Tawaran Murah Hotel

Rabu, Mei 04, 2011

Sayyidatina Khadijah Al-Kubro [Isteri Setia & Pejuang di Sisi Suami Yang Mulia] : Hol Sayyidatina Khadijah Al-Kubro 1432H

Sayyidatina Khadijah Al-Kubro [Isteri Setia & Pejuang di Sisi Suami Yang Mulia] : Hol Sayyidatina Khadijah Al-Kubro 1432H


Sayyidatina Khadijah Al-Kubro [Isteri Setia & Pejuang di Sisi Suami Yang Mulia] : Bersempena Hol Sayyidatina Khadijah Al-Kubro 1432Hijriah.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه
Sayyidatina Khadijah Khuwalid dikenali sebagai insan pertama di sisi Sayyiduna Muhammad Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam yang membenarkannya. Menjadi wanita pertama sebagai umat Islam disisi suaminya yang tercinta. Beliau membenarkan Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam disaat ramai yang mengatakan Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam berdusta atas nama kerasulan.
Beliau Sayyidatina Khadijah merupakan anak kepada Khuwalid Bin Asad dan ibunya ialah Fatimah Binti Ziyadah. Mereka berketurunan Ibnu Hasyim dan bapanya merupakan seorang pedagang yang berjaya. Kejayaan ini diteruskan oleh Sayyidatina Khadijah dalam urusan keusahawanan. Di antara gelaran beliau ialah Ameerat-Quraish (Puteri Quraisy), al-Tahira (yang suci) dan Khadijah Al-Kubro (yang hebat).
Sayyidatina Khadijah Al-Kubro merupakan satu-satunya isteri yang Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam nikahi sehingga beliau wafat. Betapa cinta dan setianya kasih yang dicurahkan oleh Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam kepada wanita yang sentiasa setia disisi Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam.
Beliau mententeramkan Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam disaat ketakutan berdepan wahyu pertama, diselimutkan ketika wahyu kedua diturunkan oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala melalui Jibrail Alaihi Salam. Beliau Sayyadatina Khadijah Al-Kubra teguh membela suaminya ketika dicaci dan dihina oleh musyrik Makkah.
وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ،
“ketika mereka berkata (Kata ALLAH) orang – orang Quraisy, berkata ‘wahai ALLAH (mereka juga percaya kepada ALLAH, orang Quraisy musyrikin itu percaya kepada ALLAH juga, dan mereka percaya ada 360 tuhan berhala lainnya selain ALLAH Subhanahu Wa Taala) jika Muhammad ini membawa kebenaran buktikan dengan turunnya hujan batu untuk kami dan dengan datangnya siksaan yang pedih sebagai bukti bahwa beliau ini membawa kebenaran”
[ Al Anfal : 32]
Bahkan, sebelum mereka ditakdirkan dinikahkan, beliau mengungkapkan bahawa Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam yang belum diangkat sebagai Nabi merupakan bukan manusia biasa!. ALLAHU ALLAH.
Bukan Pengorbanan Biasa
Bukan pengorbanan biasa yang ditunjukkan oleh Penghulu Wanita di syurga ini buat suaminya, ikhlas untuk mencari keredaan ALLAH Subhanahu Wa Taala. ALLAH Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman ALLAH yang bermaksud:
Barang siapa yang mengerjakan amalan sholeh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. [An-Nahl: 97]
Kehidupan yang dilalui oleh Sayyidatina Khadijah Khuwalid bersama Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam amat bahagia. Suatu ketika, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam menceritakan pengalaman yang dilalui oleh Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam di gua Hira, “Aku khuatir dengan apa yang berlaku pada diriku”, Sayyidatina Khadijah Khuwalid berkata, “Demi ALLAH, DIA tidak akan menghinakan dirimu selama-lamanya!, Engkaulah penyambung silaturahim kerabat, pemikul beban orang lain yang mendapat kesusahan, pemberi dan meraikan orang yag papa, sangat menghormati tetamu juga pejuang dalam menegakkan kebenaran”. Beliau menenangkan Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam ketika Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam dilanda derita.
Seorang isteri tidak sesekali merendahkan suaminya dihadapan orang ramai. Bahkan dia memuliakan dengan hak dan tidak berlebih-lebihan. Barangkali keadaan ini sesuai dengan zaman mutakhir.
Beliau berkorban dengan setiap hari menaiki bukit Gua Hira mengirimkan Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam makanan. Bayangkan sejauh dua kilometer jaraknya setiap hari, beliau korbankan dirinya demi Nabiyullah, Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam. Beliau menajdi kayu ukur kepada para wanita zaman ini, betapa pengorbanan kepada seorang suami yang sholeh bukan pekerjaan yang sia-sia.
Sedih Tidak Di Kalangan Mereka
Kita sedih kerana tidak berada di kalangan mereka yang terpilih untuk duduk dan merasai kebahagiaan menatap wajah Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam, bahkan para wanita kita barangkali merasa dukacita kerana jauh daripada peribadi agung Sayyidatina Khadijah Binti Khuwalid. Tetapi, ALLAH Subhanahu Wa Taala memujuk kita :
النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ
“Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam itu lebih patut kau dahulukan dari diri kalian sendiri, dan istri beliau saw adalah ibunda ibunda orang mukmin”
[Surah Al Ahzab : 6]
Beliau melalui saat-saat sakaratulmaut ditemani suami tercinta, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam. Dalam keadaan kesakitan yang teramat sangat itu, Sayyidatina Khadijah Al-Kubro mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga “merasa”. Bahkan umat sehingga ke akhir zaman ini juga turut menitiskan airmata mengenangkan betapa mulianya peribadi isteri kesayangan Rasulullah Shollalahu Alaihi Wassalam ini.
Katanya :, “Wahai Rasul utusan ALLAH, tiada lagi harta dan perkara lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”. Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam berasa sayu mendengar semua itu. Jibril Alaihi Salam naik bertemu ALLAH Subhanahu Wa Taala.
ALLAH Subhanahu Wa Taala menjawab pertanyaan Jibril Alaihi Salam, bukan hanya kata-katanya sahaja yang Aku dengari malah bisikannya juga. ALLAH memerintahkan Jibril Alaihi Salam menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah Binti Khuwalid.
Jibril Alaihi Salam lalu turun dan memberitahu kepada junjungan mulia Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam akan hal itu. Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam menyampaikan salam tersebut kepada isterinya yang tercinta. Di dalam kitab Shahih Bukhari dari Abu Hurairah, dia berkata, “Jibril Alaihi Salam mendatangi Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam seraya berkata, ‘Wahai Rasulullah, Inilah Khadijah. Dia telah datang dengan membawa bejana, di dalamnya ada lauk pauk, makanan dan minuman. Bila nanti mendatangimu, maka sampaikan salam Rabbnya kepadanya serta beritakan kepadanya khabar gembira perihal istana untuknya di Syurga yang diperbuat dari mutiara, yang tidak ada kebisingan mahupun rasa lelah di dalamnya.” ALLAH…ALLAH…ALLAH…YA ….. ALLAH.
WALLAHU’ a’lam
“Islam itu ditegakan di atas harta Khadijah dan Abu Bakar As-Siddiq”
Al-Fatihah ila ruhi Sayyidatina Khadijah Al-Kubro
وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Almukminun
27 Jamadilawal 1432 H / 30042011
Sepang,Selangor,Malaysia
http://almukminun.blogspot.com/2011/04/sayyidatina-khadijah-al-kubro-isteri.html

Tiada ulasan: