Sebuah Buku Khas Buat Menyuluh Jalan Orang-Orang Keliru

Tulisan ini untuk memberitahu bahawa kita umat Islam kala ini berada di zaman moden yang dipenuhi bermacam-macam pandangan keliru dan palsu dalam hal keagamaan, yang dikemuka oleh kaum wahabi khasnya. Kemudian dicadangkan sebuah buku khas yang baru diterbitkan bagi menjelaskan segala kekeliruan dan kepalsuan.
Saya menyimpulkan, pembelajaran ilmu secara moden sebagaimana diamalkan di pusat-pusat pengajian saat ini lah yang menjahanamkan kesucian ilmu agama dengan cara peminggiran terhadap sistem belajar secara tradisional yang luhur dan menjurus intelek-rohani. Akibatnya lahirlah pelajar yang bodoh, berfikiran singkat, tak rasional, materialistik, lagi keliru dalam usahanya mempelajari ilmu-ilmu agama dan mencari kebenaran.
Maka dengan itu, zaman moden adalah zaman malap bagi aliran tradisional atau turath. Sebaliknya adalah zaman gemerlap bagi aliran wahabisme (baca:pembaharu kononnya) sebagai pencabar kewibawaan aliran turath (baca:kononnya aliran ‘lama’). Wahabi ini sangat popular hatta sampai ke telinga penduduk desa paling hujung apatah lagi manusia di tengah kota. Disebut-sebut namanya serata negeri. Lalu adik-beradik kita bertanya, siapakah wahabi?
Saya menjawab, kaum wahabi dilahirkan dari perut kebobrokan sistem pendidikan moden yang nilai-nilainya bertentangan dengan tradisi pemikiran Islam dan sejalan dengan nilai Barat. Berkali-kali diperingat, abad moden merupakan abad kebaratan dan Barat adalah musuh nyata bagi kaum muslimin sejak perang salib. Kaum Wahabi bukan tak tahu Barat itu musuh tetapi malangnya mereka tak sedar diri sendiri termangsa oleh sistem pembelajaran moden milik Barat. Ini mengakibatkan pemikiran mereka terbentuk oleh nilai-nilai Barat. Untuk saya inilah asal-usul Wahabi dan sebab utama mengapa ia bercambah seperti cendawan selepas hujan pada abad moden ini.
Asas-asas pemikiran golongan wahabi – yang bernilaikan Barat – yang merasuk minda mereka dikenalpasti sebagai : ‘setiap orang berhak ditolak pendapatnya dan diterima pendapatnya kecuali Rasul’ dan juga ‘setiap orang melakukan kesilapan kecuali Rasul’, dalam misi mereka menuju retorika yang tak kesampaian : ‘Manhaj Quran dan Sunnah’.
Bertolak dari situ, kaum wahabi cenderung menilai semula hukum-hakam yang diputuskan ulama tradisional sejak dahulukala lantaran keraguan melampau terhadap wibawa mereka (ulama tradisional). Wahabi tiada kenal hakikat ilmu dan hakikat ulama. Dalam berinteraksi dengan ilmu pengetahuan, mereka lebih mesra dengan perkataan dan lafaz, bukan makna bagi perkataan dan lafaz. Kata lainnya, pemaknaan terhadap nas adalah secara ala kadar. Atau pun, memahami nas secara kaku. Sebab itulah mereka begitu cemerlang memetik nas tertentu, pandangan ulama muktabar, nama kitab, nombor hadith dan darjat hadith tetapi tak berupaya mensyarahkannya dengan mendalam.
Ada banyak lagi aspek lain yang menunjukkan kecelaruan wahabi namun semuanya berpunca dari kesilapan menanggapi ilmu. Sebab itu saya sarankan mereka mengkaji dahulu ‘apa itu ilmu’ secara falsafah (mendalam) dan juga sistem pengambilan ilmu supaya mereka tahu budaya ilmu Islam itu bagaimana, budaya ilmu Barat bagaimana.
Kaum wahabi yang keliru itu, mengelirukan pula umat dengan mempromosi pendapat-pendapat baharu dan ‘moden’ hasil pemikiran celaru mereka. Umat Islam mula mempertikai sesama sendiri dan was-was untuk melakukan amalan agama yang menjadi kebiasaan. Maka perpaduan umat beransur tiada manakala kebudayaan dan jatidiri masyarakat Melayu terhakis.
Ke hadapan umat yang dukacita dikelirukan oleh wahabi, Al-Fadhil Al-Ustaz Muhadir Joll persembahkan buku khusus bertajuk ‘Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama – Inilah Jawapannya’. Ia hadir sebagai sebuah ensiklopedia setebal hampir 1000 mukasurat menghimpun soal-jawab 179 masalah yang sering dibangkitkan dalam masyarakat melengkapi dimensi agama yang tiga iaitu akidah, ibadah, dan akhlak. Selain itu disertai juga panduan untuk mendepani masalah khilafiyah.
Penjelasan oleh buku ini detil berakarkan pemikiran Islam yang asli, bergaya moden, dan sesuai untuk sesiapa yang tulus mencari kebenaran. Buku ini membuktikan keulungan Al-Fadhil sebagai mewakili ulama aliran tradisional yang hidup dalam lingkungan kemodenan.
Buku ini adalah rujukan tuntas dan meyakinkan apabila berhadapan masalah khilafiyyah. Khilafiyyah bermaksud perkara yang tidak disepakati hukumnya dikalangan ulama – pada hari ini terlalu kerap muncul di ruang awam. Contohnya, melakukan tahlil sempena kematian. Lantaran itu lah ia menjadi sangat penting untuk dimiliki setiap orang. Paling memerlukannya adalah golongan pelajar kerana mereka ini paling lantang berbicara soal khilafiyah.
Saya bukanlah berhasrat untuk lebih-lebih mencanangkan kehebatan buku ini atas tujuan komersial. Nak buat apa? Sebaliknya ini atas tujuan perjuangan mentuankan kembali keluhuran keilmuan Islam yang ditandai oleh ulama tradisional. Juga insha Allah sebagai cahaya menyuluh jalan orang-orang yang mengelirukan dan dikelirukan.
Kata-kata akhir saya : kita meraikan berbilangnya pandangan namun ketahuilah kebenaran itu jumlahnya tetap satu tidak berbilang. Kita tidak meraikan semua pandangan, kita hanya meraikan pandangan yang matang kerana mana mungkin pandangan seorang anak kecil diraikan.
sila klik pada gambar
*klik sini untuk maklumat seterusnya tentang buku
*Pelajar Darul Quran yang nak beli boleh maklumkan kepada ana 0136247915

Tiada ulasan:
Catat Ulasan