Tawaran Murah Hotel

Rabu, Januari 02, 2008

Sayalah Orangnya Dalam Pita Itu, Kata Chua Soi Lek

Sayalah Orangnya Dalam Pita Itu, Kata Chua Soi Lek
Dr Chua Soi Lek
LABIS, 1 Jan (Bernama) -- "Sayalah orangnya dalam pita itu," kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA, ketika membuat pengakuan bahawa beliaulah lelaki dalam pita video yang merakamkan aksi hubungan seks bersama seorang kawan wanita.Namun di sebalik pengakuan bersalahnya berhubung perkara itu, Dr Chua menegaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatan dalam kerajaan dan parti."Saya berkhidmat atas kehendak Perdana Menteri," katanya. "Saya tidak akan membenarkan orang (lain) mengancam atau menghalang tugas saya."Sambil membaca kenyataan yang disediakan pada sidang akhbar yang diadakan di pejabat MCA Labis di sini, menteri itu berkata beliau telahpun bertemu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya semalam untuk memberikan sendiri penjelasan dan memohon maaf kepada Perdana Menteri.Dr Chua, seorang daripada enam Naib Presiden dalam MCA, berkata beliau turut berjumpa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting berhubung perkara itu.Beliau menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya.Salinan pita video lucah dalam format DVD disebarkan secara meluas di Johor sejak beberapa hari lepas."Apa yang paling penting ialah keluarga, isteri dan anak saya telahpun menerima permohonan maaf saya," katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak, yang turut dihadiri para penyokongnya.Beliau merayu kepada media supaya memberikan ruang kepada keluarganya semasa mengharungi saat-saat yang getir ini.Sambil menegaskan bahawa rakaman pita berkenaan bukan dibuat oleh beliau sendiri, Dr Chua berkata pihak di sebalik pembikinan rakaman itu tidak penting namun sebab mereka berbuat demikian adalah jelas.Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.Dr Chua memanjangkan permohonan maaf kepada rakan sejawatan, penyokong dan semua rakyat Malaysia."Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana keprihatinan dan sokongan menerusi panggilan telefon serta SMS," katanya.Ditanya pemberita mengenai tindakan selanjutnya, Dr Chua berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat."Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat. Saya sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membuat laporan polis tetapi polis sudahpun memulakan penyiasatan," katanya.Dr Chua berkata beliau mendapat tahu mengenai rakaman itu Ahad lepas apabila seorang rakan memberikannya salinan cakera video itu.Menteri itu berkata segala-galanya seperti biasa baginya dan beliau akan meneruskan tugas sebagai menteri Kabinet dan di dalam MCA.Dr Chua, yang kelihatan tenang sepanjang sidang akhbar itu, menghadiri satu majlis di Hospital Segamat sebelum berjumpa pihak media, yang disusuli dengan perjumpaan bersama masyarakat India di Labis.Sebaik sahaja selesai sidang akhbar itu, Pengerusi MCA Bahagian Labis Tan Kok Hong berkata anggota parti bahagian berkenaan akan menyokong Dr Chua sebagai Anggota Parlimen Labis."Kami akan memberikan beliau sokongan agar terus menjadi calon di Labis," katanya.Dr Chua, yang juga Pengerusi MCA Johor, mempertahankan kerusi Parlimen Labis untuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2004 setelah menewaskan calon DAP, Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi.Beliau memperoleh 16,469 undi manakala Tee mendapat 5,740 undi. Sebelum itu, kerusi Parlimen Labis disandang bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.Sumber-sumber memberitahu Bernama bahawa Dr Chua, yang akan menyambut ulang tahun ke-61 esok, diiringi isteri beliau, Datin Seri Wong Sek Hin, apabila Menteri Kesihatan itu menemui Abdullah di Seri Perdana di Putrajaya semalam untuk menerangkan mengenai pita video itu.Pada pertemuan itu, Dr Chua mengakui bahawa beliaulah orang yang dalam pita video itu, yang dirakamkam dua tahun lepas.Berikutan dengan pertemuan itu, diputuskan bahawa Menteri Kesihatan berkenaan hendaklah menjelaskan perkara tersebut secara terbuka, kata sumber itu.Sementara itu, Presiden MCA (Ong) apabila dihubungi berkata parti itu akan memanggil mesyuarat presiden tergempar petang esok kerana ini adalah perkara penting untuk kepimpinan parti membincangkan berikutan dengan kenyataan Dr Chua.Ong berkata MCA akan mengeluarkan kenyataan rasmi parti selepas mesyuarat esok.-- BERNAMA

Tiada ulasan: