Tawaran Murah Hotel

Selasa, April 19, 2011

Tausyiah Oleh: Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shahdan

Tausyiah Oleh: Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shahdan
Tempat: Surau Al-Hidayah AU3 Keramat Kuala Lumpur
Tarikh: 1hb April 2011, Jumaat.
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillahi Rabbil alamin
Wassolla tu wasalam ala asrafil anbiya’ hiwar mursalin, waala alihi wasohbihi wassalam ila yaumiddin.
amma ba’du,
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana pada malam ini dengan izin Allah swt, kita berkumpul di dalam rumah Allah swt semata-mata kerana Allah swt . Semata-mata kerana Allah swt mengajar kepada kita cinta kepada KekasihNya Nabi Muhammad Saw, Allah swt mengajar kepada kita, tidaklah selain dan setiap ibadah itu cukup mengenal Muhammad saw, Kita tidak kenal qiblat, kalau kita tidak kenal Nabi Muhammad saw, Kita tidak kenal solat, kalau kita tidak kenal Nabi Muhammad saw, kita tidak kenal zakat kalau kita tidak kenal Nabi Muhammad saw. Kita tidak kenal puasa, kalau kita tidak kenal Nabi Muhammad saw. Kita tidak kenal Madah Nabi saw, puji-pujian kepada Nabi Muhammad saw kalau tidak ada peristiwa para sahabat baginda Rasulullah saw memuji Nabi Muhammad saw.
Jadi pada malam ini, Semua ini kita ambil dari rentetan, daripada untaian sirah Nabi Muhammad saw. Jadi pada malam ini, saya sekadar orang yang diamanahkan oleh al-Fadhil al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid Hafizallahu anhu, beliau menyuruh saya menggantikan tempatnya tetapi saya mengatakan, ini tempat antum, macammana seorang yang tidak mengerti tempat yang orang yang punya tempat menggantikan tempatnya. Dan pada, kalau kita lihat Ada satu kisah, ketika mana seorang pemuda dengan orang ramainya, telah dirasuk kena rasuk dengan jin, jin masuk kepada dia, lalu orang yang jin rasuk tadi menjerit, menjerit –jerit lalu tiba-tiba datang seorang alim besar, seorang ulama orang yang terkenal pada zaman itu lalu dia datang sahaja, bila dia sampai sahaja jin tu lari, jin lari daripada pemuda yang dirasuk jin, lalu orang ramai terpegun,
MasyaAllah ! Hebatnya ulama ini, dia belum baca lagi apa-apa jin dah lari. syaithan dah lari dari pemuda yang kena rasuk dengan jin itu,
lalu ketika itu, orang ramai bertanya,
Wahai syeikh! wahai alim! Apa yang kamu baca?
Lalu dikatakan, aku baca ayat sekian..sekian,
lalu ramai yang mendengar .Ini tandanya… sudah bertahun-tahun, sudah berabad-abad,sudah berapa lama, syeikh tadi sudah meninggal dunia,
lepas tu dalam Bandar itu juga ada seorang pemuda yang telah dirasuk jin, yang telah dimasukkan jin, dikacau oleh jin itu tadi .Orang pun tengok pemuda ini telah dirasuk,
Ingat tak dulu ada orang yang terkenal pada zaman dulu? ada orang, dia boleh ubatkan.
Mana dia? Dia sudah meninggal dunia tapi anak dia masih ada juga,
jadi dipanggil anaknya tadi suruh datang ke depan, datang dekat anaknya tadi dia tahu dia ada ilmu tapi bukan sama macam guru macam bapanya apabila dia sampai lepas tu datang dihadapan pemuda tadi lalu diapun dekat dengan pemuda tadi. Dia kata,
Wahai jin! Aku pernah ingat bapa aku telah baca ayat ni, aku baca ayat ini untuk kau, lalu dia baca ayat terus jin tadi pemuda tadi gelak dia gelak.
Kenapa gelak? Jin bercakap pakai bahasa dia, Dia kata,
Ayat tak sama dengan orang yang baca.
Maknanya apa? Maknanya walaupun ilmu tu tetap ilmu tapi semuanya datang dari Nurul ilmu semuanya datang dari cahaya Ilmu Allah swt, Jadi Maknanya saya disini menumpang sahaja di dalam majlis ilmu ini bukanlah tempat saya untuk sama-sama berbincang,
Habib Ali kata, Ente kena gantikan ana, ana suka raikan majlis ini tetapi disebabkan Majlis Haul Saidatul iaitu Ummu Nabi saw isteri Nabi saw Haul Saiditina Khadijah ra lalu habib Ali tidak dapat tidak pergi juga,sebenarnya Habib Ali dia tidak akan lepaskan majlis ini melainkan dia akan duduk bersama, Cuma bila disebutkan nama isteri nabi Rasulullah saw, dia mengatakan ini daripada ibu ibuku,
Jadi pada malam ini saya ingin bersama-sama berkongsi ilmu, Habib Ali mengatakan Ente kongsi dalam kitab Siratul Nabawiah karangan al-Mualim Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Bouty.
Pernah suatu ketika, seorang ulama besar yang telah pergi meninggalkan dunia, meninggalkan dunia lebih kurang dalam 2, 3 tahun yang lalu, Sayyid Muhammad Alawi Muhammad al-Maliki iaitu ketika mana beliau sampai ke bumi Malaysia, beliau telah menyampaikan mauled Rasul Saw dan ketika itu beliau mengatakan
MasyaAllah! Tabarakallahu Taala! Majlis Maulid Semua tempat ada, termasuk bumi Malaysia,
Majlis Maulid ini mungkin kita kata pada Bulan Maulid, Rabiu awwal, rabiul tsani, rabiul akhir tetapi yang di kumpulkan jadi sirah Nabi saw sebab itu berapa ramai orang yang hadir dalam maulid Nabi Saw sepatutnya beliau mengenali sirah Nabi saw sepertimana yang disebutkan oleh seorang ulama pendakwah yang masyhur pada kita semua Habib Ali Zainal Abidin al-Jufri telah menyatakan seseorang yang nak cintakan Nabi Muhammad saw, dia perlu tahu tiga daripada Nabi Muhammad saw.
Pertama sekali sirah Nabi Saw, pertama sirah Nabi Muhammad saw.
Yang kedua Syamail Nabi saw, Syamail Nabi saw, keperibadian baginda Rasulullah saw.
Sirah Nabi saw yang selalu kita lihat kanak-kanak, anak-anak yang hadir pada malam ini juga, sekolah rendah agama selalu mengajar tentang sirah Nabi saw. Cuma bila remaja naik sekolah menengah kadang kala kitab sirah mereka tak pegang, jadi sebab itulah majlis ilmu seperti ini Mereka perlu hadir sebab mengenali mereka kepada contoh ikutan yang paling hebat tidak ada yang paling hebat,melainkan yang terhebat Nabi Muhammad saw.
Mudah-mudahan majlis ilmu kita pada malam ini berada di surau HIdayah. Allah swt meletakkan makna hidayah Allah campakkan kepada seluruh pintu-pintu yang berada di kawasan ini semua mendapat hidayah daripada Allah swt, cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Daripada makna sirah Nabi Saw, keduanya Syamail Nabi saw. Keperibadian baginda Rasulullah saw Bagaimana Rasulullah saw makan? Apa makanan yang Rasulullah paling suka? kalaulah tidak kenal Nabi Muhammad saw kita tidak kenal buah tamar, kalau tidak kenal nabi Muhammad saw kita tidak kenal air zam-zam itu semua ada daripada sirah Nabi Muhammad saw, jadi daripada makna sirah Nabi saw lepas tu syamail nabi saw keperibadian baginda RAsulullah saw. Bagaimana Rasulullah saw tersenyum ? Bagaimana Rasulullah saw bila termenung? kadang-kadang Rasulullah saw pegang janggutnya begini, kadang-kadang Rasulullah saw pegang janggutnya begini, ini semua ada dalam kitab Syamaail saw. Syamail Nabi saw. Bagaimana Rasulullah saw tidur?..Baginda Rasulullah saw tidur sepertimana dalam perut ibu supaya kita mengenalkan diri kita akan kembali ke liang lahad sebab itu daripada adab Nabi saw kita akan kenal siapa kita di hadapan Allah swt lalu di dalam makna keperibadian baginda Rasulullah saw juga kita akan mengenal Nabi saw daripada fadhail Nabi saw, khususiat, specialnya Nabi Saw. Apa yang disebutkan Nabi saw di dalam periwayatan Baginda Rasulullah saw ,Nabi saw tidak pernah dihinggapi seekor lalat, Nabi saw tidak ada bayang tetapi di sini kalau kita lihat dia telah dihuraikan oleh para alim ulama’ kenapa dikatakan tidak ada bayang sebab Nabi Muhammad saw Nur sepertimana cahaya macammana cahaya boleh datang dengan bayang itu semua telah dijawab, telah diperbincangkan oleh para alim ulama’.
Cuma kita hari ini tak banyak kita cari jadi kalau boleh kita semua cari majlis-majlis sirah Nabi saw supaya kita kenal sebenarnya apa sahaja perjalanan hidup kita pada hari ini, perkara yang terjadi semuanya ada pada sirah Nabi Muhammad saw kalau kita murajaa kalau kita cari kita akan dapat jawapan apa masalah yang ada pada kita ada jwapan pada baginda saw Cuma kita kena kaji, Cuma kita kena teliti apa yang rahsia Allah sawt berikan kepada kita.
Pada malam ini, didalam bab Rahsia dipilih جزيرتولعربية sebagai tempat kelahiran dan permulaan islam. Kenapa Allah telah memilih al-Qiblat itu terletak di جزيرتولعربية, kepada semenanjung arab? Kenapa tidak diletakkan di Rome? Kenapa tidak diletakkan di Parsi? Kenapa tidak diletakkan di Yunani? itu semua telah disebutkan di dalam kitab yang dinukilkan oleh Dr Said Ramadhan al-Bouty.
Jadi di dalam kitab ada mengatakan permulaan jadi pada awalnya dunia ini terbahagi yang mahsyur yang terkenal. Dunia ini terkenal pada 4 bahagian iaitu Parsi , Rome, Yunani dan India, ini yang mahsyur daripada makna dunia ini, sebelum kita pergi ke tanah arab. maknanya ini yang telah dibawa oleh apa kata oleh pedagang atau pembawa daripada sirah tentang perjalanan dunia ataupun tarikh dunia, ini yang 4 ini dan daripada 4 ini kalau kita lihat Parsi.
Parsi ini pada asalnya ialah satu ladang yang subur tetapi dia berbentuk bayangan khurafat maknanya sepertimana kita lihat hari ini, kadang-kadang kita tengok filem, kadang-kadang kita tengok ada cerita tentang khayalan bagaimana kuda terbang, bagaimana boleh daripada petir datang daripada satu kuasa dia datang dia baling petir baru turun kat dunia itu semua gambaran-gambaran khayalan, gambaran khurafat. kalau kita lihat hari ini kita kita dengar ada orang kata khurafat. Sebenarnya apa yang khurafat ini, cerita kepada seorang pemuda yang dia dibawa oleh jin dan jin datang bawa dia terus dia pergi ke tempat lain, bumi lain, lalu pemuda ini tadi kalau kita lihat ini disebutkanoleh baginda Rasulullah saw sendiri kepada para sahabat, kadang-kadang kita lihat ada bukti kisah-kisah yang kita sebut hari ini tentang kisah-kisah lalu termasuk kisah israeliat kalau adanya asal daripada percakapan asal ni daripada sahabat dia boleh diterima, Cuma kalau ia tidak apa kata tidak dari daripada syariat dia itu perlu diteliti daripada periwatan ketika mana pemuda ini dibawa oleh jin dia pun tak tahu kat mana dia pergi tetapi dia tengok benda-benda macam-macam hebat, khayalan dia lalu ketika mana dia dipulangkan, dia balik kekampung dia cerita dengan orang kampung dia aku tengok kuda boleh terbang kuda ini ini semua, orang kata
Hei! Jangan rapat dengan dia ini, semua khurafat,
Khurafat maknanya bercanggah,maknanya rekaan jadi itu dikata rekaan namun kalau kita dengar orang, apa ni pergi ziarah kubur itu khurafat itu semua adalah apa kata adalah anggapan atau pun adalah ancaman kepada orang yang meletakkan itu khurafat sebenarnya itu adalah salah satu bab yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw kepada kita pada peristiwa isra’ wal mi’raj.
Nabi saw pernah ketika peristiwa isra’ wal mi’raj. kalau kita ingat bagaimana Rasulullah saw, Saidina JIbril as menyatakan, Ya! Rasulullah solat di sini. Rasulullah saw tak tahu disuruh solat, habis solat Ya! Jibril, dimana tempat yang aku solat ini. Inilah adalah tempat tempat sembelih daging ataupun memotong daging disinilah tempat kelahiran Nabi Allah Isa as lalu Nabi Muhammad pun solat, jadi maknanya bukan khurafat.
Sebenarnya itu adalah anggapan orang yang membawa kepada anggapan yang salah daripada makna kisah yang sebenar, jadi daripada ummi, mereka semuanya membawa daripada tanggapan sehinggakan mereka menganut berbagai-bagai agama ataupun berbagai-bagai pandangan, panangan-pandangan ketua-ketua mereka. Salah satu pandangan yang mereka bawa iaitu anak boleh kahwin dengan ibunya nauzubillah min zalik,
kita lihat hari ini sebab tu Rasululah saw mengatakan umat ku nanti akan kembali kepada umat terdahulu, tapi kalau baiknya lebih baik daripada umat terdahulu tapi kalau buruk kalau buruknya lebeih daripada umat yang terdahulu , maksudnya penyakit umat terdahulu terkumpul sampai hari ini sampai hari ini kita dapat, tapi yang baik daripada umat terdahulu sampai hari ini kita masih dapat,
Baik.daripada itu di bumi Parsi, di bumi Rome, Rome ini dikuasai oleh perkembangan diantara pihak nasrani dengan Rome, kalau kita lihat di sini, Rome dengan nasrani maknanya dia ada pergaduhan satu sama lain dalam sehinggakan mereka meletakkan di sini kalau kita lihat di dalam kitab tauhid mengatakan agama kristian juga telah dibahagikan kepada 4 sebab kalau kita lihat hari ini dia ada roman katolik ada protestan
kita lihat pulak macammana perkara berlaku di bumi Yunan, masa greek ni telah tenggelam di dalam lautan khurafat tadi hidup hidup apa kata kalau kita kata hari ini kesusteraan Malim Deman ataupun Tun Sri Lanang tetapi kita lihat kadang-kadang cerita-cerita ada kaitan dengan tanah melayu tapi yang ini lebih lain beza, berbeza daripada cerita yang sebenar dibawakan oleh kerajaan Yunan, Ni dibawakan oleh kerajaan Yunan.
Demikian pula India sepertimana yang disebutkan oleh Ustaz Abu Hassan An-Nadwi telah mengatakan ketika mana di India sedang berlaku penjajahan dari segi agama akhlak.
Maknanya di sini kalau kita lihat semua Negara-negara yang kita sebutkan tadi mereka semua mementingkan materialistic, keindahan tetapi mereka jauh kepada keagamaan, maknanya mereka tidak mencari makna untk mendekatkan diri kepada tuhan yang Maha Esa lalu akhirnya kalau kita lihat di جزيرتولعربية , bangsa arab duduk dengan tenang kita kembali pula kepada جزيرتولعربية bangsa arab duduk dengan tenang, jauh daripada bentuk kekacauan dan dengan sebab itulah orang arab ini pertama sekali,
Mereka ini hidup mereka dalam keadaan tanah-tanah yang subur orang arab sebab itu sampaihari ini Negara-negara arab Allah swt letakkan macam-macam bahan galian dan hari ini ramai daripada Negara-negara eropah ataupun Negara-negara Amerika inginkan mencari-cari Negara arab
Sebab apa? sebab di dalamnya ada sumber galian manusia iaitu minyak kalau kita dalam lihat dalam hadis apa kata hadis kumpulan hadis 40 hadis akhir zaman menyebutkan akhir zaman nanti semua orang kafir akan cari Negara islam sebab macam-macam galian ada salah satu sebabnya tetapi kalau kita lihat di sini di dalam firman Allah swt Allah berfirman Allah menyebutkan
“Dan sesunguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk dalam orang-orang yang sesat”
Orang-orang dahulu belum adanya utusan daripada Allah swt, mereka ini semua sesat, kalau kita lihat macam-macam makna daripada perzinaan ada antara yang kahwin adik beradik ada yang kalau kita lihat sehingganya makna datang perzinaan itu permulaan nya ada perempuan yang telah disetubuhi dengan ramai lelaki lalu diletak dalam satu rumah satu bilik, Mana anak yang keluar muka sama itulah bapak dia. Ya! Salam.
kalau kita lihat Rasulullah saw membawa islam sehingga memperkenalkan perkahwinan tapi hari ini orang yang belum berkahwin sudah dapat anak.
Kalau dilihat makna daripada apa yang disebut inilah peristiwa-peristiwa jahiliah. Hari ini berlaku kepada kita dan kita minta kepada Allah swt supaya Allah jauhkan kepada kita, Allah bebaskan daripada keturunan-keturunan kita kerana ini semua penyakit-penyakit dunia sampai hari akhirat ia tidak akan berakhir sehinggalah kita bertemu Allah swt
lalu kalau kita lihat pula daripada makna islam ini diturunkan kepada Nabi Muhammad, kepada para anbiya’ sampailah saw dimuka bumi Mekah al Mukarammah. Pertama sekali Mekah al-Mukarammah yang dituliskan didalam kitab ini sebenarnya Mekah al-Mukaramah itu adalah pusat bumi, Mekah al-Mukarammah itu adalah pusat bumi selain daripada greenwhich. Kenapa Mekah itu pusat bumi tetapi kita semua telah didakyahkan telah difahamkan oleh fahaman-fahaman barat kita mengetahui bahawasanya itulah pusat bumi greenwhich sebab itu Nabi Ibrahim as diminta oleh Allah swt mendirikan kembali kaabahtul mukarammah di Mekah
Kalau kita lihat apa yang ada di sini tidak akan diletakkan sesuatu menjadi mulia kalau tempat itu dimuliakan oleh Allah swt barangsiapa memuliakan syariat Allah Barangsiapa yang mengagungkan syariat Allah Allah akan mengagungkan orang itu,
kalau kita lihat apa sahaja dalam dunia ini yang ada kaitan dengan Nabi Muhammad saw akan naik ke tempat yang paling tinggi . Bulan ramadhan kenapa kita kenal bulan ramadhan sebab orang islam berpuasa Nabi Muhammad saw berpuasa di dalam bulan Ramadhan sedangkan bulan ada banyak, Malam Lailatul Qadar, malam ada banyak, banyak malam tapi malam lailatul Qadar ada pada Nabi Muhammad saw dia jadi indah, Umat Nabi Muhammad saw kenapa dia hebat sampai Allah swt mengatakan wahai Nabi Muhammad saw saksikanlah umatmu akan masuk dahulu ke syurga sebelum umat terdahulu sebab umat dinisbahkan kepada Nabi Muhammad saw Untungnya kita jadi Umat Nabi Muhammad saw
jadi kalau kita lihat daripada makna ini disebutkan di sini pertama sekali Baitullah al-Haram, Allah swt mengatakan sebagai tempat berkumpul pelbagai manusia dan tempat yang aman.
Yang kedua secara geografinya bumi arab ini dipilih oleh Allah swt kerana dia seakan –akan terjalin hubungan kepada seluruh manusia di sini, makna semua manuisia akan pergi bumi Mekahtul Mukarammah hinggakan kalau kita lihat peristiwa akhir zaman sebelum hari kiamat kelak manusia semua akan didatangi oleh Dabhatul ardh, Dajjal semua akan memerangi umat islam dan orang islam akan lari ke Mekahtul Mukarammah, semua manusia orang islam akan kembali ke Mekahtul Mukarammah dan disitulah akan diturunkan oleh Nabi Allah Isa as, jadi kalau kita lihat itu makna daripada Allah memilih جزيرتولعربية memilih tempat orang arab untuk menjadi salah satu tempat pengembangan da’wah.
Yang ketiga, Nabi Muhammad saw orang arab. Rasulullah saw mengatakan nenek moyang aku orang arab Kerana apa? Kerana al-Quran itu lughatul quran lughatul arab, bahasa Al-Quran bahasa Arab, ahli syurga semua akan cakap pakai bahasa arab maknanya untung siapa belajar bahasa arab yang tak boleh cakap bahasa arab nanti dia boleh cakap bahasa arab kat sana sebab Allah swt akan letakkan bahasa itu akan berbual dalam bahasa arab, Yang ketiga, kerana aku ini orang arab sebab itu Nabi Muhammad saw orang arab, jadi kalau kita lihat makna daripada pemahaman segala syariat islam dibawa oleh orang arab, baik kalau tidak boleh tidak semua orang akan mengetahui bahasa arab, barulah dia mengetahui hukum- hakam, dalil-dalil yang telah disebutkan dalam Al-Quran.
Mudah-mudahan mendapat petunjuk di sisi Allah swt sepertimana Allah mudahkan kita semua yang duduk di majlis ini Allah mudahkan kita untuk bertemu Allah swt bersama dengan Nabi Muhammad saw.
Allahumma Ya Allah Ya! Arrahman rohimin, Ya Hannan Ya Mannan Ya Badialsama’ watiwal ardh Ya Zaljalali wal iqram,
Allahumma Ya Allah, kami memohon kepadaMu Ya Allah dengan rahmatMu dan kasih sayang Mu ini Ya Allah kau bukakanlah pintu hidayat agar kami dapat beramal ibadat kerana Mu Ya Allah Untuk Mu Ya Allah pada JalanMu
Ya Allah Kau permudahkanlah apa-apa urusan kami didunia dan di akhirat semata-mata kerana mU Ya Allah.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Wasollahu ala saidina Muhammad waala alihi wabarik wasalam walhamdulillahi robbil alamin.
http://www.majlisattazkiah.org

Tiada ulasan: