Tawaran Murah Hotel

Selasa, Januari 26, 2010

Bolehkah Kristian Guna Kalimah Allah di Malaysia?

Bolehkah Kristian Guna Kalimah Allah di Malaysia?


Posted on Januari 22, 2010 by sulaiman

Sesetengah pihak mengatakan Kristian boleh menggunakan kalimah Allah di Malaysia dengan berdalilkan:



Luqman [25] Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah“. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).



Tetapi jika diteliti, di dalam ayat ini golongan kafir yang menggunakan kalimah Allah ialah orang-orang Quraisy dari bangsa Arab. Sememangnya kalimah Allah sudah sinonim dengan bangsa Arab walaupun mereka mensyirikkan Allah. Sebelum agama Islam datang, bangsa Arab sudah beriman dengan agama Nabi Ibrahim.



Al-Anaam [161] Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayat oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.



Namun kalimah Allah tidak sinonim dengan bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia. Apakah tujuan mereka hendak menggunakan kalimah Allah di Malaysia. Penganut Kristian di Malaysia pula tidak ada dari bangsa Arab. Awaslah dengan tipu muslihat disebalik penggunaan nama Allah ini.



Dalam kitab Injil juga terdapat 300 nama Allah yang lain. Mengapa mereka tidak menggunakan salah satu daripada 300 nama itu. Mereka juga sudah tidak menggunakan Injil, sebaliknya menggunakan bible yang sudah diubahsuai daripada Injil yang asal.



Disisi Islam, Allah tidak mempunyai anak mahupun isteri. Tuhan Kristian pula mempunyai anak (dalam sestengah fahaman). Penganut Kristian fahaman Protestan mengatakan bahawa Tuhan mereka tidak mempunyai anak berbeza dengan fahaman Katolik. Mereka memanggil tuhan mereka sebagai Father, God.



Bangsa Arab sememangnya sudah sinonim dengan kalimah Allah, namun mereka mensyirikkan Allah dengan mencipta berhala dan menyembah berhala disamping Allah. Mereka juga mempersembahkan makanan kepada berhala-berhala dan kepada Allah, sekiranya tidak cukup makanan untuk dipersembahkan kepada berhala-berhala, mereka akan mengambil daripada bahagian Allah.

Tiada ulasan: