Tawaran Murah Hotel

Selasa, Julai 18, 2006

Kenapa Allah lebih cinta org MUDA yg berTaUBaT berbanding org tua?

Kenapa Allah lebih cinta org MUDA yg berTaUBaT berbanding org tua?
Kiriman: asbat79 pada Rabu, 05 Julai, 2006 - 02:21 AM GMT

Bismillahir rahman nirrahim...Orang yang bertaubat ialah orang yang sedar akan kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan memohon keampunan. Manusia tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap, maka perlu sentiasa memperbaharui taubat kepada Allah. Allah yang sifatnya Maha Penerima Taubat sentiasa menunggu permohonan taubat daripadahamba-Nya.

Maha bijaksana Allah mendidik hamba-Nya yang berusia muda agar gemar bertaubat, tidak menunggu usia tua kerana usia muda tidak menjamin seseorang untuk hidup lebih lama.Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa mengingati hal kematian dan berusaha untuk menyediakan bekalan untuknya. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa menjemput orang yang muda kembali kepada-Nya pada bila-bila masa mengikut ketentuan-Nya.Orang muda tidak dapat dinafikan mudah terdorong mengikut hawa nafsu yang merosak dan perkara maksiat. Ajakan hawa nafsu dan pengaruh persekitaran banyak membawa anak-anak muda ke arah keseronokan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil berat cara dan akibat perbuatan mereka daripada sudut pandangan agama. Agak sukar menemui orang muda yang memiliki ketekunan beribadah dan benar-benar beramal soleh.Oleh sebab itulah, Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat kerana kalau orang tua yang bertaubat, itu sudah menjadi sepatutnya dia berbuat demikian. Orang muda yang bertaubat sangat dicintai Allah kerana sejak usia muda sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran yang mendalam untuk menjadi orang yang salih dan dekat dengan Allah.Ini juga tanda keteguhan iman ke atas kekuasaan Allah yang berhak mengambil nyawa hamba-hambaNya pada bila-bila masa.ALLAH berfirman yang maksudnya:Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang-orang yang berbuat baik. (al-Baqarah: 195)Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik sahaja kerana dia sedar bahawa hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Alangkah baiknya jika kita mendapat kasih sayang Allah.Dalam sat hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya:Aku cinta kepada tiga jenis manusia. Tapi, aku lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu: Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tapi aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati tapi aku lebih cintakan orang kaya yang rendah hati. Aku cintakan orang yang bertaubat tapi aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.Sesungguhnya, Allah masih membuka peluang seluas-luasnya kepada hamba-Nya untukbertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari terbit di sebelah barat (kiamat) dan sebelum nyawa sampai di kerongkong, di mana pada waktu itu pintu taubat sudah pun tertutup.Sumber;Diari Islamiah 2005 (1425-1426 Hijrah)Editor: Yujeffry YusoffPublisher: Sterling Crown

Tiada ulasan: