SUATU PENILIAN RAPI
Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
Sepanjang tinjauan penulis, dalam mendepani fahaman Mujassimah Mushabbihah yang dipegang oleh Ibn Taymiyah, terdapat di sana beberapa golongan ;
1. Golongan yang taasub dan fanatik dengan Ibn Taymiyah sehinggakan seolah-olah mengganggap kata-kata Ibn Taymiyah adalah nash sepertimana nash Al-quran dan As-sunnah. Kebelakanngan ini mereka dilebalkan sebagai 'wahhabi totok' yang mana mereka tidak memandang ulamak -ulamak lain sebagai ulamak melainkan Ibn Taymiyah al-Harrany, Ibn Qayyim al-Jauziyah dan Mohd Abd Wahhab sahaja.
2. Golongan yang berkecimpung dalam membid'aahkan amalan yang diharuskan oleh syarak. Mereka tidak memahami akidah Ibnu Taymiyah Al-Harrany. Bahkan mereka tidak pernah mengetahui akidah tajsim Ibn Taymiyah.
3. Golongan yang muzabzab, iaitu mereka yang cuba menghayati sumbangan Ibn Taymiyah lalu menafikan akidah kufur Ibn Taymiyah al-Harrany dan Muhammad Abdul Wahhab. Sebab menafikan akidah kufur Ibn Taymiyah adalah kerana mereka takut kehilangan pengikut dan juga ingin menjaga periuk nasi mereka. Penafian mereka ini disokong penuh oleh golongan al-al-wahhabiyah dan kadang kala dijadikan hujjah dalam mendepani ASWJ. Bahkan mereka mempertahankan Ibn Taymiyah dan Muhammad Abdul Wahhab lebih dahsyat daripada golongan wahhabiyah. Ini boleh didapati di dalam kitab mafahim yajibu an tusohhah.
4.Golongan ahlul Al-haq; iaitu mereka bersikap amanah dalam ilmu dan berperangan "sebagai doktor dalam mengubati penyakit" . Membawa perpaduan pada umat Islam dengan menerangkan yang Haq dan yang batil tanpa mengambil sikap menyembunyikannya. Ulamak yang amanah pada Ilmu ialah yang menceritakan perihal sebenar apa yang berlaku..Mari kita tengok apa kata ulamak tersebut ;
SEJARAH HITAM IBN TAYMIYAH
Al Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolany (W 852 H) yang bergelar Amir Al-Mukminin dalam bidang hadits dan juga seorang yang amanah dalam agama telah menukilkan dalam kitab ad-Durar al Kaminah juz I, hlm. 154,155 bahawa para ulama’ menyebut Ibnu Taimiyah dengan tiga sebutan:
1.Mujassim,
2.Zindiq,
3.Munafiq.
“ para ulama’ telah menggelarkan Ibn Taimiyah dengan tajsim berdasarkan apa yang telah beliau tulis di dalam kitabnya “al-Aqidah al-Wasithiyah, al-Hamawiyah” dan lain-lainnya. Sebagai contoh, beliau berpendapat bahawa tangan, kaki, betis dan wajah adalah sifat-sifat hakikat bagi Allah Ta’ala, Allah beristiwa’ di atas ‘arasy dengan zat-Nya..”
Al Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolany menambah lagi : “Dia dihukum dengan munafiq kerana perkataannya (kritikan) terhadap Sayidina Ali..”
Katanya lagi :“Ibn Taimiyah juga dihukum zindiq kerana berpendapat bahawa tidak boleh beristhighathah (meminta pertolongan) daripada Nabi Sollahu ‘Alaihi Wasallam."
Al Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolany menyatakan; “ Ibnu Taimiyah menyalahkan Sayyidina ‘Umar ibn al Khaththab – semoga Allah meredhainya-, dia menyatakan tentang Sayyidina Abu Bakr Ash-Siddiq –semoga Allah meredhainya- bahawa beliau masuk Islam di saat umurnya tua renta/sangat dan tidak menyedari betul apa yang beliau katakan (hilang ingatan kerana tua sangat-nyanyuk).
(Ibn Taymiyah berpandangan) Sayyidina Utsman ibn ‘Affan –semoga Allah meredhainya-mencintai dan cenderung kepada harta dunia (materialis) dan Sayyidina 'Ali ibn Abi Thalib –semoga Allah meredhainya-menurutnya- berperang kerana gilakan pangkat bukan kerana agama, begitu juga - ‘Ali Bin Abi Thalib-mengikut Ibn Taymiyah- telah menyalahi nash al-Qur’an dalam 17 permasalahan ”.
Imam 'Ali Bin Abi Thalib menurut Ibnu Taimiyah tidak pernah mendapat pertolongan dari Allah (makhzdulan) ke manapun beliau pergi, sangat cenderung/mencintai dan haus akan kekuasaan, pernah mencuba beberapa kali untuk mendapatkan kekuasaan tetapi tidak berjaya dan dia masuk Islam di waktu umurnya kecil ( 13 tahun ) padahal anak kecil itu Islamnya tidak sah”.
Seterusnya Al Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolany mengatakan “ dan dia (ibn Taimiyah) mencela Imam Ghazali, lalu masyarakat ketika itu telah bangun hampir membunuhnya”. Inilah bukti masyarakat pada masa itu amat membenci Ibn Taymiyah dan kuncu-kuncunya di sebabkan fahaman ghuluw atau fanatik kepada pada agama dan beliau terkenal sebagai pemberontak kepada kerajaan Islam.
Di dlm kitab karangan Al Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolany yang lain ; Fath al-Bari, m.s. 66, jld. 3 pula, beliau menegaskan:“…Hasilnya, mereka telah berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah tentang haramnya bermusafir untuk menziarahi maqam Rasulullah dan kami mengingkarinya. Inilah seburuk-seburuk (ashna') masalah yg dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah.”
Mungkin inilah antara faktornya golongan al-wahhabiyah mengkafirkan Al Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolany seperti tuan- tuan boleh rujuk thesis yang dibuat oleh Bin Baz; Mukhalafah al-'Aqdiyah fi Bukhary" dan kitab Soleh Usaimin; Liqa' Babil Maftuh'. Dan baru-baru ini antara sorang kanak-kanak wahhabi; Mohd Usamah Masri merupakan anak didikan MuftiN asri Zainal Abidin pula mengkafirkan ulamak sehebat Imam Al Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolany..Nauzubillah min syarrihim..
Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046
http://abulehyah.blogspot.com/
http://abulehyah.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan