu berserabut dengan masalah, ingatkanlah dengan janji-janji Allah, atau ajaklah keluar untuk merehatkan fikirannya.
7. Kalau isteri bermasalah dalam mendidik anak atau rumahtangga, bawalah berbincang mencari jalan penyelesaian.
8. Di kala isterimu melayanimu dengan layanan yang istimewa, ucapkanlah terima kasih dan hargailah khidmat isterimu itu. Panjatkanlah kesyukuran kepada ALLAH yang mengistimewakan dirimu ke atas isterimu itu.
9. Berakhlak dan berilah layanan yang terbaik kepada isterimu. Sabda Rasulullah S.A.W: "Orang Mukmin yang sempurna imannya ialah orang yang paling berakhlak dan bersikap lembut terhadap isterinya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan