PANDUAN KELUARGA
HAKIKAT PERKAHWINAN
A. Tujuan Perkahwinan
Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung
untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan
hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya
akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn
kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.
Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan
keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang
harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk
berehat jasmani maupun rohani. Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya tak mudah dilupakan bagi orang-orang beriman.
IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada
calon suami.
QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu.
Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.
B. Walimatul Urus
Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah
dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah
sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:
1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah
2. Menghindari daripada perbuatan membazir
3. Mengundang fakir miskin
C. Hikmah Perkahwinan
Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan
yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua
hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan
perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi
kepadanya kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai
persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat
memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak.
Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga
ketenteraman.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri)
oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas
sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah
menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang
soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika
suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah
telah memelihara mereka..."
(An-Nisa':34)
Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki
yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada
isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga.
Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati
suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan
pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di
kala suami tiada di rumah.
Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai
keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai
keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan
akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka
baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan
tanggungjawab kepada Allah.
D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina
1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan
kandungannya.
2. a. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab-
sebab perzinaan.
b. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum
boleh bersama selagi kandungan belum lahir kecuali
kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.
c. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil
atau tidak, tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang tahu
keadaannya itu.
Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh
dikahwini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil
kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita
yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).
E. Mengetahui Masa subur isteri
Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid.
Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan
seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya
dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:
a. masa haid
b. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran
tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih,
yang akan mengberhentikan kedatangan haid.
d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim
mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang
haid yang baru.
Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi
minggu ke III adalah minggu subur.
Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita,
haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, utk
menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang
haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari
30 hari ataupun 32 hari. Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa
subur',masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu.
Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan
kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa
tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun
2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur.
Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari
ke 18 sebelum datang haid yang baru.
hari 1 7 14 21 28
tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-
F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib
yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud,
" Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada
yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."
Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang
hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk
dan rupa benih adalah sama dan serupa.
Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan
pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan
perempuan.
Kesimpulannya:
"Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim
dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang
letaknya di sebelah kana, kekadanh di sebelah kiri. Bila sel
telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki
dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi
perempuan."
Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat
ini diadakan percubaan oelh doktor-doktor Arab dan Inggeris.
Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu
disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan
secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.
Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :-
Caranya :
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel
kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna.
Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring
sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya
letak air mani jatuh miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika
ingin anak perempuan miring ke kiri.
Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang
diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semua
nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.
Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari
Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus
Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak
mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali.
Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi
bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai
penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang
akan lahir kelak, insyaallah lelaki.
Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung
kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.
G. Amalan suami semasa isteri mengandung
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri
mengandung :
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada
dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang
terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan
isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang
memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung
dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak
anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada
isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah
An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertang-
gungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif
pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang
disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan
terhadap isteri yang sedang mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri,
sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta
hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku
dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa
berikut,
" La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "
maksudnya
" Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.
Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan
orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan
anak dalam kandungan selamat.
I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya
walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam
proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap
isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap
tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa
dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan
menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari
segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya
bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada
keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan
kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul
kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan
membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik
akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di
waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap
isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak
adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat
merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-
jawab yang berat itu.
J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan
Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati
ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu
adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang
dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan.
Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin
disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan
kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak
dan sebagainya.
Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi
yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian
ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll.
Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila
bayi dilahirkan normal.
Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi
kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika
suami ister melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan
kebaikan dan begitu sebaliknya.
K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak
1. Menanam uri
Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang
kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru,
seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil
uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma
kan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi
memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon
ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan.
Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah
tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan
Uri amat penting kepada bayi.
Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik.
Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab
ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik.
Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan
di telinga kiri.
Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang
perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia
berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa
Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolo
-ngan kepada Allah.
Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang
berdoa:-
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa
Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian
sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa
terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan
kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya
maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan
agar tidak tersesat dan berputus asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-
anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak
4. Panduan menamakan anak
Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama
kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang
tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan
harapan orang yang memberikannya.
Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.
- Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka
memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya
ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda
hingga sampai perlaksanaan aqiqah. - Siapa yang berhak, ayah atau
ibu. Sebenarnya ianya boleh
dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama.
Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada
ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasab
kan kepada ayah bukan ibu.
Pemilihan nama yang utama
- Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana
nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat.
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
" Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah
suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang
paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling
buruk ialah Harb dan Murrah. "
(HR. Abi Wahab Al-Jasyimi)
- Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan
selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan
lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu
Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang
umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.
- Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya.
Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala
sebahagian lagi melarang.
- Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan
menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh
fitrah manusia.
- Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-
Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim
menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama
nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama
-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.
- Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita
cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak.
Memberi gelaran kepada anak
- Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi
semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun
begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang
boleh memalukannya.
5. Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk
mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak
lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut
sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari.
Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya
adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak
dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada
hari qiamat.
Hikmah aqiqah.
a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan
oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah
anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan
mengabdikan dirinya kepada Allah.
b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak
yang baru lahir.
c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat
kepada orang tua mereka kelak.
d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh
aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti
pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam
keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk
menikmatinya dan ini lebih terpuji.
g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan
yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh
beberapa orang dengan seekor kambing.
i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang
menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW
bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas
nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama
terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan.
Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri
sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan
bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil
untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum
melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya
melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk
dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu
melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang
dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.
6. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan
anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus
dibersihkan.
- Hukum berkhatan
Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain,
berkhatan hukumnya wajib.
- Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW
Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau
khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia
7 tahun. Ada riwayat mengatakan Raulullah dilahirkan sudah
berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda dikhatan
oleh Malaikat Jibrail.
- Hikmah dan kelebihan berkhatan
a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan
syariat Islam perlu dikerjakan.
b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah
Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah
kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan
bukan Islam.
d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan
pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat
e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari
dihinggapi penyakit kelamin.
f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat
oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni,
setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam
7. Mendidik moral anak
Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa
Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa
pokok ajaran Luqman, antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik
dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang soalt
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan
L. Erti anak bagi orang tua
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak.
Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang
amat berat yang harus dipikul.
Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan
catatan:
tulisan ini dipetik daripada email yang dikirimkan diegroups kancil oleh Sdr. Saiful Zairi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan