Tawaran Murah Hotel

Jumaat, Disember 18, 2015

Budak gemuk sukar jalani proses bersunat


GOLONGAN kanak-kanak lelaki yang mengalami masalah kegemukan sebenarnya lebih sukar disunat berikutan keadaan kemaluan mereka yang berbeza daripada kanak-kanak normal.

Pakar bedah saraf Rumah Sunat Bekasi, Jawa Tengah, Indonesia, Dr. Mahdian Nur Nasution berkata, terdapat dua gangguan pada kemaluan kanak-kanak gemuk sehingga membuatkan mereka sukar disunat iaitu zakar tenggelam dan zakar mikro.

Menurut Mahdian, zakar mikro ialah keadaan di mana ukuran kemaluan lebih kecil berbanding kanak-kanak normal yang sebaya, manakala zakar tenggelam adalah keadaan kemaluan yang memiliki ukuran normal tetapi tertutup dengan lapisan lemak di bawah perut.

“Memandangkan kemaluannya ditenggelamkan oleh lemak, doktor yang mengkhatankan sukar untuk menentukan berapa banyak kulit kulup yang perlu dipotong.

“Kalau dibuang terlalu banyak, kemaluannya akan kelihatan pendek ketika ereksi tetapi jika diambil terlalu sedikit, kemaluannya akan berkulup seperti tidak disunatkan," jelasnya.

Mahdian memberitahu, kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut perlu menjalani diet untuk mengurangkan berat badan sebelum disunat.

“Jika mereka masih gagal menurunkan berat, terapi hormon perlu dilakukan untuk memanjangkan zakar buat sementara waktu agar proses berkhatan dapat dilakukan dengan mudah," katanya.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

Tiada ulasan: