Tarawih: Jangan bertelagah
PUTRAJAYA 17 Ogos – Masyarakat Islam diingatkan agar tidak bertelagah tentang persoalan remeh-temeh seperti soal solat sunat tarawih sama ada perlu dilaksanakan sebanyak lapan atau 20 rakaat tetapi pada masa sama mengabaikan isu-isu lebih besar yang lain.
Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid menegaskan, umat Islam sepatutnya lebih mengambil berat tentang perkara yang wajib iaitu puasa itu sendiri.
”Tarawih itu sunat tetapi mengapa perkara yang wajib tidak dihiraukan. Persoalan tentang tarawih adalah perkara khilafiah, perselisihan pendapat mengenai perkara itu tidak akan selesai sampai kiamat.
”Itulah hikmahnya Islam, jadi masing-masing boleh pilih untuk buat sikit atau banyak, jadi tidak perlu berbalah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas surat pembaca dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini yang mencadangkan agar umat Islam di Malaysia mendirikan lapan rakaat solat tarawih di masjid dan surau.
Azir dari Keramat mendakwa, pada pemerhatiannya majoriti rakyat Malaysia mahukan solat lapan rakaat dan kerana itu sejurus selesai sahaja lapan rakaat, majoriti masjid atau surau akan kosong dengan hanya meninggalkan golongan hard core & heavy weight sahaja.
Katanya: ”Jadi kenapa pihak masjid/surau syok sendiri melakukan 20 rakaat. Kenapa tidak hanya mendirikan solat lapan rakaat tetapi dipanjangkan sedikit bacaan ayat suci. Pada pendapat saya, pahalanya tetap sama kerana mendengar alunan ayat suci.”
Utusan Malaysia difahamkan, semua masjid dan surau di Selangor diarahkan agar melakukan solat tarawih sebanyak 20 rakaat bagi mengelakkan pertikaian.
Mahmood Zuhdi berkata, persoalan dan cabaran besar umat Islam sepatutnya lebih ditekankan seperti masalah kemunduran ekonomi dan perpecahan umat yang kini kelihatan diabaikan.
Katanya, umat Islam asyik bertelagah seperti sekarang yang terjadi dalam politik tetapi mujur sejak kebelakangan ini ada sedikit kesedaran di kalangan umat Islam di negara ini.
”Perpecahan politik berlaku sehingga membantutkan potensi umat untuk maju selain kita dibebani dengan pelbagai masalah sosial bercambah seperti pembuangan bayi dan sebagainya.
”Seperti yang pernah dikatakan oleh seorang pemikir dari Algeria, Malek Bennabi bahawa umat Islam kini sedang meremeh-remehkan perkara besar tetapi pada masa yang sama membesar-besarkan perkara remeh.
Sambil membidas pihak yang masih mempertikaikan soal bilangan rakaat solat tarawih, beliau menyatakan golongan tersebut sebenarnya ‘kepala kecil’ tetapi mempunyai ego tersendiri.
Beliau memberikan satu analogi mudah iaitu: ”Dalam hidup ini kita perlu menekankan soal kualiti dan bukannya kuantiti semata-mata, bagi yang 20 rakaat tetapi kalau tidak ada kualiti, lebih baik buat lapan tapi berkualiti manakala ada juga buat lapan tetapi tidak ada kualiti, lebih baik buat 20.
”Sama seperti orang makan nasi suka lauk banyak tidak semestinya berkualiti, jadi lebih baik makan nasi dengan lauk berkhasiat meskipun sedikit kuantitinya,” katanya.
Ditanya tentang hujah setengah pihak bahawa solat tarawih itu adalah sunah Nabi Muhammad manakala 20 rakaat adalah sunah Saidina Umar al-Khattab, Mahmood Zuhdi menjelaskan:
”Nabi buat di masjid lapan rakaat tetapi ketika di rumah lain cerita, jadi terpulang masing-masing dan kepada yang pertikaikan sunah Umar, bagaimana pula dengan ijtihad Umar mengadakan taqwin hijrah, kita ikut sampai sekarang.”
Beliau menyifatkan Umar sebagai ahli tafsir yang bijak dan berpandangan jauh.
Justeru, Mahmood Zuhdi yang juga tokoh Maulidur Rasul 1431H menyarankan umat Islam agar berfikir lebih komprehensif dalam menangani pelbagai cabaran semasa dan jangan menyempitkan pandangan mereka.
”Sekarang saya lihat umat Islam menjurus kepada lorong sempit seperti dalam bidang agama kita berbalah soal Ahlul Sunnah dan Wahabi, ini semua pertentangan yang bodoh, aliran ini akan wujud sampai bila-bila jadi mengapa hendak berkelahi.
”Kita sudah mewarisi satu amalan yang sudah stabil, jadi ikutlah yang itu,” katanya.
Dalam hal ini, beliau berkata, perbahasan ilmu fekah sepatutnya dimanfaatkan untuk mencari penyelesaian hukum terhadap pelbagai isu semasa dan bukannya mencetuskan masalah atau perbalahan.
”Fekah juga tidak sewajarnya dibincangkan dalam bentuk yang terlalu rigid,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan